Friday, August 19, 2022

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum

Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi. 

Minggu lepas awak dan family ada makan kat kedai makan Panas Pedas by Tasmira di Kamunting, Perak. So, Awak nak review lah sikit mengenai restaurant tersebut. Serius, sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Yang mana suka pedas memang sesuailah untuk singgah makan kat sini.


No 2 GF, LALUAN KAMUNTING 4, BANDAR KAMUNTING, 34600 TAIPING, PERAK.
{belakang kolej komuniti taiping}

📌Map📌
https://maps.app.goo.gl/3oR7Gtwvr5rc9QNv9
Kedai buka pada 11.00 Pagi - 7.00 Malam
Boleh juga order dari,
GRAB FOOD đŸšŽ
FOOD PANDA đŸŒ
HALO DELIVERY đŸ“ž

Persekitaran kedai juga sangat bersih dan besar. Service juga sangat cepat, idak lah customer menunggu lama.

Awak paling suka makan set ayam. Serius sedap, budak- budak pun sesuai untuk makan menu ni. Alamak, tak ada gambar pula nak tunjuk. Tapi lebih kurang set bawal ni lah, cuma tukar kepada ayam sahaja.

Set Ikan bawal. Ikan bawal tu besar gila kome oiii. 2 orang makan pun boleh.

Ni pula Ayam Geprek. Kalau sesiapa yang memang suka pedas, boleh try menu ni. Sambal dia tu, pedas-pedas nak lagi.

Set Ayam Kicap. Bukan ayam kicap biasa-biasa kome oii. Semua cukup rasa. Kalau makan menu ni, confirm nak kuah kicap tu lebih.

Set Ikan Keli

Anak Awak memang peminat keli. So, memang menu ni lah yang dia akan pilih kalau singgah kat restaurant ni. Kari dia rasa masam - masam macam makan kari sembilang. Serius sedap. 

Moh le kome kalau melawat Perak area Taiping or Kamunting. Datanglah ke Restaurant ni. Nikmatilah Rasa Panas & Pedas nya.....


Friday, June 17, 2022

BISKUT SEMPERIT LEGEND BY MY MUM

 Assalammualaikum

Salam Jumaat, semoga Allah memudahkan urusan kita semua pada hari ini. 


Biskut semperit orang dulu - dulu. Rangup di luar, cair di mulut. Biskut ni mak awak yang buat request dari cucu dia, anak abang awak. Dah alang - alang nak buat, mak awak pun buat 2 kali ganda bancuhan, untuk cucu yang lain juga katanya. Seriuslah, memang sedap..

Sebalang sekali hadap je kami anak - beranak makan.

Jatuh cinta pula dengan biskut semperit ni. Nanti boleh lah minta resepi kat my mum untuk buat jual. Dulu, tak pandang pun biskut legend ni. 

Thursday, June 16, 2022

LAKSA BANJAR

 Assalammualaikum

Semalam tetiba anak tekak teringin nak makan laksa. Selalu, selepas habis kerja awak dan suami akan singgah di warung laksa buyung berdekatan rumah awak. Tapi, sekarang dah naik harga pula. Rasa tak cukup kalau makan semangkuk laksa kat gerai tu... hehehehe

So, petang semalam habis waktu bekerja terus awak membeli bahan - bahan untuk dibuat laksa. Berperang lah awak sorang - sorang sehingga waktu maghrib. Adalah  juga suami datang tolong sikit - sikit. Alhamdulillah, mau lah juga menolong apa yang patut, sebab dah tengok muka bini masam mencuka..hahaha.

Laksa orang banjar, wajib kena ada cucuk baru padu. 



BURGER MALAYSIA BY MAMA DHIYA'S

 Assalammualaikum semua.

Harap bloggers lain masih sudi untuk singgah ke blog ini.

Hujung minggu cuti sekolah hari tu, adik dan kakak ipar ajak berkelah di Taman Tasik Taiping. So, masing - masing bawa menu untuk santapan kami pada hari tu.

So,  awak pun bercadang nak bawa kuih Burger Malaysia. Alhamdulillah, menjadi dengan elok dan gebu kuih burger awak.



