ANDA BERMINAT

Thursday, June 19, 2025

~ YONG TAU FOO SEDAP BY YY~

Assalammualaikum

Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yong tau foo tu dengan rakan pejabat awak. Ada masa nanti, bolehlah buat menu tu untuk makan petang or malam.







Tuesday, June 17, 2025

~ APA YANG DAH BERLAKU ~

Assalammualaikum

Pertama kali terjadi dalam kisah hidup awak dan suami. Sedang awak dan suami  menonton movie, tiba - tiba ada seseorang memberi salam. Suami pun keluar dan terus bertanya apa tujuan kedatangan tetamu tersebut. Tetamu tesebut terus berkata  ' kami polis' , macam dalam drama tu. Awak dan suami agak terkejut dan cuak juga lah, apa kesalahan kami?

Suami awak pun keluar, seramai 4 orang anggota polis soal siasat suami awak. Awak perasan, 2 orang anggota polis telah standby di belakang rumah awak. Suami tak bagi awak keluar. Awak rasa musykil, apa kesalahan kami, sehingga pihak polis mengepung kawasan rumah awak? Time ni juga CCTV rumah awak di hadapan dan belakang tak boleh nak acess, mana lah nak tau kan, awak boleh dengar butir bicara diaorang masa tu, geram pula dengan CCTV time kejadian tu.

Agak lama juga, diaorang soal siasat suami awak. Pihak polis tersebut pun bergerak ke taman hadapan rumah awak. Apabila masuk sahaja suami ke rumah, awak terus tanya apa yang dah berlaku? Rupanya, hanya tersalah location, rumah yang pihak polis nak serbu tu, adalah di taman hadapan rumah awak. Diaorang nak tangkap warga asing Pakistan. Kes apa yang warga asing tu buat, tak adalah pihak polis tu bagitahu. Sampai sekarang awak tertanya - tanya.

Agak naya juga kepada kami, hanya tersalah location sahaja, awatlah location google map tu tuju ke rumah kami. Memang naik cuak lah juga kami laki bini.

Monday, June 16, 2025

~ MINI CANDY WALL ~

Assalammualaikum

Semalam awak menerima jemputan Majlis Tahlil, Majlis Kesyukuran & Sambutan Hari Lahir anak rakan pejabat awak di Kamunting. Yang menarik minat dan perhatian awak adalah 'Candy wall' yang telah diolah sendiri oleh rakan pejabat awak. Nampak simple, dan ianya sangat - sangat menarik. Tambahan pula, memang menarik minat budak - budak yang ulang - alik ambil jajan, termasuklah si bongsu awak.

Boleh tiru buat sendiri wall candy tu nanti. Cadang nak buat Majlis Hari Jadi si bongsu tahun depan..Hahahahaha.



Friday, June 13, 2025

~ SUP DAGING ALA - ALAM SIAM ~

Assalammualaikum

Sup daging ala - ala siam ni request dari laki awak. Dia nak makan sup masam - masam katanya. Ok, baik.. awak yang menurut perintah. hahahahaha.



Si bongsu pula, tak suka sup macam ni. Tak sedap katanya, aihhhh geram je rasanya. Ini kali pertama dia kata masakan awak tak sedap, hehehehehe

Pagi ni, terpaksalah gorengkan nasi goreng daging je kat dia untuk bekal.


Thursday, June 12, 2025

~ DAGING KORBAN MASAK KICAP ~

Assalammualaikum

Si bongsu dah pesan awal - awal kat awak dari minggu lepas, yang dia nak bawa bekal makanan setiap hari apabila ke sekolah. Macam semalam, awak terlewat bangun, jadinya memang tak ada bekal lah untuk dia. Jenuh juga awak memujuk si bongsu minta dia beli je makanan di kantin. Katanya, tak sedap. Boleh tahan juga cerewet si bongsu ni, geram je rasanya.

Hari ini, awak bekalkan daging korban masak kicap. Daging tu, awak dah siap masak malam tadi. Risau pula awak terlewat bangun lagi hari ini. Muka dia banyak happy lah, dapat bawa bekal. Mama dia ni, malas semedang. Hahahaha


Ya Allah bagi lah mod rajin awak datang  cepat - cepat. Anak nak bawa bekal setiap hari niiiiiii,,,,,,,,,,,,,


Tuesday, June 10, 2025

~ LUNCH AWAL HARI INI ~

Assalammualaikum

Jam baru menginjak pukul 10 pagi. Tapi perut awak dah minta diisi. Awak jarang bersarapan pagi sebenarnya. Tapi dah alang - alang keluar makan dan kedai makan tersebut pun telah siap hidangan makanan untuk tengahari, awak pun terus bedal lah menu untuk makan tengahari terus. Laki awak hanya temankan awak makan sahaja. Dia dah sarapan kedai mamak pagi tadi. Ada juga dia ajak awak join sekali sarapan dengan dia bersama rakan - rakan pejabat lelaki semuanya. Tapi awak je yang malas nak keluar dan jadi macam tunggul kayu pula awak nanti.

Pilihan menu makan tengahari awak pada hari ini, nasi putih, kuah pajeri, peria goreng telur, pucuk ubi rebus, sambal belacan & seketul ikan patin asam tempoyak. 



Semoga tak menggemukkan lah..hahahahahaha

Wednesday, June 4, 2025

~ DIA BUKAN SYURGA ~

Assalammualaikum

Drama  Dia Bukan Syurga yang diadaptasi dari novel 'Dia Bukan Syurga' by  Rissa Ahdiya. Jalan cerita sangat menarik, walapun geram je dengan watak si heroin dalam drama or novel ni. 

Kata - kata manis dari si pujangga, hanya lah angan - angan buat si bunga.


Tuesday, June 3, 2025

~ HAPPY ANNIVERSARY KE - 14 ~

Assalammualaikum

Hari ini, 03.06.2025 genap sudah 14 tahun usia perkahwinan awak bersama suami. Semoga ikatan perkahwinan awak bersama suami kekal hingga ke Jannah. Tak ada sambutan anniversary pun, sekadar ucapan bahagia sahaja dari insan - insan tersayang, sudah memadai bagi awak dan suami.

Pasang surut dalam rumah tangga ni memang lumrahlah kan. Pandai - pandailah kita nak hanndle situasi bagi harmoni semula. Tak perlu nak tunjukkan sangat bahagia itu dengan semua orang dan tak perlu juga nak tunjukan aib pasangan masing - masing.

Umur dah masing - masing nak ke 40 series ni, dah malas nak fikir hal remeh-temeh. Sekarang nak fokuskan bagaimana nak membesarkan anak - anak agar mereka menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan dapat membanggakan kami sebagai ibu bapa. Selain itu, nak memperbaikikan diri agar lebih dekat kepada Allah S.W.T agar, kejayaan dan kebahagian kami sentiasa di redhai oleh Allah.

~ YONG TAU FOO SEDAP BY YY~

Assalammualaikum Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yon...