ANDA BERMINAT

Monday, April 7, 2025

~ RENDANG DAGING ~

Assalammualaikum

Setiap tahun awak akan masak rendang daging untuk raya pertama. Tahun ini 4 kg daging telah awak masak untuk dibuat rendang. Alhamdulillah, Allah bagi sedap rendang daging awak. Laki awak, malam raya dia dah rasmi dulu rendang awak tu bersama lemang.

Raya pertama, semua adik - beradik belah suami awak berkumpul di rumah awak. Kecuali abang ipar tak dapat balik bercuti, kerana tuntutan tugas menjaga negara. Penuh rumah awak dengan adik-beradik suami dan anak saudara. Masing - masing bawa juadah dan kami makan bersama - sama pada hari tersebut.


Awak hanya masak rendag daging bersama ketupat palas  pada raya pertama hari tu.


No comments:

~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~

Assalammualaikum Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa a...