Tuesday, April 22, 2025

~ JEMPUT - JEMPUT PISANG ~

Assalammualaikum

Alhamdulillah, semalam awak last berpuasa enam. Dari minggu lepas lagi awak teringin sangat nak makan jemput - jemput pisang. Makanya, semalam jadilah jemput - jemput pisang untuk berbuka. Pisang pula, rakan sepejabat awak yang bagi. Dia memang ada kebun pisang dan juga durian. Seronok orang yang ada kebun ni. Hasilnya sungguh lumayan dan berbaloi dengan hasil titik peluh yang dikeluarkan.


Lepas sudah mengidam.hehehehe

Anak - anak memang diaorang suka dengann jemput - jemput pisang a.k.a cok kodok pisang kami panggil kalau di tempat awak. Adunan yang lebih awak nak goreng pagi ini untuk dijadikan sarapan. Sedap sungguh dapat makan dan minum kopi panas - panas.

3 comments:

nohas said...

sedap tu..pisangnya banyak...nyum, nyum..

Warisan Petani said...

Sesuai buat ngeteh/ngopi petang2

ANDAIANNYA said...

betul tu wak

~ SOFA BARU ~

Assalammualaikum Semalam baru sampai sofa baru awak. Awak beli online di Shoppe. Harga lebih murah berbanding beli di kedai - kedai perabot ...