Tuesday, December 8, 2020

RUMAH YANG BANYAK MENGGAMIT KENANGAN PAHIT DAN MANIS

 Assalammualaikum

Awak asyik post entri makanan saja kan. Okay, kali ni awak nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan zaman awak dan family awak dulu - dulu. Untuk dijadikan kenangan sampai bila - bila.


1994 - 2014

Ini adalah rumah kediaman awak dan family. Lebih kurang 20 tahun awak dan family menentap di dalam rumah ni. Segala kenangan pahit manis semuanya ada di dalam rumah ni. Awak bukannya dari golongan keluarga yang senang. Mak suri rumah, abah pula setakat kerja pesawah dan ada juga buat kerja sampingan untuk tampung kehidupan seharian.

Awak anak kedua dari 8 orang adik - beradik. Rumah awak tu, bukan ada bilik. Bilik air dan bilik mandi memang berada di luar rumah. Hampa bayangkanlah kalau nak buang air besar dan kecil tengah - tengah malam? Tapi awak dan adik - adik awak dah biasa dengan keadaan macam tu.

Ruang tamu rumah adalah tempat makan dan tempat tidur. Makin hari, awak dan adik - adik makin besar. Rumah yang sempit, lagi makin sempit. Awak selalu merungut kat abah, Bila abah nak buat rumah baru? Bila awak dan adik - adik ajukan soalan macam tu, abah awak senyap je dan senyum - senyum tanpa berkata apa - apa. Masa tu awak masih kecil  lagi, fikiran pun masih macam budak - budak yang tak tahu apa - apa.

Tapi bila awak dah besar, rasa nak menangis bila awak kenangkan awak pernah ajukan soalan macam tu. Sedangkan kami yang gaji beribu - ribu sebulan pun masih tak cukup zaman sekarang, masih lagi menyewa, masih tak mampu nak ada rumah sendiri. Inikan pula abah awak yang hanya gaji hari, dalam anggaran RM15 sehari. Anak - anak 8 orang yang nak diberikan makan. 

Sejujurnya awak berasa sangat malu dengan keadaan rumah awak macam tu. Terutamanya malu dengan kawan - kawan. Kalau kawan - kawan nak datang rumah atau nak datang beraya pun awak jarang nak ajak. Yela, rumah diaorang semua besar - besar, cantik dan selesa. Tapi, awak bersyukur, kawan - kawan awak tak pernah nak hina keadaan rumah awak.

Walaupun rumah kecil dan buruk, abah dan mak tak pernah abaikan kami adik - beradik. Semua kasih sayang, pendidikan dan ilmu agama diterapkan. Alhamdulillah, semua anak - anak mak dan abah mempunyai sikap tanggungjawab yang baik sesama manusia dan penciptanya iaitu ALLAH, hasil didikan mereka terdahulu.

Pakaian sekolah dan hari raya tak bertukar dah jadi perkara biasa buat kami adik - beradik. Duit sekolah pun kadang - kadang abah tak mampu nak sediakan. Kami adik - beradik sangat - sangat faham akan keadaann abah dan mak pada masa itu. 

Alhamdulillah, bila dah besar, kami sangat - sangat hargai dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Pengalaman kehidupan dulu mengajar kami adik - beradik agar sentiasa bersyukur.


Sebenarnya, abah dan mak adalah idola awak. Abah bina rumah dengan hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan dari anak - anak, Seriusly, rumah seperti gambar di atas memang abah awak buat sndiri. dari konkrit sehingga lah ke bumbung, abahlah yang bina sendiri dengan kudrat yang ada. Cuma ada juga part yang diluar bidang abah awak, abah upah kat orang lain.

Rumah ni siap pada tahun 2014. Lebih kurang 10 tahun juga abah nak siapkan. Alhamdulillah, sekarang mak abah dapat tinggal di dalam rumah yang selesa. Walaupun serba kekurangan, kami tetap bersyukur.

12 comments:

ct cheery said...

Sama dgn keluarga ct pun asal susah. Dari rumah dinding kayu bumbung atap now dah rumah Batu...hasil titik peluh makayah ambik upah toreh getah ja. Now alhamdulillah anak2 pun dah kawen Ada cucu..makayh dah rilex Sikit.

Warisan Petani said...

kebanyakan kita merasa hidup susah zaman kanak2 dulu.

Cuya said...


Hai,jemput join GA saya :)
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

ANDAIANNYA said...

Mak ayah dulu memang sangat2 ohsem..berjuang habis - habisan untuk besarkan anak

ANDAIANNYA said...

Betul tu wak...

ANDAIANNYA said...

Insyallah....

Ziana Eunos said...

alhamdulillah, moga mak abah awak sihat selalu

(gee dah follow blog awk yer)

ANDAIANNYA said...

Amin..TQ follow

AzianKhalil said...

kami pun membesar dalam rumah kecil. alhamdulillah bahagia seadanya

ANDAIANNYA said...

Alhamdulillah....

TukangKebun said...

Kagum gigih buat rumah sendiri dan berjaya membesarkan 8 orang anak-anak.
Contoh terbaik untuk anak-anak.

ANDAIANNYA said...

Thanks You...

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...