Thursday, May 16, 2019

BAYAM BRAZIL

Assalammualaikum

Ni lagi satu tumbuhan yang kali pertama awak dengar, walaupun tumbuhan ni dah famous di kalangan keluarga terdekat awak dan rakan - rakan, awak je yang lambat tahu akan kewujudan tumbuhan ni di sekitar kawasan awak. Macam baru keluar dari gua.

Apa - apa pun bayam ni memang sedap buat ulam, goreng celup tepung, goreng belacan, gorang tumis dan ikut suka hampa lah nak goreng lagu mana pun. Asalkan dapat makan masuk mulut dan terasa nikmat kesedapannya tu.

Laki awak siap nak tanam bagai bayam ni. Katanya banyak khasiat, terutamanya untuk orang gemuk yang nak turunkan berat badan. Rasanya dia nak tuju kat awak dah tu.


Bayam Brazil, tanam guna batang ja. Campak ja tang mana pun, memang elok tumbuhnya.

Antara khasiat bayam brazil :

1. Melawan kanser
2. Mengekalkan kesihatan mata
3.Salah satu vitamin K
4. Menguatkan tulang
5. Membantu menurunkan berat badan
6. Meningkatkan sistem imuniti badan
7. Membantu sitem penghadaman
8. Mengelakan daripada sembelit
9. Membantu melancarkan darah
10. Mencegah anemia
11. Mengatasi masalah gusi
12. Nutrisi baik untuk pembesaran
13. Mengekalkan stamina
14. Mengekalkan kesihatan mulut
15. Mengikat kalsium
16. Mencegah penuaan pramatang
17. Mengenkalkan kesihatan ibu mengandung

Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita. Maka apa tunggu lagi jom kita tanam Bayam Brazil!!

8 comments:

Sha Mohamed said...

Kat sini ramai yang tanam bayam nie.. katanya memang sedap ditumis atau buat ulam..

ANDAIANNYA said...

kan..dah ramai y tahu sebenarnya kewujudan bayam brazil ni...awak ja y macam ketinggalan

Nasa Mulia said...

tak pernah makan lagi, nanti klau jumpa nak try masak, lg teruja klau kata bagus sebb boleh turunkan berat badan...gemuk kan.

Warisan Petani said...

Ingatkan yang merah tu bunga dia
pelik juga

ANDAIANNYA said...

Hiihi..tulah teruja sebab boleh kuruskan berat badan...tu y lebih excited...kalo tak, idaklah nak pandanh tumbuhan ni

ANDAIANNYA said...

hahahaha..belakang tu bunga Rose...

AzianKhalil said...

Lakkk....mati2 ingatkan bayam brazil tu keluarkan bunga merah..hahah

ANDAIANNYA said...

Hahahahaha....bunga rose tu

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...