Tuesday, November 3, 2020

HEADER BARU LAGI

 Assalammualaikum

Planing nak buat header baru ni dah lama. Nak mula buat tu yang bercinta sikit. Awak ni, ada lah sikit sikap hangat - hangat tahik ayam tu. macam blog ni, tetiba saja rajin pula nak update sejak kebelakangan ni. Nanti dia mai pula malas nak update, makan bulan juga, makan tahun pun pernah juga tak berupdate.

Semalam start buat header, edit punya edit, udah idak center kome oiiii. Masa dah pukul 5 petang, terpaksa tangguh dulu. Then pagi ni, ada gotong - royong pula di pejabat awak ni. Letih tak terhingga lah. dari dalam pejabat hingga keluar pejabat kitaorang kemas. 

Nak dijadikan cerita, terjumpa lah kulit ular tedung dalam stor pejabat awak ni. Meremang bulu roma kome oii. Tengok kulit ular tu pun awak dah gerun. 

Nak cerita pasal header je, tapi awak melalut pula cerita lain. Hampa jangan nak bosan noh. So, waktu lunch tadi awak edit lah bagi center balik header awak tu. Gigih edit sambil makan bihun goreng tau. hahahaha.

    
Nampak lebih matang kan..kikikiki

8 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Cantik.. 😊😊

Kai said...

cakap pasal ular, haritu ayah Kai cerita dia jumpa ular sawa kat kebun kelapa sawit belakang rumah nenek >.< eeii memang meremang la bulu roma bila cakap pasal menatang tu

Amie said...

Simple tapi cantik header tu.

ANDAIANNYA said...

TQ

ANDAIANNYA said...

Memang pun..awak memang gerun sikit dengan ular2 ni..

ANDAIANNYA said...

TQ

Sha Mohamed said...

cantik dan simple..

ANDAIANNYA said...

TQ

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...