Thursday, December 10, 2020

PERCUBAAN MEMBUAT ROTI PURI

 Assalammualaikum.

Awak ni dikatogerikan mudah terpengaruh juga. Kalau ada menu yang viral sahaja, pasti awak akan cuba. Tapi..... Awak akan pastikan bahan - bahannya tak memerlukan kos yang tinggi serta yang memang dah tersedia ada dalam rumah awak.

Awak kali pertama buat roti puri ni. Alhamdulillah menjadi dengan elok, Sampai ke petang roti masih lagi lembut. Resepi seperti di bawah.

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
1 sb yis kering
1 sb susu pekat
secubit garam
1 sb margerin
1 sb minyak jagung
1/2 cawan air suam (tambah jika perlu)

Cara - cara
1. Satukan semua bahan - bahan kecuali air. Ramaskan sehingga menjadi 'bread crumb'.
2.Masukan air dan uli seketika. Perapkan adunan 30 minit.
3.Ambil doh tadi, uli sekejap. Bulat - bulatkan doh, dan leperkan menggunakan 2 helai plastik. Ulang sehingga selesai.
4. Dalam kuali, isikan minyak banyak. Supaya roti boleh tenggelam. Goreng roti tadi sambil curahkan minyak ke atas roti.Gunakan api yang perlahan.


15 comments:

Warisan Petani said...

nampak cantik kejadiannya

ANDAIANNYA said...

Alhamdulillah.....bolehlah setakat nak makan anak - beranak

Mell said...

Sedap roti puri ni.. kadang² buat untuk dinner kami anak beranak..

Dila Faizal said...

Nampak sedap 😍

Cuya said...

hai,jemput join GA saya..

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

TukangKebun said...

Tukang Kebun dah lama nak cuba buat roti puri ni.
Tapi tak terbuat-buat sebab tiada keyakinan guna yis.
Terliur tengok roti puri tu.

ANDAIANNYA said...

Kan..Kenyang pun kenyang...

ANDAIANNYA said...

Hehhe...Bolehlah

ANDAIANNYA said...

Insyallah....Thanks jemput

ANDAIANNYA said...

Sekarang boleh try...hihi

Ana Jingga said...

cantik kejadian puri nya elok gelembong licin

Hermansyah said...

Sepertinya roti yang enak dan cara buat juga seperti sangat mudah.

AzianKhalil said...

Waahh...sedapnya

Himawan Sant said...

Saya juga sependapat untuk membuat kue cukup yang tak berbeaya besar, cukup sederhana seperti roti puri ini tetapi tak kalah lezat juga ..

Syadiya Khairul said...

ya allah sedapnya tengokkkk. btw saya jalan follow sini ya akak :D

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...