Wednesday, October 23, 2019

MY FLOWER GIRLS ~~ DHIYA AISYA ~~~

Assalammualaikum

Kisah yang nak diupdate ni dah lama. Tapi baru hari ini rasa nak buat entry mengenai cerita wedding my cousin.
Tak adalah menarik mana pun. Cuma kisah biasa macam wedding orang lain.

Masa wedding my cousin di Kedah bulan Julai tahun ni, anak awak jadi flower girls, Baju semua di sponsor oleh pihak pengantin perempuan. Baju pula memang baju yang sangat - sangat diidamkan oleh anak awak tu. Bukan main seronok nak jadi flower girls. Siap nak buat rehearsal bagai. Aduhai anak punyala di excited dari pengantin.

Entry kali ni penuh dengan gambar jelah...
Malas pula awak nak menaip panjang - panjang.







Pengantin pula, aduhai cantik sangat - sangat macam bidadari kayangan. Memang terpegun tengok.






Thursday, October 3, 2019

BAYAM BRAZIL CELUP TEPUNG

Assalammualaikum


Bayam brazil ni banyak sangat khasiatnya, Awak pernah buat entry mengenai bayam ni di SINI
Buat ulam makan macam tu pun sedap, rangup wei...
Sebelum awak nak menggoreng bayam ni, awak minta tolong laki awak perisi bayam ni dulu. Sementara tu, awak nak menonton drama Lelakimu yang dulu. Best pula drama ni......


Bayam tadi masukkan ke dalam bancuhan tepung serbaguna. Awak guna tepung serbaguna brand Agromas. Mudah dan cepat, hanya tambahkan air sahaja. Ikut kepada kita lah nak pekat ke tak. Tapi bagi awak better kena cairkan bancuhan, sebabnya bila bancuhan cair bayam tu cepat masak dan lagi rangup. Kalau tepung terlampau pekat lambat pula masaknya.


Keadaan bayam yang digoreng di dalam kuali nampak macam lembik - lembik je. 
Goreng pun kejap saja lebih kurang dalam 5 - 10 minit. Sebab tu bancuhan tepung kena cair. Kalau terlebih menggoreng, bayam akan nampak garing dan rasa pahit.


Bila diangkat ke dalam pinggan, automatik bayam ni jadi keras macam keropok. Idak sempat awak nak masuk dalam balang nak buat kudapan bila nak tonton movie, anak dan bapaknya dah ngap dulu. Depa duk ulang alik ke dapur ja.


Itulah rupanya bayam brazil yang telah dicelup tepung. Sedap kome oii.krup krap krup krap je, rangup sangat.



RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...