Assalammualaikum
Hari ini, 03.06.2025 genap sudah 14 tahun usia perkahwinan awak bersama suami. Semoga ikatan perkahwinan awak bersama suami kekal hingga ke Jannah. Tak ada sambutan anniversary pun, sekadar ucapan bahagia sahaja dari insan - insan tersayang, sudah memadai bagi awak dan suami.
Pasang surut dalam rumah tangga ni memang lumrahlah kan. Pandai - pandailah kita nak hanndle situasi bagi harmoni semula. Tak perlu nak tunjukkan sangat bahagia itu dengan semua orang dan tak perlu juga nak tunjukan aib pasangan masing - masing.
Umur dah masing - masing nak ke 40 series ni, dah malas nak fikir hal remeh-temeh. Sekarang nak fokuskan bagaimana nak membesarkan anak - anak agar mereka menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan dapat membanggakan kami sebagai ibu bapa. Selain itu, nak memperbaikikan diri agar lebih dekat kepada Allah S.W.T agar, kejayaan dan kebahagian kami sentiasa di redhai oleh Allah.
No comments:
Post a Comment