Tuesday, May 14, 2019

ULAM - ULAMAN HIJAU

Assalammualaikum

Hari yang ke-9 puasa, dah pening memikirkan menu apa untuk berbuka.
Korang pun mesti samakan???

Hari ini cadangnya nak buat nasi ulam.
Mil yang nak makan sebenarnya.
Dari minggu lepas lagi dia minta tolong belikan @ carikan daun - daun nak buat nasi ulam.
Baru hari ini rasa terluang masa nak mencari daun - daun ulam tu.


Kebanyakan ulam - ulaman ini awak beli je kat Pekan hari.
Dua tiga jenis ulaman ja yang awak petik di belakang pejabat.
Ini semua koje laki awak, main ambil ja semua ulam - ulam tu, udah rope nak kenduri kome oiii. Dilarang karang sentap pula. Huhuhuhu

Korang mesti dah tahu kan khasiatnya sangat banyak dan bagus untuk kesihatan terutamanya kesihatan dalaman kita. Bagi yang nak awet muda, kebanyakan mereka akan amalkan makan ulam - ulaman setiap hari.

Petang ni kita sambung cari daun sekentut, pucuk mengkudu dan daun bebuas pula. Tak ada pula jual kat Pekan hari, susah nak dapat kata peniaga - peniaga ulam kat situ.

Sambil awak menaip ni, tiba - tiba laki awak bawa balik tambahan ulaman lagi. 


Ini pun masih ada ulaman yang tak ada, bebuas dan sekentut. Memang susah nak dapat sekentut ni rupanya.

Bernasi ulaman la kita berbuka nanti........



4 comments:

Sha Mohamed said...

Sedapnya nasi ulam.. Kat sini tak ada nampak orang jual..
Tapikan sha memang setujulah makan ulam nie awet muda.. Arwah abah sha memang amalkan makan ulam.. Alhamdulillah sihat dan awet muda.. hehehe..

Warisan Petani said...

Nampak segar ulam-ulamannya

ANDAIANNYA said...

Kan...memang banyak khasitnya..

ANDAIANNYA said...

memang segar sebab baru petik.....

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...