Monday, May 6, 2019

HARI BERTUAH SAYA

Assalammualaikum

Salam Ramadhan Kareem.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan.

Minggu lepas awak dan suami telah menghadiri Mesyuarat KESUFA kali yang ke 14 di dalam jabatan awak.
Dah tentulah kan dalam mesyuarat tu akan diadakan cabutan bertuah sepeti tahun - tahun yang lepas.
Hadiah utama yang sangat dinantikan oleh kami adalah penghawa dingin jenama SHARP.
Memang berharap juga nak dapatkan penghawa dingin tu.
Dalam hati berdoa minta - minta nama awak or suami yang naik.

Apabila diumunkan rasa hampa teramat sangat...huhuhu
Memang tak ada rezeki awak nak dapat penghawa dingin tu.
Sebelum ni bukan beriya sangat pun. 
Tapi semenjak awak menggunakan penghawa dingin second hand, bil elektrik awak tu melambung - lambung. Ramai yang bagi tahu kemungkinan penghawa dingin second hand tu punca bil elektrik awak melambung tinggi. Aduh parah juga macam ni..
Nak beli yang baru rasanya tak mampu, kena kumpul duitnya sikit-sikit setiap bulan. Itu pun kalau terkumpul. Sebab tu lah awak berharap sangat nama awak naik time tu. Tapi dah takdir tak ada rezeki awak & suami.

Tapi, pihak KESUFA ada juga sediakan hadiah cabutan bertuah yang lain.
Time ni rezeki memihak kepada awak dan juga suami.


Awak dapat baucer ni 6 keping. So, korang total la sendiri berapa jumlah yang awak dapat.
Bolehlah awak topup untuk beli baju raya anak - anak .


Laki awak dapat bantal tu.

Beg - beg laguage tu memang semua ahli dapat samaada hadir atau tidak.
Alhamdulillah, rezeki awak & suami pada hari tu.



6 comments:

Cik Nor said...

alhamdulillah..tahniah..:)

ANDAIANNYA said...

Tq cik nor

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. rezeki..

ANDAIANNYA said...

Tq...

Mrs. A said...

Alhamdulillah rezeki datang mesyuarat.
Kalau macam ni barulah semangat nak hadir mesyuarat kan...

ANDAIANNYA said...

Memang pun..kalo idak sapa pun xmau mai...

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...