Monday, April 1, 2019

JUS TIMUN BETIK @ TIMUN SUSU

Assalammualaikum


Hampa semua panggil apa?
Kampung awak panggil timun hapuk.
Petang semalam suami request nak minum jus timun hapuk ni.


Bahan - Bahan

1.Timun hapuk @ timun betik @ timun susu
2. 1/2 tin Susu pekat
3. Secubit garam
4. 2 cawan air (Ikut pada saiz timun)

Cara - Cara

1. Potong timun bentuk dadu
2. Blender halus timun, susu pekat, garam dan air.
3. Kemudian hidang didalam jug bersama ais batu
4. Boleh juga minum tanpa ais.


Rasanya macam makan aiscream vanilla.
serius memang sedap. Korang cuba lah
Tapi susah nak dapat timun hapuk sekarang ni. Ikut musim juga
Sesetengah tempat ja ada.
Awak bernasib baik sebab nenek awak ada tanam pokok timun ni. So, Tiap - tiap hari lah dapat minum jus timun hapuk. Tapi, itu pun ikut pada kerajinan awak ni.


Petang ni kita petik lagi sebiji buat jus untuk berbuka puasa hari ini.




2 comments:

mamapp said...

Wow sedapnya buat air

ANDAIANNYA said...

Serius sedappppp...try lah

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...