Thursday, December 10, 2020

PERCUBAAN MEMBUAT ROTI PURI

 Assalammualaikum.

Awak ni dikatogerikan mudah terpengaruh juga. Kalau ada menu yang viral sahaja, pasti awak akan cuba. Tapi..... Awak akan pastikan bahan - bahannya tak memerlukan kos yang tinggi serta yang memang dah tersedia ada dalam rumah awak.

Awak kali pertama buat roti puri ni. Alhamdulillah menjadi dengan elok, Sampai ke petang roti masih lagi lembut. Resepi seperti di bawah.

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
1 sb yis kering
1 sb susu pekat
secubit garam
1 sb margerin
1 sb minyak jagung
1/2 cawan air suam (tambah jika perlu)

Cara - cara
1. Satukan semua bahan - bahan kecuali air. Ramaskan sehingga menjadi 'bread crumb'.
2.Masukan air dan uli seketika. Perapkan adunan 30 minit.
3.Ambil doh tadi, uli sekejap. Bulat - bulatkan doh, dan leperkan menggunakan 2 helai plastik. Ulang sehingga selesai.
4. Dalam kuali, isikan minyak banyak. Supaya roti boleh tenggelam. Goreng roti tadi sambil curahkan minyak ke atas roti.Gunakan api yang perlahan.


Wednesday, December 9, 2020

KAMBING BAKAR AF

 Assalammualaikum

Menu dinner kami 3 beranak semalam adalah kambing bakar by AF. Anak awak yang sulung berada di rumah kakak ipar. Bila awak post gambar kambing bakar ni, terus dia call awak, katanya " Kenapa time kakak tak ada, mama masak sedap - sedap."

Alahai anak oiiii....Malas mama nak layan, kalau dilayan makin menjadi, silap haribulan jadi drama air mata yang tak berkesudahan. 


Apa macam? Mengiurkan tak kambing bakar awak.

Tuesday, December 8, 2020

RUMAH YANG BANYAK MENGGAMIT KENANGAN PAHIT DAN MANIS

 Assalammualaikum

Awak asyik post entri makanan saja kan. Okay, kali ni awak nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan zaman awak dan family awak dulu - dulu. Untuk dijadikan kenangan sampai bila - bila.


1994 - 2014

Ini adalah rumah kediaman awak dan family. Lebih kurang 20 tahun awak dan family menentap di dalam rumah ni. Segala kenangan pahit manis semuanya ada di dalam rumah ni. Awak bukannya dari golongan keluarga yang senang. Mak suri rumah, abah pula setakat kerja pesawah dan ada juga buat kerja sampingan untuk tampung kehidupan seharian.

Awak anak kedua dari 8 orang adik - beradik. Rumah awak tu, bukan ada bilik. Bilik air dan bilik mandi memang berada di luar rumah. Hampa bayangkanlah kalau nak buang air besar dan kecil tengah - tengah malam? Tapi awak dan adik - adik awak dah biasa dengan keadaan macam tu.

Ruang tamu rumah adalah tempat makan dan tempat tidur. Makin hari, awak dan adik - adik makin besar. Rumah yang sempit, lagi makin sempit. Awak selalu merungut kat abah, Bila abah nak buat rumah baru? Bila awak dan adik - adik ajukan soalan macam tu, abah awak senyap je dan senyum - senyum tanpa berkata apa - apa. Masa tu awak masih kecil  lagi, fikiran pun masih macam budak - budak yang tak tahu apa - apa.

Tapi bila awak dah besar, rasa nak menangis bila awak kenangkan awak pernah ajukan soalan macam tu. Sedangkan kami yang gaji beribu - ribu sebulan pun masih tak cukup zaman sekarang, masih lagi menyewa, masih tak mampu nak ada rumah sendiri. Inikan pula abah awak yang hanya gaji hari, dalam anggaran RM15 sehari. Anak - anak 8 orang yang nak diberikan makan. 

