Assalammualaikum
Pada 24 Mei 2025 genap sudah anak bongsu awak berumur 7 tahun. Awak sambut ala kadar sahaja antara kami anak - beranak. Si bongsu request nak kek cinamoroll, binatang apa pun awak tak tahulah. Jenuh juga lah awak nak mencari kek yang ada cinamoroll tu. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga. Tapi terselit juga lah patung korumi dan my lady. Nasib si bongsu suka kek tersebut. Nak bagi dia rasa gembira lagi, kami masing - masing belikan hadiah untuk si bongsu. Dari air mukanya, dia sangat terharu dengan pemberian hadiah - hadiah tersebut. Tak berhenti - henti dia ucapkan terima kasih.
Umur dah 7 tahun, Alhamdulillah, cakap pun dah petah. Kadang - kadang tak terlayan dengar dia berceloteh itu ini. Masuk sahaja dalam kereta, semua perkembangan dia di sekolah dia akan bercerita, walaupun awak tak berapa faham pangkal hujungnya. Layankan jelah....Hahahahaha....
![]() |
Mama, baba & kakak sayang sangat dekat adik dunia akhirat. Semoga si bongsu mama berjaya dunia akhirat dan menjadi kebanggaan mama & baba.
No comments:
Post a Comment