Monday, October 26, 2020

KALAKATAR ~~~KUIH ORANG BANJAR

Assalammualaikum..
Lama juga awak tak membebel kat sini. 
Hari ini baru rasa terdetik nak menaip entri.

Semalam awak dan adik - adik plan nak buat kuih banjar kalakatar. Memang dah lama plan nak buat kuih ni. Tapi kengkangan masa, amat mencemburui kami..Hehehehehe

So, semalam la baru jadi plan nak membuatnya.

Gambar sebelum masuk dalam oven

Resepi kami google je, sambil bertanyakan emak. Senang juga nak membuat kuih ni. Cuma masa nak membakar tu agak lama. Kitaorang just bakar guna oven je. Nak membakar di luar macam orang dulu - dulu tu, memang ke laut dalam lah jadinya kuih kitaorang tu.

Korang tengoklah hasil kejadiannya. Memang sedap kalau ikut resepinya. Tapi air kelapa memang nak kena banyak lah. Yang paling penting sekali kena guna kelapa muda. Kitaorang beli je kat kedai sebiji RM4.00. So tak heranlah kalau kuih tradisional ni mahal sekarang. Nak cari kelapa muda pun jenuh.


Resepi Kalakatar

BAHAN:

  • 5 cawan air kelapa muda (lebih kurang 2 biji kelapa)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (awak tak penuhkan pun gula dalam cawan sebab tak nak manis sangat)
  • 2 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur

CARA:

  1. Campurkan air kelapa, telur, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sampai sebati
  2. Tapis, dan tuang dalam periuk. Guna api sederhana, masak bancuhan sampai berwap, bukan menggelegak. Kena kacau selalu.
  3. Lengser loyang dengan majerin, tuang bancuhan tadi. Tabur isi kelapa.
  4. Masak dalam oven, 200 c untuk 90 minit. Api atas bawah. Tak perlu tutup dengan foil.
  5. 5 minit lagi nak masak guna api atas supaya bahagian atas nampak garing.
  6. Dah habis bakar, bagi sejuk baru boleh potong.

P/S : Awak suka makan yang panas - panas. Kome try lah. Sedapppp

4 comments:

mummy_ayu said...

wah, kuih apa ni? tak pernah tau pun...1st time tau.

ANDAIANNYA said...

Ni kuih tradisional orang banjar...100% guna air kelapa..

Sha Mohamed said...

first time dengar nama kuih ini.. Menarik betul sebab guna air kelapa..

ANDAIANNYA said...

kuih tradisi orang banjar

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...