Tuesday, December 1, 2020

PUDING ROTI VS KEK KUKUS COKLAT CHEESE

 Assalammualaikum

Terbanyak pula update mengenai makanan. Dah jadi macam blog masakan. Harap - harap orang lain tak jemu lah nak datang sini. Sekarang pun awak nak update makanan lagi. Bukan apa, dah tak ada idea, tambah - tambah PKPB pula, tak boleh nak ke mana.

Okaylah, awak nak cerita pasal puding roti awak yang ohsem tu..hehehe. Roti gardenia awak yang hampir expired awak buat lah puding roti, lagi pun ngam - ngam tinggal 4 keping. Bahan - bahan lain pula memang dah tersedia ada semuanya.



Cantik tak kejadian puding roti awak. Rasa sayang nak makan. Apabila siap awak masukkan dalam pinggan, anak - anak semua dah tunggu nak ngap. Mamanya seperti biasalah kan snap gambar sampai menjadi. Sampai berdiri atas kerusi kalau hampa nak tau. Itu pun masih tak puas hati dengan gambar yang ditangkap. Anak yang no. 2 pun ikut sekali naik kerusi acah - acah nak snap gambar. Haru sungguh...

Bahan - Bahan
Bahan A
4 keping roti
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sk perisa vanilla
3/4 cawan susu segar 
1/3 cawan susu pekat

Bahan B
3 cawan air
1/2 cawan gula
10 g agar - agar serbuk
2 sudu besar mentega

Bahan C
2 sb serbuk koko
air panas

Cara - cara
1. Potong dan buang sedikit bahagian tepi roti. Tujuan untuk dapatkan warna bancuhan yang putih semuanya.
2.Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian masukkan  ke dalam periuk/kuali bancuhan yang telah dikisar tadi dengan api yang perlahan.
3.Kemudian masukkan 3 cawan air, gula dan serbuk agar - agar. Kacau rata bancuhan tadi.
4.Kemudian masukkan mentega. Kacau rata supaya semua bahan larut dan sekata.
5.Biarkan ia mendidih sebentar, kemudian boleh tutup api. Bancuhan puding roti sudah siap.
6.Di dalam mangkuk lain, bancuh serbuk koko bersama sedikit air panas
7.Ambil sebahagian bancuhan puding roti asingkan ke dalam sebuah mangkuk. Masukkan bancuhan serbuk koko ke dalamnya.
8. Sediakan acuan. Tuang bancuhan puding roti ke dalam acuan berselang seli sehinggah banchan habis.
9.biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Dah keras baru potong.

 Kek Kukus Coklat Cheese

Kek ni awak buat minggu lepas. Resepi kek ni asyik lalu je dalam FB, memang minta awak buat lah kan. Lagi pula memang awak minat nak cuba resepi - resepi baru. Seronok tengok bila anak - anak dan suami makan hasil masakan sendiri.

Bahan - bahan
Bahan A
3 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan serbuk koko (ayak)
1/2 sb baking powder (ayak)
1 sudu esen vanila
secubit garam

* Mix semua bahan di atas.

Bahan B
250 g cream cheese
1 biji telur
2 sb gula
2 sb tepung gandum

* Mix semua bahan di atas

1.Sapukan loyang dengan sedikit minyak, panaskan pengukus, 
2.Masukan adunan Bahan A 1/3 daripada loyang. Kukus selama 15 minit
3.Masukan adunan Bahan B kukus selama 15 minit.
4.Masukan baki adunan bahan A kukus selama 20 minit.
5. Sejukan kemudian baru potong.


2 comments:

Nina Mads said...

singgah sini... nampak cantik kejadiannya. menarik

ANDAIANNYA said...

TQ singgah

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...