Friday, February 4, 2022

MIL - KAMI SANGAT RINDUKAN MAK

 Assalammualaikum...

Masih berdukacita dengan pemergian MIL pada 25hb Januari 2022 jam 10.30 pagi. Ya Allah, kau tempatkanlah arwah MIL dikalangan orang - orang beriman. Hanya mampu berdoa agar Allah merahmati arwah MIL. Sesungguhnya, kami sangat terkesan dengan pergian MIL. Suami awak, setiap malam menangis terkenangan arwah. Alhamdulillah, arwah pergi dengan baik, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Ramai yang solat jenazah untuk arwah MIL. Semasa hidup orang tak nampak kebaikannya. Tapi, selepas arwah dah tiada, bertalu - talu orang bercakap kebaikan arwah.

Tak sempat awak dan suami nak bawa mak tinggal bersama di rumah baru kami. Kami tak kuat sebenarnya ya Allah. Tapi ini semua sudah ditakdirkan. Kami kena redha akan pemergian MIL. Banyak sangat kesalahan awak dengan MIL. Menyesal sangat sebab awak tak jaga MIL dengan baik. 

Kami tahu, mak tak nak susahkan anak - anak jaga dia. Lebih kurang sebulan lebih MIL tak boleh jalan, Allah dah ambil MIL. Dulu, awak memang ada sikit krisis dengan MIL, tapi sekarang bila difikirkan balik, semuanya adalah kebaikan untuk kami. Mak mana yang tak sayangkan anak, mak mana yang tak nak tengok anak - menantu dia bahagia, itulah MIL. Selagi dia hidup, dia berusaha nak kami hidup bahagia. Banyaknya ke khilafan awak dengan dia.

Insyallah, selagi awak hidup, awak sentiasa akan doakan arwah MIL. Semoga arwah MIL tenang di sana. Semoga kita semua berjumpa di Syurga yang kekal. Rindu yang tiada berpenghujung.......Al-Fatihah

No comments:

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...