Friday, May 17, 2019

KOLE KACANG SEDAP

Assalammualaikum

Awak memang suka makan kuih - kuih tradisi. Bak kata orang kuih orang - orang lama.
Time puasa ni memang berlambak la orang jual pelbagai kuih tradisi kat Bazaar Ramadhan.
Tapi awak lebih suka beli kuih - kuih tradisi ni dekat rakan pejabat awak ni.
Memang sedap sangat - sangat dia buat.Cakap je kuih apa yang kita nak, pasti dia akan tolong buatkan. Semua cukup rasanya. Hari tu awak minta tolong buatkan kuih kole kacang.


Kuih kole kacang kegemaran awak. Aduh sungguh sedap rasanya. Sebenarnya, masa zaman budak - budak awak paling tak suka kuih ni, sebab rasanya tu buat awak rasa nak muntah. Tapi bila dah besar sebaliknya pula.
Satu bekas tu awak bedal sorang - sorang ja.
Laki jeling - jeling ja, nak minta sikit pun awak tak kasi. Hahaha

P/S : Korang suka makan kuih apa bulan puasa ni????

Thursday, May 16, 2019

BAYAM BRAZIL

Assalammualaikum

Ni lagi satu tumbuhan yang kali pertama awak dengar, walaupun tumbuhan ni dah famous di kalangan keluarga terdekat awak dan rakan - rakan, awak je yang lambat tahu akan kewujudan tumbuhan ni di sekitar kawasan awak. Macam baru keluar dari gua.

Apa - apa pun bayam ni memang sedap buat ulam, goreng celup tepung, goreng belacan, gorang tumis dan ikut suka hampa lah nak goreng lagu mana pun. Asalkan dapat makan masuk mulut dan terasa nikmat kesedapannya tu.

Laki awak siap nak tanam bagai bayam ni. Katanya banyak khasiat, terutamanya untuk orang gemuk yang nak turunkan berat badan. Rasanya dia nak tuju kat awak dah tu.


Bayam Brazil, tanam guna batang ja. Campak ja tang mana pun, memang elok tumbuhnya.

Antara khasiat bayam brazil :

1. Melawan kanser
2. Mengekalkan kesihatan mata
3.Salah satu vitamin K
4. Menguatkan tulang
5. Membantu menurunkan berat badan
6. Meningkatkan sistem imuniti badan
7. Membantu sitem penghadaman
8. Mengelakan daripada sembelit
9. Membantu melancarkan darah
10. Mencegah anemia
11. Mengatasi masalah gusi
12. Nutrisi baik untuk pembesaran
13. Mengekalkan stamina
14. Mengekalkan kesihatan mulut
15. Mengikat kalsium
16. Mencegah penuaan pramatang
17. Mengenkalkan kesihatan ibu mengandung

Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita. Maka apa tunggu lagi jom kita tanam Bayam Brazil!!

Wednesday, May 15, 2019

PEMENANG BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

Assalammualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan nikmat yang diberi hari ini dan seterusnya.
Semalam, masa nak ambil anak dari rumah emak awak, ada satu bungkusan barang online atas nama awak dalam beg anak. Rasa pelik, sebabnya awak tak ada pula oder barang online.

Sampai rumah langsung dah tak ingat dengan barang online tu.
Awak busy nak siapkan menu berbuka.
Lepas berbuka dan solat maghrib awak tidurkan si kecik pula.
Dah selesai semua kerja, barulah awak dapat rehatkan badan.
Masa ni lah baru teringat dengan barang bungkusan online petang tadi.

Buka - buka sahaja ada sebuah buku bertajuk Letters to god by Norhafsah Hamid.


Thanks you Siqahiqa bagi buku ni

Sebenanya awak ada join Segmen Book Giveaway By JJm & Friends, bulan lepas.
Kali ni rezeki memang berpihak kepada awak. Kali pertama rasanya awak dapat hadiah dari mana - mana segmen.

Yang mana join segemen ni boleh tengok nama pemenang dekat SINI. Thank You kepada Blog Jari Jemari Menari & Friends buat segmen ni.

