Thursday, December 10, 2020

PERCUBAAN MEMBUAT ROTI PURI

 Assalammualaikum.

Awak ni dikatogerikan mudah terpengaruh juga. Kalau ada menu yang viral sahaja, pasti awak akan cuba. Tapi..... Awak akan pastikan bahan - bahannya tak memerlukan kos yang tinggi serta yang memang dah tersedia ada dalam rumah awak.

Awak kali pertama buat roti puri ni. Alhamdulillah menjadi dengan elok, Sampai ke petang roti masih lagi lembut. Resepi seperti di bawah.

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
1 sb yis kering
1 sb susu pekat
secubit garam
1 sb margerin
1 sb minyak jagung
1/2 cawan air suam (tambah jika perlu)

Cara - cara
1. Satukan semua bahan - bahan kecuali air. Ramaskan sehingga menjadi 'bread crumb'.
2.Masukan air dan uli seketika. Perapkan adunan 30 minit.
3.Ambil doh tadi, uli sekejap. Bulat - bulatkan doh, dan leperkan menggunakan 2 helai plastik. Ulang sehingga selesai.
4. Dalam kuali, isikan minyak banyak. Supaya roti boleh tenggelam. Goreng roti tadi sambil curahkan minyak ke atas roti.Gunakan api yang perlahan.


Wednesday, December 9, 2020

KAMBING BAKAR AF

 Assalammualaikum

Menu dinner kami 3 beranak semalam adalah kambing bakar by AF. Anak awak yang sulung berada di rumah kakak ipar. Bila awak post gambar kambing bakar ni, terus dia call awak, katanya " Kenapa time kakak tak ada, mama masak sedap - sedap."

Alahai anak oiiii....Malas mama nak layan, kalau dilayan makin menjadi, silap haribulan jadi drama air mata yang tak berkesudahan. 


Apa macam? Mengiurkan tak kambing bakar awak.

Tuesday, December 8, 2020

RUMAH YANG BANYAK MENGGAMIT KENANGAN PAHIT DAN MANIS

 Assalammualaikum

Awak asyik post entri makanan saja kan. Okay, kali ni awak nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan zaman awak dan family awak dulu - dulu. Untuk dijadikan kenangan sampai bila - bila.


1994 - 2014

Ini adalah rumah kediaman awak dan family. Lebih kurang 20 tahun awak dan family menentap di dalam rumah ni. Segala kenangan pahit manis semuanya ada di dalam rumah ni. Awak bukannya dari golongan keluarga yang senang. Mak suri rumah, abah pula setakat kerja pesawah dan ada juga buat kerja sampingan untuk tampung kehidupan seharian.

Awak anak kedua dari 8 orang adik - beradik. Rumah awak tu, bukan ada bilik. Bilik air dan bilik mandi memang berada di luar rumah. Hampa bayangkanlah kalau nak buang air besar dan kecil tengah - tengah malam? Tapi awak dan adik - adik awak dah biasa dengan keadaan macam tu.

Ruang tamu rumah adalah tempat makan dan tempat tidur. Makin hari, awak dan adik - adik makin besar. Rumah yang sempit, lagi makin sempit. Awak selalu merungut kat abah, Bila abah nak buat rumah baru? Bila awak dan adik - adik ajukan soalan macam tu, abah awak senyap je dan senyum - senyum tanpa berkata apa - apa. Masa tu awak masih kecil  lagi, fikiran pun masih macam budak - budak yang tak tahu apa - apa.

Tapi bila awak dah besar, rasa nak menangis bila awak kenangkan awak pernah ajukan soalan macam tu. Sedangkan kami yang gaji beribu - ribu sebulan pun masih tak cukup zaman sekarang, masih lagi menyewa, masih tak mampu nak ada rumah sendiri. Inikan pula abah awak yang hanya gaji hari, dalam anggaran RM15 sehari. Anak - anak 8 orang yang nak diberikan makan. 

Sejujurnya awak berasa sangat malu dengan keadaan rumah awak macam tu. Terutamanya malu dengan kawan - kawan. Kalau kawan - kawan nak datang rumah atau nak datang beraya pun awak jarang nak ajak. Yela, rumah diaorang semua besar - besar, cantik dan selesa. Tapi, awak bersyukur, kawan - kawan awak tak pernah nak hina keadaan rumah awak.

Walaupun rumah kecil dan buruk, abah dan mak tak pernah abaikan kami adik - beradik. Semua kasih sayang, pendidikan dan ilmu agama diterapkan. Alhamdulillah, semua anak - anak mak dan abah mempunyai sikap tanggungjawab yang baik sesama manusia dan penciptanya iaitu ALLAH, hasil didikan mereka terdahulu.

