Tuesday, November 24, 2020

PERY SMITH AIR FRYER

 Assalammualaikum

11.11 hari tu terjebak juga dengan barang - barang online yang agak murah dari hari - hari biasa. Ini semua hasutan dari laki awak. Nasib dia yang bayarkan. Awak telah membeli sebuah AF (Air Fryer) dari brand Pery Smith.

Agak teruja juga lah dengan AF ni. Sampai - sampai sahaja awak terus panggang ayam. Suhu dan masa semua telah dinyatakan di AF. Memang mudah sangat ada gadget masakan seperti ini. sambil kita masak boleh buat kerja lain. Ayam yang awak panggang tu tak payah nak balik - balik. Memang ianya masak dengan sempurna atas dan bawah.

Pelbagai lagi boleh masak dengan AF ni, awak ada juga goreng kentang dan goreng karipap frozen. Yang bestnya, laki awak siap buat goreng ayam untuk chicken chop dan juga ayam goreng kunyit. Kalau terajin nanti awak buat entry mengenai chicken chop by laki awak tu guna AF.


Sebelum masak, awak perap la dengan pelbagai rempah ratus untuk ada rasa ayam panggang tu.


Ini pula selepas kejadian. Ayam tu memang masak dengan sempurna. Yang penting masak tanpa minyak. Memang terbaiklah.




8 comments:

Kakmim said...

Wah...cantiknya AF merah... kakmim je x beli lg AF ni... masih lg belom tergoda.. hehehe

Sha Mohamed said...

Rasa dia macam mana ye?? Ada perbezaan tak..
Cantik AF tu.. Merah mengancam..

nohas said...

best jg ada AF ni, teman takde lg..

ANDAIANNYA said...

hihi..nanti mesti akan tergoda..

ANDAIANNYA said...

Rasa sama macam kita bakar dalam oven...bagi sy, rasanya ok, memang tak ada beza kalau bakar guna arang juga

ANDAIANNYA said...

tunggu 12.12 pula..hihihi,

Dila Faizal said...

Wahh senang la masak lepas ni heheh insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh beli nanti. btw salam perkenalan kak. da follow blog ni #453

ANDAIANNYA said...

Tq Follow...amin

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...