Friday, November 27, 2020

CHICKEN CHOP AF BY LAKI

 Assalammualaikum

Sejak awak menggunakan AF ni, kerajinan nak masuk dapur tu lain macam sikit. Laki pun rajin carikan menu untuk dimasak menggunakan AF. Mula - mula ni memang agak excaited, lama - lama karang ke laut dalam la AF kami tu.

Tambahan pula, kitaorang laki bini telah diarahkan untuk WFH, so, agak banyak masa untuk diluangkan bersama - sama keluarga. Kekadang tu, agak stress juga, mulut ni asyik minta makan sesaja. berat pun dah naik mendadak.


Chicken Chop yang dimasak oleh laki awak. Ayam, sosej dan kentang dia goreng guna AF,tanpa minyak. Yang menghias bagi cantik sudah tentulah awak..hehehe

Masa tengah photosoot berkali - kali ni, si kakak bersuara. Dia tegur kat adiknya, "Adik, nanti jangan nak jadi macam tu tau, makanan sampai terus makan je, jangan nak tangkap gambar banyak kali, lapaq ni"..

Aduhai, anak pun dah pandai perli -perli sekarang ni.


2 comments:

ct cheery said...

Hahaha baik punya perli. Kami pun xsabaq nak dpt AF tahun depan. Main kutu kihkih nak Beli cash xmampu 😅

ANDAIANNYA said...

Lepas ni boleh sama - sama kongsi resepi guna AF..hehehe

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...