ANDA BERMINAT

Tuesday, June 10, 2025

~ LUNCH AWAL HARI INI ~

Assalammualaikum

Jam baru menginjak pukul 10 pagi. Tapi perut awak dah minta diisi. Awak jarang bersarapan pagi sebenarnya. Tapi dah alang - alang keluar makan dan kedai makan tersebut pun telah siap hidangan makanan untuk tengahari, awak pun terus bedal lah menu untuk makan tengahari terus. Laki awak hanya temankan awak makan sahaja. Dia dah sarapan kedai mamak pagi tadi. Ada juga dia ajak awak join sekali sarapan dengan dia bersama rakan - rakan pejabat lelaki semuanya. Tapi awak je yang malas nak keluar dan jadi macam tunggul kayu pula awak nanti.

Pilihan menu makan tengahari awak pada hari ini, nasi putih, kuah pajeri, peria goreng telur, pucuk ubi rebus, sambal belacan & seketul ikan patin asam tempoyak. 



Semoga tak menggemukkan lah..hahahahahaha

4 comments:

Suria Amanda said...

Menu macam ni la yang buat makan bertambah ni....

Akupenghibur.com said...

sedapnya ikan patin,, bertambah kalau makan ni

ANDAIANNYA said...

betul sangat - sangat....punahlah diet..heheheh

ANDAIANNYA said...

betul...ikan patin asam tempoyak memang favourite kami

~ LAMPU IDAMAN ~

Assalammualaikum Dekat 2 minggu juga awak menunggu lampu awak sampai. Biasalah, beli online di Shoppe. Kedai pula memang berada di luar nega...