Assalammualaikum
Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yong tau foo tu dengan rakan pejabat awak. Ada masa nanti, bolehlah buat menu tu untuk makan petang or malam.
Assalammualaikum
Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yong tau foo tu dengan rakan pejabat awak. Ada masa nanti, bolehlah buat menu tu untuk makan petang or malam.
Assalammualaikum
Pertama kali terjadi dalam kisah hidup awak dan suami. Sedang awak dan suami menonton movie, tiba - tiba ada seseorang memberi salam. Suami pun keluar dan terus bertanya apa tujuan kedatangan tetamu tersebut. Tetamu tesebut terus berkata ' kami polis' , macam dalam drama tu. Awak dan suami agak terkejut dan cuak juga lah, apa kesalahan kami?
Suami awak pun keluar, seramai 4 orang anggota polis soal siasat suami awak. Awak perasan, 2 orang anggota polis telah standby di belakang rumah awak. Suami tak bagi awak keluar. Awak rasa musykil, apa kesalahan kami, sehingga pihak polis mengepung kawasan rumah awak? Time ni juga CCTV rumah awak di hadapan dan belakang tak boleh nak acess, mana lah nak tau kan, awak boleh dengar butir bicara diaorang masa tu, geram pula dengan CCTV time kejadian tu.
Agak lama juga, diaorang soal siasat suami awak. Pihak polis tersebut pun bergerak ke taman hadapan rumah awak. Apabila masuk sahaja suami ke rumah, awak terus tanya apa yang dah berlaku? Rupanya, hanya tersalah location, rumah yang pihak polis nak serbu tu, adalah di taman hadapan rumah awak. Diaorang nak tangkap warga asing Pakistan. Kes apa yang warga asing tu buat, tak adalah pihak polis tu bagitahu. Sampai sekarang awak tertanya - tanya.
Agak naya juga kepada kami, hanya tersalah location sahaja, awatlah location google map tu tuju ke rumah kami. Memang naik cuak lah juga kami laki bini.
Assalammualaikum
Semalam awak menerima jemputan Majlis Tahlil, Majlis Kesyukuran & Sambutan Hari Lahir anak rakan pejabat awak di Kamunting. Yang menarik minat dan perhatian awak adalah 'Candy wall' yang telah diolah sendiri oleh rakan pejabat awak. Nampak simple, dan ianya sangat - sangat menarik. Tambahan pula, memang menarik minat budak - budak yang ulang - alik ambil jajan, termasuklah si bongsu awak.
Boleh tiru buat sendiri wall candy tu nanti. Cadang nak buat Majlis Hari Jadi si bongsu tahun depan..Hahahahaha.
Assalammualaikum
Sup daging ala - ala siam ni request dari laki awak. Dia nak makan sup masam - masam katanya. Ok, baik.. awak yang menurut perintah. hahahahaha.
Assalammualaikum
Si bongsu dah pesan awal - awal kat awak dari minggu lepas, yang dia nak bawa bekal makanan setiap hari apabila ke sekolah. Macam semalam, awak terlewat bangun, jadinya memang tak ada bekal lah untuk dia. Jenuh juga awak memujuk si bongsu minta dia beli je makanan di kantin. Katanya, tak sedap. Boleh tahan juga cerewet si bongsu ni, geram je rasanya.
Hari ini, awak bekalkan daging korban masak kicap. Daging tu, awak dah siap masak malam tadi. Risau pula awak terlewat bangun lagi hari ini. Muka dia banyak happy lah, dapat bawa bekal. Mama dia ni, malas semedang. Hahahaha
Assalammualaikum
Jam baru menginjak pukul 10 pagi. Tapi perut awak dah minta diisi. Awak jarang bersarapan pagi sebenarnya. Tapi dah alang - alang keluar makan dan kedai makan tersebut pun telah siap hidangan makanan untuk tengahari, awak pun terus bedal lah menu untuk makan tengahari terus. Laki awak hanya temankan awak makan sahaja. Dia dah sarapan kedai mamak pagi tadi. Ada juga dia ajak awak join sekali sarapan dengan dia bersama rakan - rakan pejabat lelaki semuanya. Tapi awak je yang malas nak keluar dan jadi macam tunggul kayu pula awak nanti.