Tahniah kepada semua pemenang.



Tuesday, May 14, 2019

ULAM - ULAMAN HIJAU

Assalammualaikum

Hari yang ke-9 puasa, dah pening memikirkan menu apa untuk berbuka.
Korang pun mesti samakan???

Hari ini cadangnya nak buat nasi ulam.
Mil yang nak makan sebenarnya.
Dari minggu lepas lagi dia minta tolong belikan @ carikan daun - daun nak buat nasi ulam.
Baru hari ini rasa terluang masa nak mencari daun - daun ulam tu.


Kebanyakan ulam - ulaman ini awak beli je kat Pekan hari.
Dua tiga jenis ulaman ja yang awak petik di belakang pejabat.
Ini semua koje laki awak, main ambil ja semua ulam - ulam tu, udah rope nak kenduri kome oiii. Dilarang karang sentap pula. Huhuhuhu

Korang mesti dah tahu kan khasiatnya sangat banyak dan bagus untuk kesihatan terutamanya kesihatan dalaman kita. Bagi yang nak awet muda, kebanyakan mereka akan amalkan makan ulam - ulaman setiap hari.

Petang ni kita sambung cari daun sekentut, pucuk mengkudu dan daun bebuas pula. Tak ada pula jual kat Pekan hari, susah nak dapat kata peniaga - peniaga ulam kat situ.

Sambil awak menaip ni, tiba - tiba laki awak bawa balik tambahan ulaman lagi. 


Ini pun masih ada ulaman yang tak ada, bebuas dan sekentut. Memang susah nak dapat sekentut ni rupanya.

Bernasi ulaman la kita berbuka nanti........



Monday, May 13, 2019

UMBUT BAYAS

Assalammualaikum

Umbut bayas??
Korang pernah dengar tak.
Tapi bagi awak ini kali pertama dengar dan makan umbut bayas ni.


Inilah rupanya umbut bayas yang telah direbus untuk dijadikan kerabu.

Daripada apa yang awak tahu, pokok bayas ni berada didalam hutan tebal yang berbukit, Pokonya juga berduri - duri. So, kalau ada orang yang jual umbut bayas ni dengan harga yang mahal, memang tak heran lah. Sebab memang susah nak dapat dan berisiko.


Ini pun awak beli dekat Pasar Ramadhan di Batu Kurau ni. Harga bayas banyak tu sekali dengan kuah kerabu RM4.00. Not Bad lah, rasanya pun sedap lemak - lemak berkrim. Tapi bagi, orang yang sakit urat memang tak disyorkan makan umbut bayas ni. Karang kena sakit urat, udah..tak boleh tidur malam kome.



Thursday, May 9, 2019

CAT DINDING CORAK GEOMETRI BY NIPPON PAINT

Assalammualaikum

Cepat sangat masa berlalu kan.
Hari ini dah 4 Ramadhan.Tup -tup dah nak raya.

Semalam sedang awak blogwalking, awak ada ternampak entry mengenai cat dinding dari Nippon Paint dari blog Yuyu Zulaikha.
Sungguh, memang menarik minat awak nak berkongsi cerita dengan penggunaan cat Nippon paint ni. Memang terbaiklah cat ni. Sebabnya awak pun menggunakan cat ini di ruang tamu utama rumah awak. Hasilnya memang sangat terbaik.


Ini hasilnya. Awak dan laki awak plan cat corak geometri.
Kitaorang ambil gabungan warna merah dan kelabu.


Gambar sebelum cat dah terdelete.

Sebelum mencat ni, awak dah plan nak cat warna kelabu sahaja, memandangkan cat sebelum ini bewarna biru. Tapi, laki awak berkeras juga nak campur warna merah tu. Makanya itulah hasilnya.
Not bad juga lah. Nasib hasilnya memuaskan hati awak.

So, awak suggestkan cat Nippon Paint ni memang terbaiklah untuk cat rumah bagi memeriahkan  lagi suasana Hari Raya pada tahun ni. 




