Cari Blog Ini

Rabu, 3 April 2019

KISAH SEMALAM - PUASA 23 HARI

Assalammualaikum

Semalam awak berpuasa ganti untuk  yang ke - 23 hari. Lagi 6 hari nak habiskannya.
Adakah riak awak nak bercerita kat sini?? Terpulang lah korang nak menilai macam mana.

Balik kerja dah lewat petang, kemudian rush nak ambil anak pula. Nasiblah awak dah solat siap - siap kat office.
Time berbuka tu awak masih masak - memasak lagi untuk siapkan menu. Sekadar minum air je dulu.
Laki tengah sibuk uruskan anak -anak, mandikan anak dan tidurkan si kecik tu. Yang kakak babanya kerah buat homework. Awak terkilan sebenarnya, sebab tak dapat nak buat homework kakak bersama - sama. Time nak tidur je awak baru lah dapat bersembang - sembang dengan kakak tentang sekolah dia. Itu pun cuma sekejap, sebab dah larut malam.

Husband bagitahu, kalau Bulan Ramadhan ni, keadaannya macam ni juga ke? Kelam kabut kami laki bini buat itu ini. Awak terkelu...Soalan tu mati kat situ ja.....
Husband cakap Ramadhan tahun ni kalau tak ada apa halangan dia nak buat terawih full dan nak bawa emaknya bersama. Alhamdulillah..Sungguh gembira hati awak dengar.

Time anak - anak dah tidur, kerja semua dah selesai barulah awak dapat nak online. Itu pun dah dekat dalam pukul 12.00 Tengah Malam. Online sekejap tengok facebook dan baca KRT. Sambil online tu adalah awak terbaca kisah sorang budak ni dengan pakaian seragam sekolahnya setiap hari kotor tak bercuci. Bila ditanya oleh gurunya, katanya ibunya malas mencuci. Ya Allah, rasa kesiannya. Macam manalah dia nak berlajar dengan selesa bila keadaan pakaian macam tu. Awak ni bila time sekolah  3 kali seminggu awak akan cuci baju anak awak dengan tangan, then barulah masuk mesin basuh. Tiap - tiap hari akan tukarkan baju sekolah lain, tak kan bagi baju yang sama.

Apa - apa pun semoga Allah permudahkan urusan kami sehari - harian.
Rutin harian tetap kena buat juga walaupun tak bulan puasa.
Kerja, masak, kemas rumah, basuh kain baju, uruskan anak - anak dan lain - lain memang tak kan terlepas buat tu semua. Inilah jawapan awak bagi soalan laki awak semalam tu. Bulan puasa ni memang akan letih, awal pagi nak kena siapkan juadah sahur. Ini tambahan tugas bagi bulan puasa nanti. Terawih tu insyaallah. Bagi awak puasa sebulan je, tak pelah kalau penat sikit. Insyaalah besar ganjarannya nanti. 

Dah panjang sangat awak duk membebel.
Ni awak jamu korang menu berbuka semalam


Asalnya 3 menu ni je. 
Ulam - ulaman (pucuk cabang tiga ) Petik belakang office je
Sambal belacan


Ada tambahan menu pula. sayur campur dan sambal tempoyak.
Laki kalut nak masak juga sayur campur tu.
Awak bagitahu jangan banyak menu sangat, karang tak termakan.
Dia punya degil tak tau nak habak...huhuhuhu
Awak ikutkan jelah.

Tapi habis juga kitaorang anak beranak makan
Alhamdulillah rezeki.

P/S : Jangan jemu - jemu nak baca...Serunding ikan bilis sedap on...





4 ulasan:

  1. Salam Mala..shida singgah sini. Jadi isteri yg bekerja mmg mcm ni..sedikit ruang waktu kesempitan..nnt cuba la yg terbaik..arrange masa dgn baik ye :) moga dipermudahkan perjalanan kehidupan keluarga mala :)

    BalasPadam
  2. Waalaiukummussalam
    Insyaallah...amin

    BalasPadam
  3. Haiii miss mala. Tq bw kat blog mak aji ,senteng tuuu mcm scalop.. tp kecikk sgt x puas mkn

    BalasPadam

THANKS FOR COMMENT...

BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

Assalammualaikum Rasa dah bersawang - sawang dah blog awak ni Elok lah awak joint giveaway by JJM & friends. Harap - harap awak...