Tuesday, December 31, 2024

~ NIKMATNYA DAPAT MAKAN BUAH RAMBUTAN ~


Assalammualaikum

Nikmat sungguh bila ada orang siap perisi buah rambutan. Makan sejuk - sejuk sambil tengok movie, Alhamdulillah, nikmat tak terkata.

Sambil awak nak buat dadih untuk majlis perpisahan hari ini, laki pun rajin duk perisi buah rambutan. Senang anak - anak nak makan katanya. Sambil tulah kami duk bergosip pelbagai cerita. Anak awak no. 2 tak kalut pula nak menolong buat dadih, sebab mood dia ke laut dalam. Mata mengantuk nak tidur, tapi duk tahan - tahan sebab nak tidur sekali dengan kami. Awak buat tak heran je, kalau dilayan makin menjadi - jadi pula budak tu.


Monday, December 30, 2024

~ MEE SANGGUL ~

Assalammualaikum

Adik ipar awak minta masakan mee sanggul, teringin nak makan katanya. Tak sampai hati pula rasanya nak menghampakan permintaan adik ipar tu. Laki awak pun belikan lah bahan - bahan untuk masak mee sanggul. Dah alang - alang masak banyak, kami panggillah adik - beradik suami yang terdekat join makan sekali.

Seronok juga walaupun sekali - sekala dapat berkumpul sambil sembang - menyembang pelbagai cerita. Walaupun dekat, tapi jarang berjumpa disebabkan kengkangan masa dan tugas harian yang tak pernah habis.


Inilah kejadian mee sanngul awak tu. Awak snap gambar di dalam kuali je..

Awak ada juga buat dadih sebagai pencuci mulut. Tapi time nak buat dadih ni, biasalah anak awak yang no. 2 tulah yang paling kalut nak menolong awak membuatnya.


Terjadilah dadih perisa vanila dan jagung by Adelia.

Nak dijadikan cerita, sambil kami sembang - menyembang tu, anak awak yang no. 2 terkunci di dalam bilik no.3, masa tu dia tengah main - main dengan cousin dia, tiba - tiba pintu bilik tu tak boleh nak buka pula dah. Jenuh jugalah baba dan adik ipar awak membukanya. Lebih kurang 20 minit juga lah dia terkunci dalam tu. Tombol pintu tu, entah macam mana ianya terlost, tak boleh nak buka. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik.



Tuesday, December 24, 2024

~ TELUR MATA & BILIS GORENG ~

Assalammualaikum

Sarapan kami anak - beranak pada pagi ini adalah telur mata & bilis goreng taburkan sikit cili potong dan kicap. Makan pula dengan nasi putih, boleh bertambah - tambah pula nasinya. Anak - anak jenis tak kisah, menu macam ni pun depa dah ok sangat - sangat.


Kena rajinkan diri juga lah dalam seminggu cuti sekolah ni untuk masak awal pagi. Sebelum ke pejabat kena siapkan breakfast untuk anak - anak dulu. Alhamdulillah, hanya menu - menu simple je pun. kalau terajin sikit, jadilah menu - menu yang luar biasa.


Friday, December 20, 2024

~ BIHUN SINGAPORE ~

Assalammualaikum.

Minggu ini agak sibuk sedikit dengan tugas - tugas harian, yang sudah tentunya tak akan habis sampailah bila - bila. Dalam hati nak diet, nak kurus macam dulu - dulu, tapi mulut asyik nak minta makan saja. Kadang - kadang tersasar juga dengan godaan - godaan makanan yang terhidang depan mata.

Dua hari lepas laki ada bawa balik barang makanan kering dari masjid. Katanya, ada hamba Allah yang sedekah untuk jemaah masjid pada hari tersebut. Alhamdulillah, rezeki kami anak - beranak. Dalam barang makanan yang disedekah tu ada 2 beg bihun. So, laki pun terus request masakkan bihun singapore. Mula - mula, agak keberatan nak masak menu tu. Sebabnya awak tak pernah masak bihun singapore. Kiranya, ini kali pertamalah.

Sekarang, resepi semua dihujung jari laki kata. Awak pun carilah resepi bihun singapore di dalam Tiktok.


Alhamdulillah, Allah bagi sedap bihun singapore yang awak masak. Bertambah - tambah suami dan anak - anak makan.


Tuesday, December 10, 2024

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum

Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh yang besar - besar, macam petik buah anggur. Memandangkan tidak ada sesiapa yang ambil peduli akan buah belimbing tersebut, jadi awak petik lah sendiri simpan dalam peti sejuk. Rasa sayang apabila ianya jatuh dan busuk macam tu sahaja.

Tapi, bila dah petik banyak - banyak pula, peti ais awak pula yang dah tak muat. Nak simpan barang basah pun dah tak ada tempat. So, dengan kerajinan yang setipis bawang tu, awak masaklah belimbing buluh tu, untuk dijadikan pes sambal hitam.



Awak masak sampai air belimbing tu kering. Tapi tak adalah sampai hitam. Ikut pada selera masing - masing.


Ini pula sambal hitam yang sudah siap dipacking.

Entri mengenai Sambal hitam ada Di sini dan resepi sambal hitam by awak ada Di sini


~ SHELLOUT BY BADKITCHEN ~

Assalammualaikum

Makan Shellout di Badkitchen memang tak akan mengecewakan, sentiasa padu rasanya. Ada 3 jenis pilihan rasa shellout di Badkitchen. Awak dah lupa lah lagi 2 jenis menu shelloutnya. Awak sekeluarga memang selalu akan pilih shellout masam-manis. Memang sedap dan semua cukup rasa. Anak - anak pun suka, sebab tak berapa nak pedas sangat. Sebenarnya adik ipar awak yang belanja kitaorang makan kat sini. Alhamdulillah rezeki kami pada malam itu.

