ANDA BERMINAT

Tuesday, June 9, 2026

~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~

Assalammualaikum

Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa awak bercuti di Cameron Highland pada 3 minggu lepas banyak gerai yang menjual pokok rose. Awak bagitahu husband, nak beli 2 3 pokok bila kami nak balik turun. 


Nama je penggemar bunga rose, tapi bila nak tanam je, mesti pokok bunga rose awak akan mati. Aduhai, kesian bunga rose awak, tak sempat nak hidup lama, dah menyembah ke bumi. Awak dah google cara - cara penjagaan bunga rose ni, tetap juga tak tahan lama. Laki bagitahu, beli rose kampug je nanti, sebab sesuai cuaca di tempat awak. Logik juga fikiran orang laki ni.

Nantilah kita mencari rose kampung pula.......

Monday, April 20, 2026

~ RAYA KAMI 2026 DI RUMAH MAK DAN ABAH ~

Assalammualaikum

Raya pertama hari tu, awak dan suami tak sempat nak balik raya di rumah mak dan abah. Sebabnya, adik - beradik suami berkumpul di rumah kami sehingga raya ke dua. Tak sopan pula nak tinggal tetamu di rumah. So, kami pun balik raya ke tiga ke rumah mak dan abah, adik - beradik awak pun memang semua ada masa raya ke tiga tu. Memang seronoklah dapat jumpa semua adik - beradik. Kalau berjumpa, tak sahlah kalau tak bergambar semua untuk kenangan. 


Bergambar ramai - ramai, sudah pasti ada yang buat spoil.


Masih lengkap bersama mak, abah dan 8 orang adik - beradik


Anak  - anak perempuan mak. 

 
Anak - anak lelaki abah. Masih segak bergaya abah kami




Gang2 perempuan, kalau berjumpa tak habis nak bergosip. Alhamdulillah, bergosip yang baik - baik sahaja. hahahahaha


Anak - anak, menantu dan cucu lelaki abah

 
Anak - anak, menantu dan cucu perempuan mak. 


Gang bujang. Semoga kalian bertemu jodoh yang baik - baik

Alhamdulillah, dikurniakan adik - beradik dan ipar - duai yang sangat baik dan memahami. Terima kasih mak abah, membimbing dan mendidik kami dengan baik.




~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~

Assalammualaikum Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa a...