Friday, March 29, 2019

LEMBU HATI MASAK KICAP BEREMPAH

Assalammualaikum

Awak ni memang peminat hati lembu.
Masa pregnant anak sulung dan anak kedua pun awak tetap nak makan hati lembu masak kicap.
Awak ada bagitahu mak awak nak makan hati lembu.
Mak kata nanti abah belikan. Hahahahaha
Petang tu juga abah belikan 4 kg hati lembu. Abah awak tau awak dan laki awak pun suka makan hati lembu. Alahai abah, baiknya hati abah. Prihatin sungguh kat anak - anak dan menantu - menantunya.
Balik kerja  sampai je rumah nak ambil anak, abah cakap hati lembu ada dalam peti sejuk tu, pergi la ambil. Ya Allah tersentuh hati awak ni. Walaupun awak dah besar dan ada anak tapi mak abah tetap buat kami macam anak - anak kecil diaorang.Kadang - kadang kami yang khilaf selalu abaikan kasih sayang emak abah.


Petang tu juga awak masak kicap berempah.
Ada juga awak nak bagi kat abah awak. Tapi abah cakap makan lah kat hampa. huhuhu
Terima kasih abah.
Terima kasih emak.


Ni menu tambahan untuk awak berbuka.
Bertambah - tambah lah nasi kami laki bini.
Terus hancur nak diet.

P/S: Serunding bilis sedap on...


Wednesday, March 20, 2019

MAGGIE KARI BERSAMA SAMBAL SOTONG

Assalammualaikum

Lama rasanya dah tak makan maggie
Tetiba semalam teringin sangat nak makan maggie kari dengan sambal sotong.
So, semalam awak berbuka puasa ini je. Puasa ganti banyak lagi ni nak kena settle kan.
Tahun lepas berpantang time puasa maknanya sebulan la awak tak berpuasa..
Last - last minit baru nak menggantikannya.


Resepi maggie kari ni awak main campak ja apa yang ada dalam peti sejuk tu. hihihi

P/S : Siapa nak oder serunding ikan bilis sedap..? Boleh oder dengan awak okay

Tuesday, March 19, 2019

NIKMATNYA DAPAT MAKAN

Assalammualaikum

Nikmat sungguh dapat makan masakan sendiri.
Rasa puas dan seronok tengok insan - insan tersayang menjamah masakan kita dengan berselera.
Awak ni idaklah pandai benor dalam bab masakan ni.
Awak masak ala kadar ja.
Selalunya awak masak masakan yang simple  dan cepat. Al- maklumlah ada anak kecil ni memang berkejaran kesana - sini lah awak tiap - taip hari. Tapi masih tak kurus juga. Ini kisah weekend awak


Ini masa nak makan pagi. 
Serunding ikan bilis tu awak yang masak. Ketupat palas mak awak yang bagi. Aduh raya awal wei. Nikmat sungguh dapat makan sambil pejam mata. Tambah - tambah serunding ikan bilis sedap tu.


Lepas tu kita repeat pula dengan nasi impit. Nikmat tak terkata.
Hampa jangan melilih air liur pula.


Tengaharinya pula awak masak sambal sotong sumbat telur. Anak awak jenis yang makan pedas so, memang kegemaran dia la. Bertambah - tambah nasinya. Awak pernah juga buat entry mengenai Sotong Sumbat telur


Petangnya pula
Awak masak bubur jagung. Bagi habis stok jagung yang dah hampir layu. Sayang pula nak buang macam tu ja.

Koje nak makan je satu hari tu. huhu mana tak gemuknya. 

P/S : Nak try serunding ikan bilis sedap boleh oder dengan awak.. Confirm akan repeat oder.

Monday, March 11, 2019

Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com

Assalammualaikum

Tengah bosan - bosan 
Godek - godek blog
Sambil blogwalking terjumpa segmen ni
Sooo..awak pun joint jelah....
Sesiapa yang joint segment ni akan dapat masuk bloglist tersebut..
Boleh tekan banner bagi sesiapa yang nak joint...




P/S  : Nak rasa serunding bilis boleh oder dengan awak ye.


SERUNDING IKAN BILIS SEDAP

Assalammualaikum

Serunding ikan bilis.
Nampak macam mudah nak membuatnya. Rupanya punya renyahlah.
Mil cakap kalau nak dapatkan serunding ikan bilis yang sedap dan warna yang cantik mestilah guna ikan bilis dan juga bawang yang berkualiti.

Bukan mudah sebenarnya. So, tak heranlah kalau harganya pun mahal berkilo - kilo.


Nak kacau kena cukup 2 jam tanpa henti. Kalau tak serunding tu akan cepat berkulat. Memang cukup mencabar dengan anak kecil lagi. 


Ni la hasilnya. Belum sepenuhnya siap. Rasanya memang sedap

P/S : Nak rasa serunding ikan bilis yang awak buat boleh oder dengan awak ye..Confirm tak kan mengecewakan.



RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...