Pilihan menu makan tengahari awak pada hari ini, nasi putih, kuah pajeri, peria goreng telur, pucuk ubi rebus, sambal belacan & seketul ikan patin asam tempoyak.
Assalammualaikum
Drama Dia Bukan Syurga yang diadaptasi dari novel 'Dia Bukan Syurga' by Rissa Ahdiya. Jalan cerita sangat menarik, walapun geram je dengan watak si heroin dalam drama or novel ni.
Kata - kata manis dari si pujangga, hanya lah angan - angan buat si bunga.
Assalammualaikum
Hari ini, 03.06.2025 genap sudah 14 tahun usia perkahwinan awak bersama suami. Semoga ikatan perkahwinan awak bersama suami kekal hingga ke Jannah. Tak ada sambutan anniversary pun, sekadar ucapan bahagia sahaja dari insan - insan tersayang, sudah memadai bagi awak dan suami.
Pasang surut dalam rumah tangga ni memang lumrahlah kan. Pandai - pandailah kita nak hanndle situasi bagi harmoni semula. Tak perlu nak tunjukkan sangat bahagia itu dengan semua orang dan tak perlu juga nak tunjukan aib pasangan masing - masing.
Umur dah masing - masing nak ke 40 series ni, dah malas nak fikir hal remeh-temeh. Sekarang nak fokuskan bagaimana nak membesarkan anak - anak agar mereka menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan dapat membanggakan kami sebagai ibu bapa. Selain itu, nak memperbaikikan diri agar lebih dekat kepada Allah S.W.T agar, kejayaan dan kebahagian kami sentiasa di redhai oleh Allah.
Assalammualaikum
Si sulung nak makan kari ayam dan sambal belacan, tapi ulaman dia tolak ke tepi. Awak dan laki awak pula, kalau ada sambal belacan memang wajib nak ada ulaman. Selepas mengemas membuang rumput di depan rumah dan mencuci kereta, awak pun memulakanlah masak makan tengahari kami semalam. Kalau tengah rajin, semua benda awak nak buat.
Assalammualaikum
Pada 24 Mei 2025 genap sudah anak bongsu awak berumur 7 tahun. Awak sambut ala kadar sahaja antara kami anak - beranak. Si bongsu request nak kek cinamoroll, binatang apa pun awak tak tahulah. Jenuh juga lah awak nak mencari kek yang ada cinamoroll tu. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga. Tapi terselit juga lah patung korumi dan my lady. Nasib si bongsu suka kek tersebut. Nak bagi dia rasa gembira lagi, kami masing - masing belikan hadiah untuk si bongsu. Dari air mukanya, dia sangat terharu dengan pemberian hadiah - hadiah tersebut. Tak berhenti - henti dia ucapkan terima kasih.
Umur dah 7 tahun, Alhamdulillah, cakap pun dah petah. Kadang - kadang tak terlayan dengar dia berceloteh itu ini. Masuk sahaja dalam kereta, semua perkembangan dia di sekolah dia akan bercerita, walaupun awak tak berapa faham pangkal hujungnya. Layankan jelah....Hahahahaha....
![]() |
Assalammualaikum
Laki request nak makan sayur labu masak lemak. Umur dah nak masuk 40-an ni gemar sangat dia makan - makanan kampung. Awak layankan jelah, tapi awak pun suka juga. Tambahan ada ulam - ulaman dengan sambal belacan. Bertambah - tambah kami laki bini. Macam manalah awak nak kurus kalau hari - hari macam ni.
Assalammualaikum
Semalam baru sampai sofa baru awak. Awak beli online di Shoppe. Harga lebih murah berbanding beli di kedai - kedai perabot area awak ni. Kedai sofa yang awak beli ni berada di Selangor. Memang cepat penghantaran diaorang ke Perak. Kemas berbalut, sampai ke dalam rumah diaorang tolong angkatkan. Laki awak hanya pasangkan kaki sofa sahaja.
Awak rasa sangat berbaloi beli sofa berbentuk L ni dan letakkan di ruang tamu rumah awak.
