Asslammualaikum
Lagi 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Awak sekarang sibuk dengan biskut - biskut yang customer tempah. Tapi sekarang Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya, hampir 90% dah siap. Boleh lah awak nak ke terawih dengan hati yang tenang. Banyak kali dah skip solat terawih tahun ni.
Iftar yang ke 17 hari tu, awak dah pening nak masak menu apa untuk berbuka. Laki awak pula memang akan berbuka di Masjid. So, awak dan anak - anak sahaja yang akan berbuka di rumah. Time yang sama, teringin nak makan nasi goreng kunyit yang selalu mak awak masak time sarapan masa kami kecil - kecil dahulu.
So, Ramadan yang ke-17 awak dan anak - anak berbuka puasa dengan menu tersebut. Anak - anak pun bukan main puji kata 'sedap nasi goreng kuning mama'. Padahal menu paling simple je.
No comments:
Post a Comment