ANDA BERMINAT

Tuesday, April 22, 2025

~ JEMPUT - JEMPUT PISANG ~

Assalammualaikum

Alhamdulillah, semalam awak last berpuasa enam. Dari minggu lepas lagi awak teringin sangat nak makan jemput - jemput pisang. Makanya, semalam jadilah jemput - jemput pisang untuk berbuka. Pisang pula, rakan sepejabat awak yang bagi. Dia memang ada kebun pisang dan juga durian. Seronok orang yang ada kebun ni. Hasilnya sungguh lumayan dan berbaloi dengan hasil titik peluh yang dikeluarkan.


Lepas sudah mengidam.hehehehe

Anak - anak memang diaorang suka dengann jemput - jemput pisang a.k.a cok kodok pisang kami panggil kalau di tempat awak. Adunan yang lebih awak nak goreng pagi ini untuk dijadikan sarapan. Sedap sungguh dapat makan dan minum kopi panas - panas.

Wednesday, April 16, 2025

~ MENU BERBUKA PUASA 6 ~

Assalammualaikum

Semalam masa pergi beli barang basah  tak terpikir pula, air di kawasan awak memang tidak ada 2 hari berturut - turut. Lembaga Air Perak pun dah memberi notis awal. Hanya awak yang terlupa. Jadi, barang basah yang lain - lain terpaksa awak simpan dalam peti sejuk. Awak hanya siang dan basuh ikan sahaja memandangkan air terpaksa dicatu. 

Alhamdulillah menu berbuka semalam hanya ikan goreng, kerabu mangga dan Kari telur.



Monday, April 14, 2025

~ TERLETAK ELOK RAK IKEA ITU ~

Assalammualaikum

Elok terletak rak ikea di bawah bar table. Kena beli lagi satu barulah ngam elok terletak kat situ. Rak ikea ni, jiran setaman awak yang jual kat awak. Banyak juga barang - barang di dalam rumahnya dia nak letgo. Condition pula 9/10. Harga yang diberikan pula murah dan berbaloi.

Rak ini sebenarnya nak susun ubatan yang bersepah kat rumah ni. Terutamanya ubatan suami. Barulah dia tak bertanya dah, dimana letaknya ubatan dia tu.



Thursday, April 10, 2025

~ KEMAS - MENGEMAS MALAM RAYA ~

Assalammualaikum

Malam raya awak hanya mengemas rumah bersama anak - anak. Rendang daging dan ketupat awak dah siap masak pada petang tersebut dan terus dijadikan menu berbuka. Si sulung macam biasalah, tolong awak masukkan biskut - biskut raya ke dalam balang. Si bongsu ni pula, semua kerja dia nak tolong buat, tapi tulah, hanya separuh jalan. Last - last dia bersama dengan handphonenya. Awak telah menukar karpet baru, tapi macam tak berkenan pula dihati. Laki suruh je awak guna karpet tersebut....




~ MEE GORENG ~

Assalammualaikum

Dari kisah mee bandung awak pada raya ke -3 hari tu, awak telah simpan mee yang telah dicelur ke dalam peti sejuk. Semalam awak tengok mee tersebut masih elok. Laki pun minta awak buat mee goreng untuk dinner kami. Awak masak kesemua mee yang ada lebih kurang dalam 4 bungkus.

So, dah terlalu banyak, awak bagi sahaja kepada jiran - jiran yang terdekat. Alhamdulillah, tamatlah sudah mee awak tu.



Wednesday, April 9, 2025

~ MEE BANDUNG RAYA KE-3 ~

Assalammualaikum

Agak mengecewakan juga kisah raya ke - 3 awak ni. Cadangnya, memang  sahabat - sahabat awak nak datang beraya ke rumah. Sebelum raya lagi, sahabat awak ada whatsaps awak kata nak datang bertandang ke rumah. Awak telah bersiap sedia dengan 3 ekor ayam untuk di masukkan ke dalam kuah mee bandug serta 8 bungkus mee bagi meraikan tetamu - tetamu yang akan hadir beraya. Awak agak excaited sebab sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat - sahabat awak susah senang zaman kami bujang dulu. Tapi, sampai waktunya, mereka mohon maaf sebab tidak dapat hadir. Awak rasa agak terkecewa juga. Tapi, nak buat macam mana kan, memang mereka betul - betul ada hal waktu tu.

Sudah alang - alang awak masak banyak mee bandung tu, awak pun jemput adik - beradik awak dan adik - beradik belah suami datang ke rumah. Suami juga turut menjemput kawan baiknya datang beraya. Tapi, mee yang tertinggal masih banyak lagi. Kuahnya masih elok tidak basi, awak perangat untuk makan keesokkannya pula. Nak jemput jiran - jiran datang, jiran - jiran semuanya balik ke kampung. Hahahaha


Mee bandung yang dah siap dihidang untuk tetamu


2 periuk besar awak masak kuah mee bandung


Monday, April 7, 2025

~ PINK COLOUR RAYA 2025 ~

Assalammualaikum

Tema baju raya family awak tahun ini adalah warna pink. Mula - mula, memang ramai yang tidak bersetuju dengan pilihan colour pink ni. Tapi awak menggunakan kuasa veto anak ke-dua, makanya semua bersetuju...hahahahahahaa

Ada lah juga yang lari tema sikit. Tapi masih seakan - akan warna pink. So, memang tak lari lah dari tema sebenar. Alhamdulillah, pada 7 Syawal kami 8 adik - beradik dapat berkumpul bersama - sama di rumah mak & abah. Seronok dapat berjumpa bergurau senda sesama adik - beradik.

So, biarlah gambar berbicara..


















~ RENDANG DAGING ~

Assalammualaikum

Setiap tahun awak akan masak rendang daging untuk raya pertama. Tahun ini 4 kg daging telah awak masak untuk dibuat rendang. Alhamdulillah, Allah bagi sedap rendang daging awak. Laki awak, malam raya dia dah rasmi dulu rendang awak tu bersama lemang.

Raya pertama, semua adik - beradik belah suami awak berkumpul di rumah awak. Kecuali abang ipar tak dapat balik bercuti, kerana tuntutan tugas menjaga negara. Penuh rumah awak dengan adik-beradik suami dan anak saudara. Masing - masing bawa juadah dan kami makan bersama - sama pada hari tersebut.


Awak hanya masak rendag daging bersama ketupat palas  pada raya pertama hari tu.


~ BISKUT - BISKUT RAYA BY ME 2025 ~

Assalammualaikum

Alhamdulillah, sudah 8 Syawal hari ini. Seminggu sebelum raya awak ada buat 4 jenis biskut raya tambahan. Tujuannya adalah untuk awak habiskan semua butter yang ada. Kalau awak simpan karang, takut expired lah pula.

Anak awak yang bongsu, memang ringan tulang membantu awak dalam proses membuat biskut - biskut raya tersebut. Memang kena lah dengan cita - cita dia, apabila besar nanti. Katanya nak jadi Chef. Semoga tercapai cita - cita kamu nak. 

Ini adalah antara biskut - biskut yang awak dann si bongsu buat seminggu sebelum raya.


Semperit Susu. Awak ada buat entri di sini.


Oat Susu. Biskut favourite anak bongsu awak


Biskut Cornflakes Crunchy. Sebalang anak sulung awak dah bawa balik ke asrama


Biskut Suji. 

~ YONG TAU FOO SEDAP BY YY~

Assalammualaikum Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yon...