Friday, March 29, 2019

LEMBU HATI MASAK KICAP BEREMPAH

Assalammualaikum

Awak ni memang peminat hati lembu.
Masa pregnant anak sulung dan anak kedua pun awak tetap nak makan hati lembu masak kicap.
Awak ada bagitahu mak awak nak makan hati lembu.
Mak kata nanti abah belikan. Hahahahaha
Petang tu juga abah belikan 4 kg hati lembu. Abah awak tau awak dan laki awak pun suka makan hati lembu. Alahai abah, baiknya hati abah. Prihatin sungguh kat anak - anak dan menantu - menantunya.
Balik kerja  sampai je rumah nak ambil anak, abah cakap hati lembu ada dalam peti sejuk tu, pergi la ambil. Ya Allah tersentuh hati awak ni. Walaupun awak dah besar dan ada anak tapi mak abah tetap buat kami macam anak - anak kecil diaorang.Kadang - kadang kami yang khilaf selalu abaikan kasih sayang emak abah.


Petang tu juga awak masak kicap berempah.
Ada juga awak nak bagi kat abah awak. Tapi abah cakap makan lah kat hampa. huhuhu
Terima kasih abah.
Terima kasih emak.


Ni menu tambahan untuk awak berbuka.
Bertambah - tambah lah nasi kami laki bini.
Terus hancur nak diet.

P/S: Serunding bilis sedap on...


No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...