Pakaian sekolah dan hari raya tak bertukar dah jadi perkara biasa buat kami adik - beradik. Duit sekolah pun kadang - kadang abah tak mampu nak sediakan. Kami adik - beradik sangat - sangat faham akan keadaann abah dan mak pada masa itu. 

Alhamdulillah, bila dah besar, kami sangat - sangat hargai dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Pengalaman kehidupan dulu mengajar kami adik - beradik agar sentiasa bersyukur.


Sebenarnya, abah dan mak adalah idola awak. Abah bina rumah dengan hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan dari anak - anak, Seriusly, rumah seperti gambar di atas memang abah awak buat sndiri. dari konkrit sehingga lah ke bumbung, abahlah yang bina sendiri dengan kudrat yang ada. Cuma ada juga part yang diluar bidang abah awak, abah upah kat orang lain.

Rumah ni siap pada tahun 2014. Lebih kurang 10 tahun juga abah nak siapkan. Alhamdulillah, sekarang mak abah dapat tinggal di dalam rumah yang selesa. Walaupun serba kekurangan, kami tetap bersyukur.

Monday, December 7, 2020

~ALMOND LONDON, ALMOND SNOW & BISKUT Y~

 Assalammualaikum

Almond London

Biskut ni mudah sangat. Time rumitnya bila nak bermain dengan coklat tu. Aduh, stress betul bila kita tengah buat double boil coklat, tetiba sahaja coklat tu jadi berketul - ketul. Time ni memang rasa nak down je.

Nak coklat yang cair dengan sempurna berkilat dan cantik mesti kena jauhkan dari air. Walaupun setitik air. Itu sahaja tipsnya.


Sebalang awak jual RM 23 @ 40 Pcs
Tempahan akan dibuka time awak rasa nak buka nanti...hehehehe
Yang pastinya dua tiga bulan lagi nak raya awak akan open oder

Almond Snow


Sebalang  RM 23 @ 40 Pcs
Open oder time raya ok.

Biskut Y


Sebalang RM 23 @ 40 pcs

Biskut ni yang paling mudah. Tapi masa nak buat biskut ni acuan Y kena banyak, itu jelah masalah nak buat biskut ni. Rasa memang sedap dan rangup.

Setakat ni, 3 biskut ni je yang mampu awak buat. Bukannya apa, Awak memang utamakan kualiti biskut, Sebab nak bagi orang makan, kena buat dengan sebaik yang mungkin. Kalau pelbagai biskut nanti takut tak terkejar, mungkin hasilnya pun tak berapa nak memuaskan hati pelanggan,

KENANGAN HARI TUA NANTI - PELBAGAI MASAKAN

 Assalammualaikum

Alhamdulillah, PKPB dah ditamatkan. jemu weiiii...Otak pun dah tepu, anak - anak lagi lah, merengek bosan sesaja. 

Tambahan pula, banyak sungguh kerja sekolah anak - anak. Pagi dan petang cikgu depa hantar kerja sekolah online. Awak pula yang stress. Nak salah kan cikgu tak boleh juga, sebab cikgu - cikgu pun ikut arahan. Terpaksa kena hadap juga. Nak skip karang takut pula anak awak tercicir dalam pelajaran. Tabah lah wahai mama -mama yang bekerjaya zaman sekarang terutamanya musim COVID - 19 ni. Mencabar sungguh dari segi emosi. Fizikal tu dah tentu, sebab asyik nak makan je bila duduk rumah. Dah jadi saiz XXL. Ini lagi stress.

Antara masakan musim PKPB ni. 


Bubur Ayam Goreng


Daging Black Paper


Apam Tak Berapa Nak Mekar


Kek Marble Almond


Corndog 


Ikan Siakap Goreng dengan Sambal Terung

 
Sengkuang Calit - Zaman dulu - dulu memang famaous

Ini hanya sebahagian. Yang lain - lain tu kadang - kadang terlupa nak snap. Tapi ada juga menu yang awak masak dah masuk entry kat SINISINISINI.


Tuesday, December 1, 2020

PUDING ROTI VS KEK KUKUS COKLAT CHEESE

 Assalammualaikum

Terbanyak pula update mengenai makanan. Dah jadi macam blog masakan. Harap - harap orang lain tak jemu lah nak datang sini. Sekarang pun awak nak update makanan lagi. Bukan apa, dah tak ada idea, tambah - tambah PKPB pula, tak boleh nak ke mana.

