ANDA BERMINAT

Thursday, December 5, 2024

~ SEMOGA IMPIAN NAK KURUS BALIK TERCAPAI ~

Assalammualaikum

Tiap - tiap tahun awak berazam nak kurus. Tapi impian nak kurus tu punah ke laut dalam. Tapi, baru - baru ni, awak ada timbang berat, rasa gerun tengok angka yang tertera. Bila berat makin bertambah, badan pun mudah masuk angin, lesu dan asyik nak tidur. Risau pula akan mendapat penyakit yang tak diundang bila tak dicegah dari awal. Rasa macam dah terlambat je...hehehehe

Awak telah daftar kelas senaman atas keizinan suami. Suami pun support usaha awak nak kurus 100%. Alhamdulillah, setakat ini masih tak culas dalam menghadiri kelas senaman setiap minggu. Semoga awak terus istiqomah dalam usaha nak kurus dan menjaga kesihatan dengan baik.


Sebelum nak pergi kelas senaman selfie dahulu


No comments:

~ RAYA KAMI 2026 DI RUMAH MAK DAN ABAH ~

Assalammualaikum Raya pertama hari tu, awak dan suami tak sempat nak balik raya di rumah mak dan abah. Sebabnya, adik - beradik suami berkum...