Assalammualaikum
Si sulung angkut geng balik ke rumah minggu lepas. So, awak buatkan lah sambal sotong sumbat telur dan ayam goreng untuk jamu rakan - rakan si sulung. Alhamdulillah berselera sungguh depa makan. Si bongsu pula sempatlah dia perli awak sekali, katanya, gemuk - gemuk sotong mama. Unsur - unsur nak samakan awak dengan sotonglah tu, geram dan lawak pula awak dengarnya.
Assalammualaikum
Alhamdulillah, semalam awak last berpuasa enam. Dari minggu lepas lagi awak teringin sangat nak makan jemput - jemput pisang. Makanya, semalam jadilah jemput - jemput pisang untuk berbuka. Pisang pula, rakan sepejabat awak yang bagi. Dia memang ada kebun pisang dan juga durian. Seronok orang yang ada kebun ni. Hasilnya sungguh lumayan dan berbaloi dengan hasil titik peluh yang dikeluarkan.
Assalammualaikum
Semalam masa pergi beli barang basah tak terpikir pula, air di kawasan awak memang tidak ada 2 hari berturut - turut. Lembaga Air Perak pun dah memberi notis awal. Hanya awak yang terlupa. Jadi, barang basah yang lain - lain terpaksa awak simpan dalam peti sejuk. Awak hanya siang dan basuh ikan sahaja memandangkan air terpaksa dicatu.
Alhamdulillah menu berbuka semalam hanya ikan goreng, kerabu mangga dan Kari telur.
Assalammualaikum
Elok terletak rak ikea di bawah bar table. Kena beli lagi satu barulah ngam elok terletak kat situ. Rak ikea ni, jiran setaman awak yang jual kat awak. Banyak juga barang - barang di dalam rumahnya dia nak letgo. Condition pula 9/10. Harga yang diberikan pula murah dan berbaloi.
Rak ini sebenarnya nak susun ubatan yang bersepah kat rumah ni. Terutamanya ubatan suami. Barulah dia tak bertanya dah, dimana letaknya ubatan dia tu.
Assalammualaikum
Malam raya awak hanya mengemas rumah bersama anak - anak. Rendang daging dan ketupat awak dah siap masak pada petang tersebut dan terus dijadikan menu berbuka. Si sulung macam biasalah, tolong awak masukkan biskut - biskut raya ke dalam balang. Si bongsu ni pula, semua kerja dia nak tolong buat, tapi tulah, hanya separuh jalan. Last - last dia bersama dengan handphonenya. Awak telah menukar karpet baru, tapi macam tak berkenan pula dihati. Laki suruh je awak guna karpet tersebut....
Assalammualaikum
Dari kisah mee bandung awak pada raya ke -3 hari tu, awak telah simpan mee yang telah dicelur ke dalam peti sejuk. Semalam awak tengok mee tersebut masih elok. Laki pun minta awak buat mee goreng untuk dinner kami. Awak masak kesemua mee yang ada lebih kurang dalam 4 bungkus.
So, dah terlalu banyak, awak bagi sahaja kepada jiran - jiran yang terdekat. Alhamdulillah, tamatlah sudah mee awak tu.
Assalammualaikum
Agak mengecewakan juga kisah raya ke - 3 awak ni. Cadangnya, memang sahabat - sahabat awak nak datang beraya ke rumah. Sebelum raya lagi, sahabat awak ada whatsaps awak kata nak datang bertandang ke rumah. Awak telah bersiap sedia dengan 3 ekor ayam untuk di masukkan ke dalam kuah mee bandug serta 8 bungkus mee bagi meraikan tetamu - tetamu yang akan hadir beraya. Awak agak excaited sebab sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat - sahabat awak susah senang zaman kami bujang dulu. Tapi, sampai waktunya, mereka mohon maaf sebab tidak dapat hadir. Awak rasa agak terkecewa juga. Tapi, nak buat macam mana kan, memang mereka betul - betul ada hal waktu tu.