Okaylah, awak nak cerita pasal puding roti awak yang ohsem tu..hehehe. Roti gardenia awak yang hampir expired awak buat lah puding roti, lagi pun ngam - ngam tinggal 4 keping. Bahan - bahan lain pula memang dah tersedia ada semuanya.



Cantik tak kejadian puding roti awak. Rasa sayang nak makan. Apabila siap awak masukkan dalam pinggan, anak - anak semua dah tunggu nak ngap. Mamanya seperti biasalah kan snap gambar sampai menjadi. Sampai berdiri atas kerusi kalau hampa nak tau. Itu pun masih tak puas hati dengan gambar yang ditangkap. Anak yang no. 2 pun ikut sekali naik kerusi acah - acah nak snap gambar. Haru sungguh...

Bahan - Bahan
Bahan A
4 keping roti
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sk perisa vanilla
3/4 cawan susu segar 
1/3 cawan susu pekat

Bahan B
3 cawan air
1/2 cawan gula
10 g agar - agar serbuk
2 sudu besar mentega

Bahan C
2 sb serbuk koko
air panas

Cara - cara
1. Potong dan buang sedikit bahagian tepi roti. Tujuan untuk dapatkan warna bancuhan yang putih semuanya.
2.Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian masukkan  ke dalam periuk/kuali bancuhan yang telah dikisar tadi dengan api yang perlahan.
3.Kemudian masukkan 3 cawan air, gula dan serbuk agar - agar. Kacau rata bancuhan tadi.
4.Kemudian masukkan mentega. Kacau rata supaya semua bahan larut dan sekata.
5.Biarkan ia mendidih sebentar, kemudian boleh tutup api. Bancuhan puding roti sudah siap.
6.Di dalam mangkuk lain, bancuh serbuk koko bersama sedikit air panas
7.Ambil sebahagian bancuhan puding roti asingkan ke dalam sebuah mangkuk. Masukkan bancuhan serbuk koko ke dalamnya.
8. Sediakan acuan. Tuang bancuhan puding roti ke dalam acuan berselang seli sehinggah banchan habis.
9.biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Dah keras baru potong.

 Kek Kukus Coklat Cheese

Kek ni awak buat minggu lepas. Resepi kek ni asyik lalu je dalam FB, memang minta awak buat lah kan. Lagi pula memang awak minat nak cuba resepi - resepi baru. Seronok tengok bila anak - anak dan suami makan hasil masakan sendiri.

Bahan - bahan
Bahan A
3 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan serbuk koko (ayak)
1/2 sb baking powder (ayak)
1 sudu esen vanila
secubit garam

* Mix semua bahan di atas.

Bahan B
250 g cream cheese
1 biji telur
2 sb gula
2 sb tepung gandum

* Mix semua bahan di atas

1.Sapukan loyang dengan sedikit minyak, panaskan pengukus, 
2.Masukan adunan Bahan A 1/3 daripada loyang. Kukus selama 15 minit
3.Masukan adunan Bahan B kukus selama 15 minit.
4.Masukan baki adunan bahan A kukus selama 20 minit.
5. Sejukan kemudian baru potong.


Friday, November 27, 2020

CHICKEN CHOP AF BY LAKI

 Assalammualaikum

Sejak awak menggunakan AF ni, kerajinan nak masuk dapur tu lain macam sikit. Laki pun rajin carikan menu untuk dimasak menggunakan AF. Mula - mula ni memang agak excaited, lama - lama karang ke laut dalam la AF kami tu.

Tambahan pula, kitaorang laki bini telah diarahkan untuk WFH, so, agak banyak masa untuk diluangkan bersama - sama keluarga. Kekadang tu, agak stress juga, mulut ni asyik minta makan sesaja. berat pun dah naik mendadak.


Chicken Chop yang dimasak oleh laki awak. Ayam, sosej dan kentang dia goreng guna AF,tanpa minyak. Yang menghias bagi cantik sudah tentulah awak..hehehe

Masa tengah photosoot berkali - kali ni, si kakak bersuara. Dia tegur kat adiknya, "Adik, nanti jangan nak jadi macam tu tau, makanan sampai terus makan je, jangan nak tangkap gambar banyak kali, lapaq ni"..

Aduhai, anak pun dah pandai perli -perli sekarang ni.