Resepi Burger Malaysia

1 paket yis (mauripan)

4 sb gula

1 sb susu pekat

Air suam

Masukkan semua bahan - Bahan di atas dalam cawan or jug, kacau kemudian tunggu yis naik

500 g tepung

3 sb marjerin

1 biji telur

1 sk garam

Gaul semua bahan tepung sambil masukkan air yis yang dah kembang tadi. Kemudia uli sampai jadi doh.

Resepi doh ni kawan awak yang bagi, awak buat donut pun menjadi guna resepi ni. 

Tuesday, March 8, 2022

PERENCAH PERAPAN AYAM BAKAR

 Assalammualaikum

Minggu lepas kakak ipar dan adik ipar datang ke rumah awak. Kalau dah berkumpul ramai - ramai, sudah tentu ada aktiviti memasak pelbagai menu. Tapi, yang awak nak cerita ni mengenai perapan perencah ayam bakar by Mama Dhiya'S Homemade. Sedap kome oiiii....

Just perap dengan perencah tu dalam sejam, then bolehlah mulakan aktiviti bakar - membakar. Awak nak mudah, awak guna airfryer dulu then baru bakar guna arang. So, tak lama sangat lah nak membakar di luar dengan keadaan panas terik matahari. Boleh juga perap untuk bakar ikan. Gambar ikan lupa pula nak snap..


Tengoklah colour ayam yang sudah siap dibakar. Cantik dan menyelerakan sungguh.


Yang pasti perencah perapan Mama Dhiya'S Homemade ni memang sedap lah kome oii...


ALMOND LONDON, ALMOND SNOW, Y COKLAT ALMOND & Y ORIGINAL

 Assalammualaikum

Lama tak singgah ke sini. Sekadar menjenguk sekejap sahaja. Tapi, hari ini rasa nak buat entri mengenai my biskut. Awak buat sendiri tau. 

Y Coklat Almond - Biskut ni baru lagi di pasaran. Alhamdulillah, mendapat sambutan dengan baik dari customer.






Selain itu awak ada juga jual biskut Almond London, Almond Snow & Y original.




Kami buat COD dan juga boleh pos ke seluruh Malaysia.









Friday, February 4, 2022

MIL - KAMI SANGAT RINDUKAN MAK

 Assalammualaikum...

Masih berdukacita dengan pemergian MIL pada 25hb Januari 2022 jam 10.30 pagi. Ya Allah, kau tempatkanlah arwah MIL dikalangan orang - orang beriman. Hanya mampu berdoa agar Allah merahmati arwah MIL. Sesungguhnya, kami sangat terkesan dengan pergian MIL. Suami awak, setiap malam menangis terkenangan arwah. Alhamdulillah, arwah pergi dengan baik, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Ramai yang solat jenazah untuk arwah MIL. Semasa hidup orang tak nampak kebaikannya. Tapi, selepas arwah dah tiada, bertalu - talu orang bercakap kebaikan arwah.

Tak sempat awak dan suami nak bawa mak tinggal bersama di rumah baru kami. Kami tak kuat sebenarnya ya Allah. Tapi ini semua sudah ditakdirkan. Kami kena redha akan pemergian MIL. Banyak sangat kesalahan awak dengan MIL. Menyesal sangat sebab awak tak jaga MIL dengan baik. 

Kami tahu, mak tak nak susahkan anak - anak jaga dia. Lebih kurang sebulan lebih MIL tak boleh jalan, Allah dah ambil MIL. Dulu, awak memang ada sikit krisis dengan MIL, tapi sekarang bila difikirkan balik, semuanya adalah kebaikan untuk kami. Mak mana yang tak sayangkan anak, mak mana yang tak nak tengok anak - menantu dia bahagia, itulah MIL. Selagi dia hidup, dia berusaha nak kami hidup bahagia. Banyaknya ke khilafan awak dengan dia.

Insyallah, selagi awak hidup, awak sentiasa akan doakan arwah MIL. Semoga arwah MIL tenang di sana. Semoga kita semua berjumpa di Syurga yang kekal. Rindu yang tiada berpenghujung.......Al-Fatihah

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...