Assalammualaikum
Jam baru menginjak pukul 10 pagi. Tapi perut awak dah minta diisi. Awak jarang bersarapan pagi sebenarnya. Tapi dah alang - alang keluar makan dan kedai makan tersebut pun telah siap hidangan makanan untuk tengahari, awak pun terus bedal lah menu untuk makan tengahari terus. Laki awak hanya temankan awak makan sahaja. Dia dah sarapan kedai mamak pagi tadi. Ada juga dia ajak awak join sekali sarapan dengan dia bersama rakan - rakan pejabat lelaki semuanya. Tapi awak je yang malas nak keluar dan jadi macam tunggul kayu pula awak nanti.
Pilihan menu makan tengahari awak pada hari ini, nasi putih, kuah pajeri, peria goreng telur, pucuk ubi rebus, sambal belacan & seketul ikan patin asam tempoyak.
4 comments:
Menu macam ni la yang buat makan bertambah ni....
sedapnya ikan patin,, bertambah kalau makan ni
betul sangat - sangat....punahlah diet..heheheh
betul...ikan patin asam tempoyak memang favourite kami
Post a Comment