Tuesday, November 24, 2020

PERY SMITH AIR FRYER

 Assalammualaikum

11.11 hari tu terjebak juga dengan barang - barang online yang agak murah dari hari - hari biasa. Ini semua hasutan dari laki awak. Nasib dia yang bayarkan. Awak telah membeli sebuah AF (Air Fryer) dari brand Pery Smith.

Agak teruja juga lah dengan AF ni. Sampai - sampai sahaja awak terus panggang ayam. Suhu dan masa semua telah dinyatakan di AF. Memang mudah sangat ada gadget masakan seperti ini. sambil kita masak boleh buat kerja lain. Ayam yang awak panggang tu tak payah nak balik - balik. Memang ianya masak dengan sempurna atas dan bawah.

Pelbagai lagi boleh masak dengan AF ni, awak ada juga goreng kentang dan goreng karipap frozen. Yang bestnya, laki awak siap buat goreng ayam untuk chicken chop dan juga ayam goreng kunyit. Kalau terajin nanti awak buat entry mengenai chicken chop by laki awak tu guna AF.


Sebelum masak, awak perap la dengan pelbagai rempah ratus untuk ada rasa ayam panggang tu.


Ini pula selepas kejadian. Ayam tu memang masak dengan sempurna. Yang penting masak tanpa minyak. Memang terbaiklah.




Wednesday, November 11, 2020

BINGKANG LABU

 Assalammualaikum

Buah labu jiran awak yang bagi, Rajin sungguh dia bercucuk tanam. Kalau ada hasil, mesti kami dia tak lupakan. Berbagai - bagai jenis hasil tanaman dia bagi. Hari tu,  pernah dia cabut pokok cili burung bagi kat awak, katanya jenuh nak mengutip cili tu, disuruhnya awak kutip sendiri. Jenuhlah kami laki bini mengutip dalam rumah...hahaha

So, dengan sebiji labu yang dia bagi kat awak tu, awak buat bingkang labu. Besar juga labu yang dia bagi tu. Dapat lah, buat 1 loyang saiz 10' x 10'. Awak bahagi - bahagi bagi jiran - jiran dan juga mak awak. 




Tuesday, November 10, 2020

BIRTHDAY MY HUSBAND

 Assalammualaikum.

Hari ni kita start PKPB semula seluruh Malaysia kecuali Pahang, Perlis & Kelantan. Baru nak mula menaip entry, dah berbaris orang ramai nak minta surat merentas sempadan. Awak nak makan pun sepantas kilat. Waktu lunch pun depa duk datang nak minta surat.

Jumaat lepas ulang tahun hari jadi suami awak yang ke-35 tahun. Awak sengaja wish time belanjawan sedang berlangsung. Ingatkan awak sama, rupanya lain pula dah..kikiki


Awak ingatkan Tengku Zafrul pakai jam sama model seperti di atas. Rupanya model lain pula doh.
Tapi tak pelah. Harap laki awak suka dengan hadiah yang tak seberapa ni. 

Sambutan majlis lahir pun buat kat kedai makan dengan family. Kata suami awak, tak payah nak ada kek - kek. Seganlah tu nak tiup kek bagai..hihihi



Thursday, November 5, 2020

SEDAP SUNGGUH MCFLURRY SEA SALT

 Assalammualaikum

Waktu lunch semalam gigih la pergi Mcdonal's semata - mata nak beli Mcflurry Sea Salt ni. Macam mengidam pula dah. Ramai juga yang update mengenai Mcflurry Sea Salt ni. Bila dah rasa, baru puas hati. Dah tak tertanya - tanya bagaimana rasanya. Kalau tak duk bermain dalam kepala je, rasa masin ke macam mana, Takkan ais krim depa nak buat masin pula kan.


 Rasa sedap sungguh.
Colour pun menarik minat awak. Anak awak cakap macam colour rambut unicorn dah.


Tuesday, November 3, 2020

HEADER BARU LAGI

 Assalammualaikum

Planing nak buat header baru ni dah lama. Nak mula buat tu yang bercinta sikit. Awak ni, ada lah sikit sikap hangat - hangat tahik ayam tu. macam blog ni, tetiba saja rajin pula nak update sejak kebelakangan ni. Nanti dia mai pula malas nak update, makan bulan juga, makan tahun pun pernah juga tak berupdate.

Semalam start buat header, edit punya edit, udah idak center kome oiiii. Masa dah pukul 5 petang, terpaksa tangguh dulu. Then pagi ni, ada gotong - royong pula di pejabat awak ni. Letih tak terhingga lah. dari dalam pejabat hingga keluar pejabat kitaorang kemas. 