Ada pelbagai jenis menu lagi sebenarnya dan bermacam - macam ada. Korang kalau ke Bagan Serai, Perak boleh lah singgah lepak makan di Badkitchen, awak berani jamin, menu - menu yang diaorang hidangkan memang tak akan mengecewakan korang. Servis diaorang pun cepat juga, walaupuan pelanggan ramai.


Nampak menyelerakan kan. Tak sempat nak ambil gambar banyak - banyak time ni, perut tengah lapar..hehehehehe


Monday, December 9, 2024

~ UBI YAKON ~

Assalammaulaikum

Sudah lama teringin nak rasa ubi yakon ni. Tengok diaorang review kat tiktok, macam lazat sangat - sangat. Weekend tadi awak, suami dan anak - anak berjalan - jalan di sekitar Pusat Bandar Bagan Serai, Perak. Sambil berjalan - jalan tu, awak ada ternampak peniaga buah menjual ubi yakon ni, dan terus awak minta suami belikan dengan harga RM15/kg.


Ubi yakon yang sudah siap dikupas kulitnya.

Rasanya macam makan buah sengkuang, tapi manis sedikit dari buah sengkuang. Bagi awak, memang sedap juga ubi yakon ni. Kami anak - beranak makan dengan kuah rojak agromas, memang lagi sedap dan kena dengan selera.


Saturday, December 7, 2024

~ WADAI KIPENG @ GAYAM ~

Assalammualaikum

Alhamdulillah, plan nak buat wadai kipeng bersama adik - beradik termakbul juga. Kami buat 1 kg tepung pulut, adunan tepung semua mak awak yang buat, kami adik - beradik hanya menggentel sahaja jadikan bentuk bulat dan leper. Sambil menggentel, sambil bergosip bermacam cerita, tapi tangan masing - masing laju buat kerja menggentel, selari dengan percakapan yang keluar. Hahahaha.....

Dalam masa yang sama, abah hanya mendengar sahaja kami orang perempuan berbual - bual, laki awak pula semangkuk sup kaki ayam dia telan dan adik ipar awak pula tengah mengendong anaknya yang baru 3 bulan, mundar - mandir macam ayam berak kapur.


Apabila sudah siap menggentel, mak awak terus memasak wadai kipeng tersebut. Kami adik - beradik perempuan masih sambung berbual - bual. Macam lama sangat tak berjumpa, walhal setiap hari berwhatsapp. Mak kata, siapa punya plan ni. Semua mak yang kena buat. Hehehehe...


Akhirnya siap juga wadai kipeng kami adik - beradik, opssss wadai kipeng emak sebenarnya.. Hahahaha..Selepas itu masing - masing ambil gambar dan terus muat naik dalam status whatsapp dengan caption 'Done Wadai Kipeng'.

~ CUCUR UDANG DAN PLAN NAK BALIK KAMPUNG ~

Assalammualaikum

Hari ini awak dan suami plan nak balik kampung, sambil tu nak pergi ziarah kubur arwah MIL & FIL. Malam tadi awak dah whatsapp mak awak yang awak akan balik tengahari ni. Sebelum gerak balik ke kampung yang tak jauh mana tu, hahahaha... Awak buat breakfast untuk orang dalam rumah ni dulu. Simple - simple je pun. Hanya cucur udang daun cekur. First time awak masukkan daun cekur, serius sangat sedap dan wangi je bau cucur udang awak tu.


Kejadian cucur udang awak. Awak suka makan yang garing - garing. kalau ada laksa, lagilah sedap. Awak orang banjar, kalau makan laksa memang akan letakkan cucur udang sebagai bahan utama semasa nak makan laksa.


So, tengahri ni, kami anak - beranak akan makan kat rumah mak & abah. Adik - beradik lain pun akan join sama, barulah meriah walaupun jumpa sekali - sekala. 


Ini ada unsur kecemburuan hahahaha..hanya guraun adik - beradik sahaja, memang tak akan ambil hati pun masing - masing kalau ada gurauan kasar. Petang ni plan dengan adik - beradik nak buat wadai kipeng. Harap - harap menjadilah plan ni.

Thursday, December 5, 2024

~ SEMOGA IMPIAN NAK KURUS BALIK TERCAPAI ~

Assalammualaikum

Tiap - tiap tahun awak berazam nak kurus. Tapi impian nak kurus tu punah ke laut dalam. Tapi, baru - baru ni, awak ada timbang berat, rasa gerun tengok angka yang tertera. Bila berat makin bertambah, badan pun mudah masuk angin, lesu dan asyik nak tidur. Risau pula akan mendapat penyakit yang tak diundang bila tak dicegah dari awal. Rasa macam dah terlambat je...hehehehe

Awak telah daftar kelas senaman atas keizinan suami. Suami pun support usaha awak nak kurus 100%. Alhamdulillah, setakat ini masih tak culas dalam menghadiri kelas senaman setiap minggu. Semoga awak terus istiqomah dalam usaha nak kurus dan menjaga kesihatan dengan baik.


Sebelum nak pergi kelas senaman selfie dahulu


~ SEMPERIT SUSU ~

Assalammualaikum Biskut raya kat rumah awak semua habis terjual. Jadinya, memang tak ada langsung biskut raya kat rumah awak ni. Rasa tak se...