Tuesday, May 7, 2019

KISAH RAMADHAN KE -2 KAMI

Assalammualaikum

Alhamdulillah.
Hari ini hari ke-2 kita menyambut ramadhan.
Semoga Allah panjangkan umur & diberikan kesihatan yang baik kepada kita umat islam untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.

Sahur hari ni awak sediakan telur goreng cili potong berkicap. haaaaaa
Bukan beshe - beshe tau.
Kalau makan ni mau tambah 2 3 pinggan.
Tapi anak awak idaklah dia sentuh telur goreng tu.
Ater awak laki bini yang habiskan semuanya.


Nah bagi hampa terliuq sikit..

Kisah pagi hari di pejabat.

Bos bagitahu nak buat meeting terkejut pagi ni. Dia bagi arahan pun melalui whatsup. Itu pun pagi ni juga dia whatsup. Memang betul - betul terkejut. Hahahahaha
Meeting tu dalam pukul 9 pagi, dia dah masuk bilik meeting.
Awak pun dengan bersahaja minta tolong rakan pejabat tanyakan kepada bos samaada nak buat air ke tak???
Member awak tu senyum jaaaaa.
Ehhhhh dia ni orang suruh tanya. Dia bukan main senyum meleret.
Dalam hati nak belikan la kuih - muih untuk santapan semasa meeting karang.
Laki awak pun datang mai dekat. 'Hang pasai apa?? buang tebiat ka nak buat air bagai.......'
Hahahahahahahaha....(Hampa sambung gelak weiiii)
Berdekah - dekah awak gelak....Tak boleh nak move on gelak sampai sekarang.
Aduh ! haru sungguhhhhh. Serius memang awak tak teringat langsung hari ni puasa.
Itu pun ada hati nak whatsup bos tu, nasib baik awak batalkan niat nak whatsup dia dalam group tu.
Kalau idak awak jadi bahan depa la......

P/S : Serunding ikan bilis sedap onnnnn...Boleh oder dengan awak






17 comments:

Sha Mohamed said...

Sedapnya menu ini.. memang best makan masa sahur..

ANDAIANNYA said...

Tulah...sekali sekala memang tersa nikmat kesedapan dia tu..hari2 jemu lah

Mrs. A said...

Sedang puasa ni memang la terliur habis.
Makan time sahur memang sedap ni sebab panas-panas gittew...

Sheila Adziz said...

ni menu mmg terbaik sis

Nasa Mulia said...

buat begini time sahur memang laju makan nasi....

Cuya said...

Lucunyaaaa..haha

ANDAIANNYA said...

Hehehe...tula, sekali sekala b=memang laju ja makan lauk macam ni..hari2 jemu lah

ANDAIANNYA said...

Tula..byk2 menu, menu macam nilah y boleh menambahkan selera..

ANDAIANNYA said...

Sekali - sekala boleh la laju makannya..hari2 jemu

ANDAIANNYA said...

hehehe..udah tua, ingatan pun dah tak berapa nak ada

AzianKhalil said...

Hahaha...nasib baik belum beli

ANDAIANNYA said...

Hahaha..tula pasainya..

ilahjy said...

Terima kasih ziarah blog mak aji jy.. wah lucu kisah tuu. Mmg la hr mula awal puasa ni kita lupa.. mcm m aji pon nk minum bila dahaga. Nasib bila tgok botol air tetus ingat. Soroj botol air dln kereta tuu.. jgn terminum pula. Haha

ANDAIANNYA said...

Heheheh...sama2..Tq juga blogwalking sini

Fiza Aizzawa said...

Menu bukan bishe2.. mmg pun..

ANDAIANNYA said...

Menu macam nilah yang boleh menambah selera makan

YEASLMN said...

Salam Ramadhan :) Singgah balas kunjungan n follow sekali

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...