Nak dijadikan cerita, terjumpa lah kulit ular tedung dalam stor pejabat awak ni. Meremang bulu roma kome oii. Tengok kulit ular tu pun awak dah gerun. 

Nak cerita pasal header je, tapi awak melalut pula cerita lain. Hampa jangan nak bosan noh. So, waktu lunch tadi awak edit lah bagi center balik header awak tu. Gigih edit sambil makan bihun goreng tau. hahahaha.

    
Nampak lebih matang kan..kikikiki

Monday, November 2, 2020

AYAM GORENG CILI KERING

Assalammualaikum

Selamat berhujung minggu semua. Memandangkan pandemic COVID-19 melanda negara kita, bahkan satu dunia rasa terancam dengan virus ni. So, kita duduk rumah jelah, agar rantaian virus ni dapat diputuskan. 

So, kalau duduk rumah sepanjang masa, confirmlah kan asyik fikir makan dan makan. Awak ni selalunya akan masak 1 jenis lauk je sehari, tapi dalam kuantiti yang banyak untuk makan malam pula. Idaklah awak rajin nak masak banyak - bayak kali.

So, hari Sabtu tadi awak masak Ayam Gorang Cili Kering. Walaupun nampak simple, memang padulah dia punya rasa. Memang membuka selera betul. Awak pun boleh makan 2 kali tambah. Awak memang suka puji masakan sendiri..hehehe


Hari Ahad pula, awak makan di rumah MIL, masak ramai - ramai. Siap masak terus kami makan. Lupa dah nak snap gambar bagai.

Saturday, October 31, 2020

HAAAA..MASUKKK

 Assalammualaikum

Empat dara duduk di tepi sungai..🎵🎵🎶

Duduk menjerat si ketam lah batu..🎵🎵🎶

Haaa..Masukkk...

Viral pula lagu empat si dara sejak kebelakangan ni.

Boleh pula lagu ni stuck kat kepala awak. Mendayu - dayu ja.

Jenuh halau pergi jauh - jauh, masih lagi duk dalam kepala ni.

Haaa..Ni semua anak dara Mat Sani & Rahmah. Opssss, dua anak dara, dua lagi dah mak dara..hehehe

Rindu nak kumpul ramai - ramai sambil bergosip. Rindu nak gelak ketawa kuat - kuat, then kena tegur dengan abah. Lepas tu masing - masing senyap. Then sambung balik ketawa. Hahaha....Serius rindu wei..

Tapi sekarang masing - masing dengan kehidupan sendiri. Yang dah berkeluarga tentu lah sibuk dengan urusan anak- anak, suami serta tuntutan kerja harian yang tak pernah habis.

Tetiba rasa touching pula malam - malam ni..


Friday, October 30, 2020

SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PERAK

 Assalammualaikum

Sambal hitam belimbing buluh orang Perak. Agak - agak orang Pahang marah ke idak? Hehehehe

Resepi korang boleh tengok kat  Sambal Hitam Pahang.

Sekarang musim berbuah belimbing buluh kot. Belakang pejabat awak ni ada sepokok belimbing buluh, memang banyaklah buahnya. Tak berhenti berbuah, subur sungguh. Rasa geram pula tengok buahnya yang lebat. Sebab itulah, terajin pula nak buat sambal hitam. Sayang sebenarnya, buahnya jatuh macam tu je. Sebab buah belimbing buluh ni tak tahan lama. Belimbung buluh ni juga, awak buat basuh ikan je, kalau dah terlampau banyak sangat. 

Wednesday, October 28, 2020

KEK PISANG MARBLE BERANGAN

 Assalammualaikum

Kek Pisang Berangan yang awak buat untuk entri kali ni dah lama dah, dah basi. Tapi baru hari ini nak update masuk dalam blog.

 Rasanya banyak kali juga percubaan awak buat kek pisang ni. Cuma lupa nak ambil gambar, tak pun handphone awak ada kat tangan anak. Tak dan nak ambil gambar, kek pun dah nak habis.



Laki pun puji kek awak kali ni sedap sangat katanya.
Ni, nak habak mai, awak lupa pula nak save resepi kek pisang marble ni. so, hampa jangan nak tanya - tanya noh pasai resepi. Sila, google lah.

P/S : Kalau jumpa resepi nanti awak update...hehehe




Monday, October 26, 2020

KALAKATAR ~~~KUIH ORANG BANJAR

Assalammualaikum..
Lama juga awak tak membebel kat sini. 
Hari ini baru rasa terdetik nak menaip entri.

