Monday, January 11, 2021

KEK SANTAN KUKUS

 Assalammualaikum

Hari sabtu minggu lepas, MIL awak call ajak makan tengahri di rumah dia. Seronok sebenarnya dapat makan beramai - ramai ni. Lagi awak seronok, awak tak payah nak bersusah payah nak ke dapur tengahari tu...hihihi.

Rasa segan pula datang rumah orang untuk makan sahaja. So, awak pun buat lah kek santan kukus yang agak viral juga. Mudah sangat - sangat, bahan pun tak banyak.


Tak sempat awak nak ambil gambar masa potong tu, dah anak - anak sedara awak ngap duluan. Kira sedaplah tu kan..hihihi


Kek Santan Kukus 

Blend:

4 biji telur

1 sb ovellate

3 sb susu pekat

1/2 cawan gula

Dah kembang tuang dalam mangkuk

Campur yang dah diblender tadi dengan :

1 sb baking powder

2 cawan tepung gandum

1 kotak santan (200ml)

Letak pewarna, ikut suka

Tuang dalam loyang saiz 8x8

Kukus selama 40 minit

Friday, January 8, 2021

BURN CHEESE CAKE AF

 Assalammualaikum

Diet awak semalam punah lagi ke dalam lautan dalam.



Agak lembik sikit, sebab awak derhaka pada resepi..kikiki

Resepi Burn Cheese Cake

Bahan - Bahan

Cream Cheese 250 g

125ml full cream milk (tak ada whipping cream)

1 penutup esen vanila

3 biji telur

2 sb tepung gandum

1/2 cawan gula

Blender semua bahan dan bakar dengan suhu 170 selama 30 minit

Thursday, January 7, 2021

NASI HUJAN PANAS VS AYAM MASAK SOS

 Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 2021 semua. Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan. Azam awak tahun ini biasalah kan, asyik nak kurus sahaja. Tapi makan tak beringat juga. Tapi seriusly, awak memang berazam nak kurus pada tahun ini.hahahaha

Sebelum awak nak memulakan sesi diet awak yang entah bila tu, awak post lah dulu masakan awak untuk dinner kami anak - beranak semalam. Nasi hujan panas & ayam masak sos request dari husband tersayang....kikiki



Lepas balik kerja awak pulun lah sorang - sorang masak kat dapur, adalah juga anak dara awak nak membantu, lepas dia tolong kacau nasi dua tiga kali, udah hilang ke ruang tamu kome oiiii.....idak menjenguk - jenguk dah ke dapur, time makan pula lah dia muncul...haru sungguh dengan anak dara sorang ni.

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...