Friday, June 17, 2022

BISKUT SEMPERIT LEGEND BY MY MUM

 Assalammualaikum

Salam Jumaat, semoga Allah memudahkan urusan kita semua pada hari ini. 


Biskut semperit orang dulu - dulu. Rangup di luar, cair di mulut. Biskut ni mak awak yang buat request dari cucu dia, anak abang awak. Dah alang - alang nak buat, mak awak pun buat 2 kali ganda bancuhan, untuk cucu yang lain juga katanya. Seriuslah, memang sedap..

Sebalang sekali hadap je kami anak - beranak makan.

Jatuh cinta pula dengan biskut semperit ni. Nanti boleh lah minta resepi kat my mum untuk buat jual. Dulu, tak pandang pun biskut legend ni. 

Thursday, June 16, 2022

LAKSA BANJAR

 Assalammualaikum

Semalam tetiba anak tekak teringin nak makan laksa. Selalu, selepas habis kerja awak dan suami akan singgah di warung laksa buyung berdekatan rumah awak. Tapi, sekarang dah naik harga pula. Rasa tak cukup kalau makan semangkuk laksa kat gerai tu... hehehehe

So, petang semalam habis waktu bekerja terus awak membeli bahan - bahan untuk dibuat laksa. Berperang lah awak sorang - sorang sehingga waktu maghrib. Adalah  juga suami datang tolong sikit - sikit. Alhamdulillah, mau lah juga menolong apa yang patut, sebab dah tengok muka bini masam mencuka..hahaha.

Laksa orang banjar, wajib kena ada cucuk baru padu. 



BURGER MALAYSIA BY MAMA DHIYA'S

 Assalammualaikum semua.

Harap bloggers lain masih sudi untuk singgah ke blog ini.

Hujung minggu cuti sekolah hari tu, adik dan kakak ipar ajak berkelah di Taman Tasik Taiping. So, masing - masing bawa menu untuk santapan kami pada hari tu.

So,  awak pun bercadang nak bawa kuih Burger Malaysia. Alhamdulillah, menjadi dengan elok dan gebu kuih burger awak.



Resepi Burger Malaysia

1 paket yis (mauripan)

4 sb gula

1 sb susu pekat

Air suam

Masukkan semua bahan - Bahan di atas dalam cawan or jug, kacau kemudian tunggu yis naik

500 g tepung

3 sb marjerin

1 biji telur

1 sk garam

Gaul semua bahan tepung sambil masukkan air yis yang dah kembang tadi. Kemudia uli sampai jadi doh.

Resepi doh ni kawan awak yang bagi, awak buat donut pun menjadi guna resepi ni. 

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...