Semalam awak dan adik - adik plan nak buat kuih banjar kalakatar. Memang dah lama plan nak buat kuih ni. Tapi kengkangan masa, amat mencemburui kami..Hehehehehe

So, semalam la baru jadi plan nak membuatnya.

Gambar sebelum masuk dalam oven

Resepi kami google je, sambil bertanyakan emak. Senang juga nak membuat kuih ni. Cuma masa nak membakar tu agak lama. Kitaorang just bakar guna oven je. Nak membakar di luar macam orang dulu - dulu tu, memang ke laut dalam lah jadinya kuih kitaorang tu.

Korang tengoklah hasil kejadiannya. Memang sedap kalau ikut resepinya. Tapi air kelapa memang nak kena banyak lah. Yang paling penting sekali kena guna kelapa muda. Kitaorang beli je kat kedai sebiji RM4.00. So tak heranlah kalau kuih tradisional ni mahal sekarang. Nak cari kelapa muda pun jenuh.


Resepi Kalakatar

BAHAN:

  • 5 cawan air kelapa muda (lebih kurang 2 biji kelapa)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (awak tak penuhkan pun gula dalam cawan sebab tak nak manis sangat)
  • 2 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur

CARA:

  1. Campurkan air kelapa, telur, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sampai sebati
  2. Tapis, dan tuang dalam periuk. Guna api sederhana, masak bancuhan sampai berwap, bukan menggelegak. Kena kacau selalu.
  3. Lengser loyang dengan majerin, tuang bancuhan tadi. Tabur isi kelapa.
  4. Masak dalam oven, 200 c untuk 90 minit. Api atas bawah. Tak perlu tutup dengan foil.
  5. 5 minit lagi nak masak guna api atas supaya bahagian atas nampak garing.
  6. Dah habis bakar, bagi sejuk baru boleh potong.

P/S : Awak suka makan yang panas - panas. Kome try lah. Sedapppp

Friday, March 6, 2020

PUDING TIRAMISU

Assalam
Mulut ni rasa nak makan yang manis - manis je.
So, malam tadi terhasil lah puding tiramisu.
Sungguh senang nak buat. Bahan - bahannya pula memang dah tersedia ada kat rumah.

Selepas anak - anak dah tidur, awak dan suami  pun mula beroperasi nak membuatnya.
Suami awak tu lebih banyak kepada tukang tengok je sebenarnya,


Sedap dimakan bila dah sejuk,
makan setakat sepotong dua je . Kalau makan banyak nanti jadi muak pulak dah.


Kelam - kabut pagi ni, Bangun pun dah terlewat idak sempat nak bawa ke office
Tak ada rezeki kawan - kawan office merasa puding tiramisu awak yang sedap sangat tu..
Hahahaha


Anak dara awak sebelum ke sekolah sempat lah dia merasa 2 potong, itu pun tak cukup nak minta lagi. Bukan tak nak bagi, tapi awak udah kelam kabut nak hantar dia ke sekolah.
Balik sekolah karang kamu melantak lah banyak mana pun.

Itu pun dia ada hati nak bawa kesekolah, awak cakap kat dia, sampai sekolah karang jadi cair pulak, mana sedap nak makan dah. Nasib baiklah akur dengan kata - kata awak.

P/S ; Resepi korang google lah..





Monday, February 24, 2020

KEBAB SEPECIAL FOR ME

Assalammualaikum

Kebab orang malas.
masukkan je apa yang ada dalam peti ais.
Taraaaaaa.........






Wednesday, February 19, 2020

~CHIKEN WRAPS TORTILLA~

Assalammualaikum

Ini cerita hari Isnin tadi,
Hari ini baru nak update entri, makin lama makin kemalasan nak update entri - entri baru, walaupun cerita tu dah ada dalam kepala.

Memandangkan awak berpuasa pada hari tu, awak pun bercadang nak buat menu  sihat untuk berbuka. So, terjadilah Chiken Wraps Tortilla ni. Sihat ke, korang nilai lah sendiri.

Roti totila tu awak buat sendiri, awak google je resepinya. Nampak sangat mudah, tu yang usaha buat sendiri.


Sekali tengok macam capati lah pulak
Resepi korang google la sendiri...


Bahan - bahan dah tersedia untuk dimasukkan ke dalam roti tortilla. Ayam tu awak goreng celup tepung bistari je.


Kejadian sebelum digulung..Time ni dah ada yang menunggu nak ngap dah.


Hasil kejadiannya..Rasa sedap wei......







~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...