ANDA BERMINAT
Tuesday, June 9, 2026
~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~
Monday, April 20, 2026
~ RAYA KAMI 2026 DI RUMAH MAK DAN ABAH ~
Assalammualaikum
Raya pertama hari tu, awak dan suami tak sempat nak balik raya di rumah mak dan abah. Sebabnya, adik - beradik suami berkumpul di rumah kami sehingga raya ke dua. Tak sopan pula nak tinggal tetamu di rumah. So, kami pun balik raya ke tiga ke rumah mak dan abah, adik - beradik awak pun memang semua ada masa raya ke tiga tu. Memang seronoklah dapat jumpa semua adik - beradik. Kalau berjumpa, tak sahlah kalau tak bergambar semua untuk kenangan.
Wednesday, April 15, 2026
~ RAYA PERTAMA 2026 ~
Assalammualaikum
Masa raya pertama hari tu, adik - beradik suami berkumpul di rumah awak. Selepas subuh awak masak - memasak nak siapkan hidangan bagi tetamu yang akan hadir. Menu yang awak saji adalah masakan tengahari, nasi putih, kari ayam, sambal belacan dan ulam, ikan pekasam dan ayam goreng. Rendang daging awak dah siap masak pada malam raya tu. Laki awak pun ada juga beli lemang 3 batang untuk tambahan.
Meriah raya pertama kami. Penuh rumah dengan sanak - saudara yang datang. Pagi tu, sebelum tetamu hadir, laki minta bergambar kami anak - beranak. Sempatlah juga snap beberapa gambar, tetamu pun tiba. Nasiblah salam raya kami anak - beranak kami buat masa malam raya tu. Tapi tak sempatlah nak snap gambar konon - kononya, nak bersalam pagi tu. Tetamu dah tekan loceng rumah banyak kali..hahahahaha....
Wednesday, April 1, 2026
~ BISKUT RAYA HOMEMADE 2026 ~
Thursday, January 8, 2026
~ LAMPU IDAMAN ~
Assalammualaikum
Dekat 2 minggu juga awak menunggu lampu awak sampai. Biasalah, beli online di Shoppe. Kedai pula memang berada di luar negara, memang agak lambat juga lah. Apabila lampu sampai, terus laki awak call member dia untuk pemasangan. Bukan apa, sebab ada penambahan wayering, memang bukan kepakaran laki awak.
Apabila siap pasang, wow....Memang cantik dan kecerahan lampu pula memang terang - benderang. Cantik kome, design pula ala - ala European. Memang awak suka lah. Sekarang tengah bodek laki pula, sebab nak buat penambahan 1 lagi lampu mcm ni kat ruang makan.
~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~
Assalammualaikum Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa a...
-
Assalammualaikum Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa a...
-
Sekarang ni kita digemparkan dengan berita mengenai seorang suspek berbangsa India yang sesuka hati nak mnyimbah asid kat muka kaum hawa di...
-
Salam, Kalau nak masuk keja memang mod akan lari, lari jauh jauh nak kejar pun tersemput semput..Kemengantukan mata xpayah nak cakapla, mema...































