ANDA BERMINAT

Monday, May 26, 2025

~ KARI AYAM FAVOURITE SI SULUNG ~

Assalammualaikum

Si sulung nak makan kari ayam dan sambal belacan, tapi ulaman dia tolak ke tepi. Awak dan laki awak pula, kalau ada sambal belacan memang wajib nak ada ulaman. Selepas mengemas membuang rumput di depan rumah dan mencuci kereta, awak pun memulakanlah masak makan tengahari kami semalam. Kalau tengah rajin, semua benda awak nak buat. 


Ada pula ikan masin, memang ngamlah. Berselera sungguh kami anak - beranak makan.


~ KEJAP SANGAT, DAH 7 TAHUN ~

Assalammualaikum

Pada 24 Mei 2025 genap sudah anak bongsu awak berumur 7 tahun. Awak sambut ala kadar sahaja antara kami anak - beranak. Si bongsu request nak kek cinamoroll, binatang apa pun awak tak tahulah. Jenuh juga lah awak nak mencari kek yang ada cinamoroll tu. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga. Tapi terselit juga lah patung korumi dan my lady. Nasib si bongsu suka kek tersebut. Nak bagi dia rasa gembira lagi, kami masing - masing belikan hadiah untuk si bongsu. Dari air mukanya, dia sangat terharu dengan pemberian hadiah - hadiah tersebut. Tak berhenti - henti dia ucapkan terima kasih.

Umur dah 7 tahun, Alhamdulillah, cakap pun dah petah. Kadang - kadang tak terlayan dengar dia berceloteh itu ini. Masuk sahaja dalam kereta, semua perkembangan dia di sekolah dia akan bercerita, walaupun awak tak berapa faham pangkal hujungnya. Layankan jelah....Hahahahaha....


Mama, baba & kakak sayang sangat dekat adik dunia akhirat. Semoga si bongsu mama berjaya dunia akhirat dan menjadi kebanggaan mama & baba.



Monday, May 19, 2025

~ SAYUR LABU MASAK LEMAK & BAYAM ~

Assalammualaikum

Laki request nak makan sayur labu masak lemak. Umur dah nak masuk 40-an ni gemar sangat dia makan - makanan kampung. Awak layankan jelah, tapi awak pun suka juga. Tambahan ada ulam - ulaman dengan sambal belacan. Bertambah - tambah kami laki bini. Macam manalah awak nak kurus kalau hari - hari macam ni.






Friday, May 9, 2025

~ SOFA BARU ~

Assalammualaikum

Semalam baru sampai sofa baru awak. Awak beli online di Shoppe. Harga lebih murah berbanding beli di kedai - kedai perabot area awak ni. Kedai sofa yang awak beli ni berada di Selangor. Memang cepat penghantaran diaorang ke Perak. Kemas berbalut, sampai ke dalam rumah diaorang tolong angkatkan. Laki awak hanya pasangkan kaki sofa sahaja. 

Awak rasa sangat berbaloi beli sofa berbentuk L ni dan letakkan di ruang tamu rumah awak. 



Sebenarnya, Chat GPT yang bantu awak pilihan warna dan sofa yang sesuai untuk ruang tamu rumah awak ni. Mudah sungguh dengan ChatGPT ni. Yang mana ketandusan idea nak mendeko bolehlah tanyakan kepada Chat GPT.

Sekarang nak kumpul duit dan fokuskan pula nak buat kabinet tv. Awak ada minta Chat GPT lakarkan kabinet TV mengikut kesesuaian dan kehendak awak. Siap dengan kos anggaran lagi dan mudahlah awak nak bajet. Memudahkan tukang juga nanti nak buat kabinet TV awak tu.




Thursday, May 8, 2025

~ SOTONGKU GEMUK - GEMUK ~

Assalammualaikum

Si sulung angkut geng balik ke rumah minggu lepas. So, awak buatkan lah sambal sotong sumbat telur dan ayam goreng untuk jamu rakan - rakan si sulung. Alhamdulillah berselera sungguh depa makan. Si bongsu pula sempatlah dia perli awak sekali, katanya, gemuk - gemuk sotong mama. Unsur - unsur nak samakan awak dengan sotonglah tu, geram dan lawak pula awak dengarnya.


Kesukaan kami anak - beranak, sotong gemuk - gemuk macam ni.


~ YONG TAU FOO SEDAP BY YY~

Assalammualaikum Meeting semalam ada yang sponsor yong tau foo. Serius, sangat sedap yong tu foo tersebut. Terus awak grab sebalang kuah yon...