Assalammualaikum
Awak asyik post entri makanan saja kan. Okay, kali ni awak nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan zaman awak dan family awak dulu - dulu. Untuk dijadikan kenangan sampai bila - bila.
Awak anak kedua dari 8 orang adik - beradik. Rumah awak tu, bukan ada bilik. Bilik air dan bilik mandi memang berada di luar rumah. Hampa bayangkanlah kalau nak buang air besar dan kecil tengah - tengah malam? Tapi awak dan adik - adik awak dah biasa dengan keadaan macam tu.
Ruang tamu rumah adalah tempat makan dan tempat tidur. Makin hari, awak dan adik - adik makin besar. Rumah yang sempit, lagi makin sempit. Awak selalu merungut kat abah, Bila abah nak buat rumah baru? Bila awak dan adik - adik ajukan soalan macam tu, abah awak senyap je dan senyum - senyum tanpa berkata apa - apa. Masa tu awak masih kecil lagi, fikiran pun masih macam budak - budak yang tak tahu apa - apa.
Tapi bila awak dah besar, rasa nak menangis bila awak kenangkan awak pernah ajukan soalan macam tu. Sedangkan kami yang gaji beribu - ribu sebulan pun masih tak cukup zaman sekarang, masih lagi menyewa, masih tak mampu nak ada rumah sendiri. Inikan pula abah awak yang hanya gaji hari, dalam anggaran RM15 sehari. Anak - anak 8 orang yang nak diberikan makan.
Sejujurnya awak berasa sangat malu dengan keadaan rumah awak macam tu. Terutamanya malu dengan kawan - kawan. Kalau kawan - kawan nak datang rumah atau nak datang beraya pun awak jarang nak ajak. Yela, rumah diaorang semua besar - besar, cantik dan selesa. Tapi, awak bersyukur, kawan - kawan awak tak pernah nak hina keadaan rumah awak.
Walaupun rumah kecil dan buruk, abah dan mak tak pernah abaikan kami adik - beradik. Semua kasih sayang, pendidikan dan ilmu agama diterapkan. Alhamdulillah, semua anak - anak mak dan abah mempunyai sikap tanggungjawab yang baik sesama manusia dan penciptanya iaitu ALLAH, hasil didikan mereka terdahulu.
Pakaian sekolah dan hari raya tak bertukar dah jadi perkara biasa buat kami adik - beradik. Duit sekolah pun kadang - kadang abah tak mampu nak sediakan. Kami adik - beradik sangat - sangat faham akan keadaann abah dan mak pada masa itu.
Alhamdulillah, bila dah besar, kami sangat - sangat hargai dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Pengalaman kehidupan dulu mengajar kami adik - beradik agar sentiasa bersyukur.
12 comments:
Sama dgn keluarga ct pun asal susah. Dari rumah dinding kayu bumbung atap now dah rumah Batu...hasil titik peluh makayah ambik upah toreh getah ja. Now alhamdulillah anak2 pun dah kawen Ada cucu..makayh dah rilex Sikit.
kebanyakan kita merasa hidup susah zaman kanak2 dulu.
Hai,jemput join GA saya :)
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
Mak ayah dulu memang sangat2 ohsem..berjuang habis - habisan untuk besarkan anak
Betul tu wak...
Insyallah....
alhamdulillah, moga mak abah awak sihat selalu
(gee dah follow blog awk yer)
Amin..TQ follow
kami pun membesar dalam rumah kecil. alhamdulillah bahagia seadanya
Alhamdulillah....
Kagum gigih buat rumah sendiri dan berjaya membesarkan 8 orang anak-anak.
Contoh terbaik untuk anak-anak.
Thanks You...
Post a Comment