Sejujurnya awak berasa sangat malu dengan keadaan rumah awak macam tu. Terutamanya malu dengan kawan - kawan. Kalau kawan - kawan nak datang rumah atau nak datang beraya pun awak jarang nak ajak. Yela, rumah diaorang semua besar - besar, cantik dan selesa. Tapi, awak bersyukur, kawan - kawan awak tak pernah nak hina keadaan rumah awak.

Walaupun rumah kecil dan buruk, abah dan mak tak pernah abaikan kami adik - beradik. Semua kasih sayang, pendidikan dan ilmu agama diterapkan. Alhamdulillah, semua anak - anak mak dan abah mempunyai sikap tanggungjawab yang baik sesama manusia dan penciptanya iaitu ALLAH, hasil didikan mereka terdahulu.

Pakaian sekolah dan hari raya tak bertukar dah jadi perkara biasa buat kami adik - beradik. Duit sekolah pun kadang - kadang abah tak mampu nak sediakan. Kami adik - beradik sangat - sangat faham akan keadaann abah dan mak pada masa itu. 

Alhamdulillah, bila dah besar, kami sangat - sangat hargai dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Pengalaman kehidupan dulu mengajar kami adik - beradik agar sentiasa bersyukur.


Sebenarnya, abah dan mak adalah idola awak. Abah bina rumah dengan hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan dari anak - anak, Seriusly, rumah seperti gambar di atas memang abah awak buat sndiri. dari konkrit sehingga lah ke bumbung, abahlah yang bina sendiri dengan kudrat yang ada. Cuma ada juga part yang diluar bidang abah awak, abah upah kat orang lain.

Rumah ni siap pada tahun 2014. Lebih kurang 10 tahun juga abah nak siapkan. Alhamdulillah, sekarang mak abah dapat tinggal di dalam rumah yang selesa. Walaupun serba kekurangan, kami tetap bersyukur.

Monday, December 7, 2020

~ALMOND LONDON, ALMOND SNOW & BISKUT Y~

 Assalammualaikum

Almond London

Biskut ni mudah sangat. Time rumitnya bila nak bermain dengan coklat tu. Aduh, stress betul bila kita tengah buat double boil coklat, tetiba sahaja coklat tu jadi berketul - ketul. Time ni memang rasa nak down je.

Nak coklat yang cair dengan sempurna berkilat dan cantik mesti kena jauhkan dari air. Walaupun setitik air. Itu sahaja tipsnya.


Sebalang awak jual RM 23 @ 40 Pcs
Tempahan akan dibuka time awak rasa nak buka nanti...hehehehe
Yang pastinya dua tiga bulan lagi nak raya awak akan open oder

Almond Snow


Sebalang  RM 23 @ 40 Pcs
Open oder time raya ok.

Biskut Y


Sebalang RM 23 @ 40 pcs

Biskut ni yang paling mudah. Tapi masa nak buat biskut ni acuan Y kena banyak, itu jelah masalah nak buat biskut ni. Rasa memang sedap dan rangup.

Setakat ni, 3 biskut ni je yang mampu awak buat. Bukannya apa, Awak memang utamakan kualiti biskut, Sebab nak bagi orang makan, kena buat dengan sebaik yang mungkin. Kalau pelbagai biskut nanti takut tak terkejar, mungkin hasilnya pun tak berapa nak memuaskan hati pelanggan,

KENANGAN HARI TUA NANTI - PELBAGAI MASAKAN

 Assalammualaikum

Alhamdulillah, PKPB dah ditamatkan. jemu weiiii...Otak pun dah tepu, anak - anak lagi lah, merengek bosan sesaja. 

Tambahan pula, banyak sungguh kerja sekolah anak - anak. Pagi dan petang cikgu depa hantar kerja sekolah online. Awak pula yang stress. Nak salah kan cikgu tak boleh juga, sebab cikgu - cikgu pun ikut arahan. Terpaksa kena hadap juga. Nak skip karang takut pula anak awak tercicir dalam pelajaran. Tabah lah wahai mama -mama yang bekerjaya zaman sekarang terutamanya musim COVID - 19 ni. Mencabar sungguh dari segi emosi. Fizikal tu dah tentu, sebab asyik nak makan je bila duduk rumah. Dah jadi saiz XXL. Ini lagi stress.