Sudah alang - alang awak masak banyak mee bandung tu, awak pun jemput adik - beradik awak dan adik - beradik belah suami datang ke rumah. Suami juga turut menjemput kawan baiknya datang beraya. Tapi, mee yang tertinggal masih banyak lagi. Kuahnya masih elok tidak basi, awak perangat untuk makan keesokkannya pula. Nak jemput jiran - jiran datang, jiran - jiran semuanya balik ke kampung. Hahahaha
Assalammualaikum
Tema baju raya family awak tahun ini adalah warna pink. Mula - mula, memang ramai yang tidak bersetuju dengan pilihan colour pink ni. Tapi awak menggunakan kuasa veto anak ke-dua, makanya semua bersetuju...hahahahahahaa
Ada lah juga yang lari tema sikit. Tapi masih seakan - akan warna pink. So, memang tak lari lah dari tema sebenar. Alhamdulillah, pada 7 Syawal kami 8 adik - beradik dapat berkumpul bersama - sama di rumah mak & abah. Seronok dapat berjumpa bergurau senda sesama adik - beradik.
So, biarlah gambar berbicara..
Assalammualaikum
Setiap tahun awak akan masak rendang daging untuk raya pertama. Tahun ini 4 kg daging telah awak masak untuk dibuat rendang. Alhamdulillah, Allah bagi sedap rendang daging awak. Laki awak, malam raya dia dah rasmi dulu rendang awak tu bersama lemang.
Raya pertama, semua adik - beradik belah suami awak berkumpul di rumah awak. Kecuali abang ipar tak dapat balik bercuti, kerana tuntutan tugas menjaga negara. Penuh rumah awak dengan adik-beradik suami dan anak saudara. Masing - masing bawa juadah dan kami makan bersama - sama pada hari tersebut.
Assalammualaikum
Alhamdulillah, sudah 8 Syawal hari ini. Seminggu sebelum raya awak ada buat 4 jenis biskut raya tambahan. Tujuannya adalah untuk awak habiskan semua butter yang ada. Kalau awak simpan karang, takut expired lah pula.
Anak awak yang bongsu, memang ringan tulang membantu awak dalam proses membuat biskut - biskut raya tersebut. Memang kena lah dengan cita - cita dia, apabila besar nanti. Katanya nak jadi Chef. Semoga tercapai cita - cita kamu nak.
Ini adalah antara biskut - biskut yang awak dann si bongsu buat seminggu sebelum raya.
Assalammualaikum
Biskut raya kat rumah awak semua habis terjual. Jadinya, memang tak ada langsung biskut raya kat rumah awak ni. Rasa tak seronok dan meriah sekiranya tak ada juada biskut raya. Awak pun buatlah biskut semperit susu. Lagi pula, memang nak habiskan bahan - bahan yang ada.
Awak telah dibantu oleh anak awak yang bongsu. Dia lah tukang letak cip coklat sebagai hiasan biskut semperit. Sambil tu, adalah juga beberapa biji dia ngap masuk dalam mulut. Balik sahaja baba dia dari masjid terus dia stop buat, tinggallah awak sorang - sorang membaking. Dia dah ajak baba dia main bunga api.
Separuh jalan sahaja awak stop. Doh awak simpan dalam peti sejuk dan sambung hari ini pula. Bukannya apa, jenuh awak menekan. sakit juga ibu jari awak menekan guna acuan semperit tu. Hari ini nak pergi cari acuan lain. Sebab, lepas ni nak buat semperit klasik pula.
Inilah hasil semperit susu awak.
Assalammualaikum.
Malam tadi last awak membaking biskut untuk customer. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Sehingga menginjak jam 2.00 pagi awak menyiapkannya. Laki awak memang setia menemani awak, walaupun tak membantu apa - apa. Dia cakap leceh nak buat kerja - kerja macam ni, tambahan pula tangan tak berapa nak berseni.
Sambil awak packing biskut - biskut awak tu, awak minta laki test baju melayu dan sampin yang baru sampai. Tahun ini persiapan baju raya kami anak - beranak lambat sikit awak sediakan. Tahun - tahun sudah, sebelum puasa lagi awak dah sediakan. Tahun ini berlaku kecelaruan saiz badan masing - masing..Hahahahaha
Segak elok laki awak berbaju melayu cekak musang dan bersampin bunga - bunga. Asyik lalu - lalang depan awak. Selagi tak dipuji segak, selagi tu lah duk lalu -lalang. Teringat zaman awak kecil - kecil dahulu, bila mak abah belikan baju baru time nak raya, rasanya tiap - tiap hari mencuba baju baru tersebut. Tapi, sekarang anak - anak dah tak macam dulu. Diaorang macam tak teruja dengan baju - baju baru yang kita belikan. Kemungkinan diaorang dah biasa dapat yang baru. Macam kita zaman dahulu, selagi baju kakak or abang masih elok, memang akan guna baju tersebut time raya or sekolah. nak dapat yang baru memang akan susah sedikit terutamanya adik - beradik ramai.
