ANDA BERMINAT

Friday, May 9, 2025

~ SOFA BARU ~

Assalammualaikum

Semalam baru sampai sofa baru awak. Awak beli online di Shoppe. Harga lebih murah berbanding beli di kedai - kedai perabot area awak ni. Kedai sofa yang awak beli ni berada di Selangor. Memang cepat penghantaran diaorang ke Perak. Kemas berbalut, sampai ke dalam rumah diaorang tolong angkatkan. Laki awak hanya pasangkan kaki sofa sahaja. 

Awak rasa sangat berbaloi beli sofa berbentuk L ni dan letakkan di ruang tamu rumah awak. 



Sebenarnya, Chat GPT yang bantu awak pilihan warna dan sofa yang sesuai untuk ruang tamu rumah awak ni. Mudah sungguh dengan ChatGPT ni. Yang mana ketandusan idea nak mendeko bolehlah tanyakan kepada Chat GPT.

Sekarang nak kumpul duit dan fokuskan pula nak buat kabinet tv. Awak ada minta Chat GPT lakarkan kabinet TV mengikut kesesuaian dan kehendak awak. Siap dengan kos anggaran lagi dan mudahlah awak nak bajet. Memudahkan tukang juga nanti nak buat kabinet TV awak tu.




2 comments:

nohas said...

lembut je warnanya..nampak cool je living room...betul, tanya apa saja ke chatgpt..mesti ada jawapan...hehe..

ANDAIANNYA said...

kan....berguna sungguh chatgpt ni.....

~ RAYA KAMI 2026 DI RUMAH MAK DAN ABAH ~

Assalammualaikum Raya pertama hari tu, awak dan suami tak sempat nak balik raya di rumah mak dan abah. Sebabnya, adik - beradik suami berkum...