Saturday, November 30, 2024
~ IKAN SEPAT GORENG ~
Thursday, November 28, 2024
~ ASAM TEMPOYAK IKAN PATIN ~
Assalammualaikum
Menu asam tempoyak ikan patin adalah salah satu menu kegemaran awak dan keluarga. Kiranya, menu ni wajib dibuat sebulan sekali. Nak dapatkan ikan patin pun sangatlah mudah. Area kawasan tempat tinggal awak ada pengusaha menternak ikan patin. So, bila - bila masa sahaja awak akan oder ikan patin kat pengusaha tersebut. Diaorang siap siangkan dan basuh lagi, amat - amat memudahkan awak. Tempoyak pula, awak beli kat pejabat awak. Maklumlah, pejabat awak ada kilang pemprosesan buah - buahan segar. So, salah satu produk yang dikeluarkan adalah tempoyak.
Tuesday, November 26, 2024
~ JERUK AMRA @ BUAH KEDONDONG ~
Assalammualaikum
Tempat awak, kami panggil buah amra. Sejujurnya, awak memang tak reti nak makan buah ni mentah - mentah macam tu. Tapi, kalau dah jadi jeruk, barulah awak boleh telan.
Resepi jeruk ni mudah sangat. Rasa jeruk amra pun sangat sedap. Korang pun boleh try juga buat sendiri.
~ ALHAMDULILLAH, DAH ADA RUMAH SENDIRI ~
Assalammualaikum
Sejak kebelakangan ini, terrajin pula awak nak mengupdate entri dalam blog kesayangan. Kalau boleh semua cerita awak nak ceritakan. Tapi, itulah manusia, ada sikap malasnya. Hahahaha.
Rumah sendiri yang awak, suami & anak - anak tinggal sekarang sudah hampir 2 tahun kami miliki. Mula - mula dapat kunci rumah, macam - macam idea nak mendeko. Tapi tulah, memerlukan bajet yang tinggi. So, kami suami isteri hanya mampu mendeko ala kadar sahaja mengikut bajet yang kami ada.
Hampir sebulan juga kami habiskan masa nak siapkan semuanya sebelum betul - betul kami pindah ke rumah baru kami tu. 80% daripada keseluruhannya, kami deko mengikut kreativiti sendiri serta idea secara sambil lalu.
Barang - barang seperti Cooker hood, Peti sejuk, Mesin basuh, Mesin pengering, Oven dan Microwave adalah hasil simpanan suami dari moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman semasa PKP tempoh lalu. Bersyukur sangat kerajaan bagi bantuan tersebut kepada rakyatnya, sangat - sangat membantu awak dan keluarga dalam merancang ekonomi keluarga kami.
Bahagian cat - mengecat pula memang 100% awak mengecat sendiri. Suami awak hanya tengok sahaja awak buat semua tu. Bukannya apa, sakit mata awak tengok dia mengecat, memang tiada seni langsung. Kod warna cat pilihan kami adalah Early Rain. Seriusly, cantik warnanya. Nampak rumah lebih luas dan mewah.
Akhirnya, penghujung bulan 12 tahun 2022, kami sekeluarga berpindah ke rumah baru kami. Masih banyak lagi yang perlu ditambah baik untuk keselesaan kami sekeluarga. Awak sangat bersyukur Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga dari pindah rumah serta renovate rumah serba sedikit.
Monday, November 25, 2024
~ TOMYAM AYAM ENCIK SUAMI ~
Assalammualaikum
Tomyam ayam yang laki awak masak, memang tak pernah mengecewakan. Rasa dia tetap padu. Rasa - rasa tomyam je la kot yang dia pandai masak. Bahan - bahan nak masak memang awak sediakan semuanya. Kalau tak sediakan semuanya, memang dapur tu macam tongkang pecah jadinya, hal ini pun boleh jadi punca perdebatan sengit selama seminggu, mungkin akan jadi berminggu - minggu. hahahaha
Wednesday, November 20, 2024
~ KERABU MANGGA ~
Tuesday, November 19, 2024
~ KERABU CEKUR ~
Assalammualaikum
Bulan lepas adik - beradik suami datang ke rumah awak. So, laki awak pun minta buatkan kerabu cekur yang selalu arwah mil buat. Resepinya, awak google je. Ingat - ingat lupa dah masa arwah MIL bagi resepi kerabu cekur ni kat awak.
Inilah kejadian kerabu cekur awak tu. Alhamdulillah semua suka. Laki awak siap ratah macam tu je, maknanya sedaplah tu. hehehehe.
Selain itu, awak sediakan pencuci mulut, Koktel Mangga.
~ KEK COKLAT MOIST ~
Assalammualaikum
Pada 05.10.2024 adalah tarikh lahir anak awak yang ke-12 tahun. Cepat sangat anak - anak membesar, rasa tak percaya awak dah ada anak dara, tahun depan dah nak masuk tingkatan 1. Awak buat sambutan Hari jadi anak yang sulung ala kadar sahaja. Sambut bersama kami anak - beranak je pun.
Dia request tak nak ada kek, tapi rasa macam tak best pula bila tak ada kek. So, awak pun buat - buat rajin lah nak membuat kek untuk sambutan hari jadi si kakak. Yang terpaling kalut adalah si adiknya, dia dah tak sabar nak membantu awak nak membuat kek coklat untuk si kakak, nak buat suprise katanya.
Dari mula sampailah siap keknya, si adik memang rajin membantu awak. Tapi, tu la, kena sabar lah dengan ragamnya. Elok 1 jam boleh siap keknya boleh jadi 2 jam. Sabar jelah awak time tu.
Thursday, November 7, 2024
FAMILY MAT SANI & RAHMAH 2024
Assalammualaikum
My family bagi tahun 2024. Tahun depan, Insyaallah mugkin ada lagi seorang bakal dilahirkan, maka bertambahlah bilangan dalam keluarga awak. Semoga ukhwah kami adik - beradik sentiasa terjalin dengan baik dan dirahmati oleh Allah.
~ SAMBAL HITAM LAGI ~
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Makan Shellout di Badkitchen memang tak akan mengecewakan, sentiasa padu rasanya. Ada 3 jenis pilihan rasa shellout di Badk...
-
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Hari ini awak dan suami plan nak balik kampung, sambil tu nak pergi ziarah kubur arwah MIL & FIL. Malam tadi awak dah w...