Antara masakan musim PKPB ni. 


Bubur Ayam Goreng


Daging Black Paper


Apam Tak Berapa Nak Mekar


Kek Marble Almond


Corndog 


Ikan Siakap Goreng dengan Sambal Terung

 
Sengkuang Calit - Zaman dulu - dulu memang famaous

Ini hanya sebahagian. Yang lain - lain tu kadang - kadang terlupa nak snap. Tapi ada juga menu yang awak masak dah masuk entry kat SINISINISINI.


Tuesday, December 1, 2020

PUDING ROTI VS KEK KUKUS COKLAT CHEESE

 Assalammualaikum

Terbanyak pula update mengenai makanan. Dah jadi macam blog masakan. Harap - harap orang lain tak jemu lah nak datang sini. Sekarang pun awak nak update makanan lagi. Bukan apa, dah tak ada idea, tambah - tambah PKPB pula, tak boleh nak ke mana.

Okaylah, awak nak cerita pasal puding roti awak yang ohsem tu..hehehe. Roti gardenia awak yang hampir expired awak buat lah puding roti, lagi pun ngam - ngam tinggal 4 keping. Bahan - bahan lain pula memang dah tersedia ada semuanya.



Cantik tak kejadian puding roti awak. Rasa sayang nak makan. Apabila siap awak masukkan dalam pinggan, anak - anak semua dah tunggu nak ngap. Mamanya seperti biasalah kan snap gambar sampai menjadi. Sampai berdiri atas kerusi kalau hampa nak tau. Itu pun masih tak puas hati dengan gambar yang ditangkap. Anak yang no. 2 pun ikut sekali naik kerusi acah - acah nak snap gambar. Haru sungguh...

Bahan - Bahan
Bahan A
4 keping roti
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sk perisa vanilla
3/4 cawan susu segar 
1/3 cawan susu pekat

Bahan B
3 cawan air
1/2 cawan gula
10 g agar - agar serbuk
2 sudu besar mentega

Bahan C
2 sb serbuk koko
air panas

Cara - cara
1. Potong dan buang sedikit bahagian tepi roti. Tujuan untuk dapatkan warna bancuhan yang putih semuanya.
2.Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian masukkan  ke dalam periuk/kuali bancuhan yang telah dikisar tadi dengan api yang perlahan.
3.Kemudian masukkan 3 cawan air, gula dan serbuk agar - agar. Kacau rata bancuhan tadi.
4.Kemudian masukkan mentega. Kacau rata supaya semua bahan larut dan sekata.
5.Biarkan ia mendidih sebentar, kemudian boleh tutup api. Bancuhan puding roti sudah siap.
6.Di dalam mangkuk lain, bancuh serbuk koko bersama sedikit air panas
7.Ambil sebahagian bancuhan puding roti asingkan ke dalam sebuah mangkuk. Masukkan bancuhan serbuk koko ke dalamnya.
8. Sediakan acuan. Tuang bancuhan puding roti ke dalam acuan berselang seli sehinggah banchan habis.
9.biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Dah keras baru potong.

 Kek Kukus Coklat Cheese

Kek ni awak buat minggu lepas. Resepi kek ni asyik lalu je dalam FB, memang minta awak buat lah kan. Lagi pula memang awak minat nak cuba resepi - resepi baru. Seronok tengok bila anak - anak dan suami makan hasil masakan sendiri.

Bahan - bahan
Bahan A
3 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan serbuk koko (ayak)
1/2 sb baking powder (ayak)
1 sudu esen vanila
secubit garam

* Mix semua bahan di atas.

Bahan B
250 g cream cheese
1 biji telur
2 sb gula
2 sb tepung gandum

* Mix semua bahan di atas

1.Sapukan loyang dengan sedikit minyak, panaskan pengukus, 
2.Masukan adunan Bahan A 1/3 daripada loyang. Kukus selama 15 minit
3.Masukan adunan Bahan B kukus selama 15 minit.
4.Masukan baki adunan bahan A kukus selama 20 minit.
5. Sejukan kemudian baru potong.


~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...