Asslammualaikum
Lagi 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Awak sekarang sibuk dengan biskut - biskut yang customer tempah. Tapi sekarang Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya, hampir 90% dah siap. Boleh lah awak nak ke terawih dengan hati yang tenang. Banyak kali dah skip solat terawih tahun ni.
Iftar yang ke 17 hari tu, awak dah pening nak masak menu apa untuk berbuka. Laki awak pula memang akan berbuka di Masjid. So, awak dan anak - anak sahaja yang akan berbuka di rumah. Time yang sama, teringin nak makan nasi goreng kunyit yang selalu mak awak masak time sarapan masa kami kecil - kecil dahulu.
So, Ramadan yang ke-17 awak dan anak - anak berbuka puasa dengan menu tersebut. Anak - anak pun bukan main puji kata 'sedap nasi goreng kuning mama'. Padahal menu paling simple je.
Assalammualaikum
Tiga minggu kebelakangan ini sibuk dengan tugas - tugas harian. Seriusly, terlampau sibuk. Nak siapkan tempahan biskut untuk customer yang request untuk kudap - kudap sebelum puasa, tugas di pejabat yang tak pernah habis. Persiapan persekolahan anak yang nak masuk tahun 1 dan juga tingkatan 1. Tambahan pula anak si sulung awak dapat masuk asrama. Pelbagai persiapan lengkap yang nak kena prepare awal. Duit pun banyak juga yang keluar untuk bulan ni. Ini pun penat juga memikirkannya..hahahaha.
Kita hadapilah dengan hati yang tenang. Adalah 1 tanggungjawab yang harus dilaksanakan untuk anak - anak yang telah diamanahkan oleh Allah. Cuti sekolah sebulan ni pun, pagi - pagi jenuh awak & suami nak sediakan sarapan untuk diaorang. Tiap - tiap hari, baba depalah yang akan masakan nasi goreng untuk anak - anak. Kadang - kadang, awak belikan nasi lemak je untuk diaorang. Hari ini, baba depa tak sempat nak sediakan, jadi turn awak lah yang sediakan breakfast untuk diaorang. Terjadilah menu roti john simple je.
Assalammualaikum
Isnin lepas awak dan suami ambil cuti tahunan untuk urusankan hal - hal persekolahan anak- anak. Setelah urusan selesai, awak pun ajak lah suami dan anak - anak lepak santai di tepi kolam Bukit Merah, ambil jiwa anak - anak lah kononnya. Subhanallah, sungguh indah permandangan di tepi kolam Bukit Merah apabila waktu petang sambil menikmati aiskrim Bingxue.
Kalau dah melepak tempat indah ciptaan Tuhan macam ni, mestilah tak kan lepaskan peluang nak bergambar untuk kenangan. Anak - anak lah jadi mangsa keadaan ambil gambar kami.
Assalammualaikum
Setiap hari tak ada idea nak masak menu apa? Kadang - kadang yang menu paling simple tu la yang paling laku keras. Kebetulan pula ada stok maggie kari putih by Agromas. Sedap kome oiiiiiiii. Kuahnya likat dan pekat, terasa macam makan mee kari mak yang masak.
Assalammualaikum
Awak dah open oder untuk biskut raya by Mama Dhiya's Homemade bagi tahun 2025. Rakan - rakan blogers yang lain kalau nak oder boleh lah whatssap pada nombor handphone yang tertera di dalam gambar ini. Yang jauh, Insyaallah awak akan pos. Alhamdulillah, setakat ini biskut - biskut yang awak pos masih selamat dengan elok apabila sampai ke tangan customer. Customer pun sangat berpuas hati.
Assalammualaikum Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yon...