Assalammualaikum
Masa raya pertama hari tu, adik - beradik suami berkumpul di rumah awak. Selepas subuh awak masak - memasak nak siapkan hidangan bagi tetamu yang akan hadir. Menu yang awak saji adalah masakan tengahari, nasi putih, kari ayam, sambal belacan dan ulam, ikan pekasam dan ayam goreng. Rendang daging awak dah siap masak pada malam raya tu. Laki awak pun ada juga beli lemang 3 batang untuk tambahan.
Meriah raya pertama kami. Penuh rumah dengan sanak - saudara yang datang. Pagi tu, sebelum tetamu hadir, laki minta bergambar kami anak - beranak. Sempatlah juga snap beberapa gambar, tetamu pun tiba. Nasiblah salam raya kami anak - beranak kami buat masa malam raya tu. Tapi tak sempatlah nak snap gambar konon - kononya, nak bersalam pagi tu. Tetamu dah tekan loceng rumah banyak kali..hahahahaha....









No comments:
Post a Comment