Wednesday, May 8, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com - Sticky Post

Assalammualaikum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Tuesday, May 7, 2019

KISAH RAMADHAN KE -2 KAMI

Assalammualaikum

Alhamdulillah.
Hari ini hari ke-2 kita menyambut ramadhan.
Semoga Allah panjangkan umur & diberikan kesihatan yang baik kepada kita umat islam untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.

Sahur hari ni awak sediakan telur goreng cili potong berkicap. haaaaaa
Bukan beshe - beshe tau.
Kalau makan ni mau tambah 2 3 pinggan.
Tapi anak awak idaklah dia sentuh telur goreng tu.
Ater awak laki bini yang habiskan semuanya.


Nah bagi hampa terliuq sikit..

Kisah pagi hari di pejabat.

Bos bagitahu nak buat meeting terkejut pagi ni. Dia bagi arahan pun melalui whatsup. Itu pun pagi ni juga dia whatsup. Memang betul - betul terkejut. Hahahahaha
Meeting tu dalam pukul 9 pagi, dia dah masuk bilik meeting.
Awak pun dengan bersahaja minta tolong rakan pejabat tanyakan kepada bos samaada nak buat air ke tak???
Member awak tu senyum jaaaaa.
Ehhhhh dia ni orang suruh tanya. Dia bukan main senyum meleret.
Dalam hati nak belikan la kuih - muih untuk santapan semasa meeting karang.
Laki awak pun datang mai dekat. 'Hang pasai apa?? buang tebiat ka nak buat air bagai.......'
Hahahahahahahaha....(Hampa sambung gelak weiiii)
Berdekah - dekah awak gelak....Tak boleh nak move on gelak sampai sekarang.
Aduh ! haru sungguhhhhh. Serius memang awak tak teringat langsung hari ni puasa.
Itu pun ada hati nak whatsup bos tu, nasib baik awak batalkan niat nak whatsup dia dalam group tu.
Kalau idak awak jadi bahan depa la......

P/S : Serunding ikan bilis sedap onnnnn...Boleh oder dengan awak






Monday, May 6, 2019

HARI BERTUAH SAYA

Assalammualaikum

Salam Ramadhan Kareem.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan.

Minggu lepas awak dan suami telah menghadiri Mesyuarat KESUFA kali yang ke 14 di dalam jabatan awak.
Dah tentulah kan dalam mesyuarat tu akan diadakan cabutan bertuah sepeti tahun - tahun yang lepas.
Hadiah utama yang sangat dinantikan oleh kami adalah penghawa dingin jenama SHARP.
Memang berharap juga nak dapatkan penghawa dingin tu.
Dalam hati berdoa minta - minta nama awak or suami yang naik.

Apabila diumunkan rasa hampa teramat sangat...huhuhu
Memang tak ada rezeki awak nak dapat penghawa dingin tu.
Sebelum ni bukan beriya sangat pun. 
Tapi semenjak awak menggunakan penghawa dingin second hand, bil elektrik awak tu melambung - lambung. Ramai yang bagi tahu kemungkinan penghawa dingin second hand tu punca bil elektrik awak melambung tinggi. Aduh parah juga macam ni..
Nak beli yang baru rasanya tak mampu, kena kumpul duitnya sikit-sikit setiap bulan. Itu pun kalau terkumpul. Sebab tu lah awak berharap sangat nama awak naik time tu. Tapi dah takdir tak ada rezeki awak & suami.

Tapi, pihak KESUFA ada juga sediakan hadiah cabutan bertuah yang lain.
Time ni rezeki memihak kepada awak dan juga suami.


Awak dapat baucer ni 6 keping. So, korang total la sendiri berapa jumlah yang awak dapat.
Bolehlah awak topup untuk beli baju raya anak - anak .


Laki awak dapat bantal tu.

Beg - beg laguage tu memang semua ahli dapat samaada hadir atau tidak.
Alhamdulillah, rezeki awak & suami pada hari tu.



RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...