Saturday, October 31, 2020

HAAAA..MASUKKK

 Assalammualaikum

Empat dara duduk di tepi sungai..🎵🎵🎶

Duduk menjerat si ketam lah batu..🎵🎵🎶

Haaa..Masukkk...

Viral pula lagu empat si dara sejak kebelakangan ni.

Boleh pula lagu ni stuck kat kepala awak. Mendayu - dayu ja.

Jenuh halau pergi jauh - jauh, masih lagi duk dalam kepala ni.

Haaa..Ni semua anak dara Mat Sani & Rahmah. Opssss, dua anak dara, dua lagi dah mak dara..hehehe

Rindu nak kumpul ramai - ramai sambil bergosip. Rindu nak gelak ketawa kuat - kuat, then kena tegur dengan abah. Lepas tu masing - masing senyap. Then sambung balik ketawa. Hahaha....Serius rindu wei..

Tapi sekarang masing - masing dengan kehidupan sendiri. Yang dah berkeluarga tentu lah sibuk dengan urusan anak- anak, suami serta tuntutan kerja harian yang tak pernah habis.

Tetiba rasa touching pula malam - malam ni..


4 comments:

Warisan Petani said...

Anak dara sekarang dah tak main sungai
tak kenal pun ketam batu.

ANDAIANNYA said...

hahahaha..Betul tu wak, depa duk main tiktok sekarang

Sha Mohamed said...

Makin popular lagu 4 dara tu.. Dah ada versi Faizal Tahir..

ANDAIANNYA said...

betul tu..best juga versi baru ni....

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...