Friday, August 19, 2022

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum

Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi. 

Minggu lepas awak dan family ada makan kat kedai makan Panas Pedas by Tasmira di Kamunting, Perak. So, Awak nak review lah sikit mengenai restaurant tersebut. Serius, sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Yang mana suka pedas memang sesuailah untuk singgah makan kat sini.


No 2 GF, LALUAN KAMUNTING 4, BANDAR KAMUNTING, 34600 TAIPING, PERAK.
{belakang kolej komuniti taiping}

📌Map📌
https://maps.app.goo.gl/3oR7Gtwvr5rc9QNv9
Kedai buka pada 11.00 Pagi - 7.00 Malam
Boleh juga order dari,
GRAB FOOD 🚴
FOOD PANDA 🐼
HALO DELIVERY 📞

Persekitaran kedai juga sangat bersih dan besar. Service juga sangat cepat, idak lah customer menunggu lama.

Awak paling suka makan set ayam. Serius sedap, budak- budak pun sesuai untuk makan menu ni. Alamak, tak ada gambar pula nak tunjuk. Tapi lebih kurang set bawal ni lah, cuma tukar kepada ayam sahaja.

Set Ikan bawal. Ikan bawal tu besar gila kome oiii. 2 orang makan pun boleh.

Ni pula Ayam Geprek. Kalau sesiapa yang memang suka pedas, boleh try menu ni. Sambal dia tu, pedas-pedas nak lagi.

Set Ayam Kicap. Bukan ayam kicap biasa-biasa kome oii. Semua cukup rasa. Kalau makan menu ni, confirm nak kuah kicap tu lebih.

Set Ikan Keli

Anak Awak memang peminat keli. So, memang menu ni lah yang dia akan pilih kalau singgah kat restaurant ni. Kari dia rasa masam - masam macam makan kari sembilang. Serius sedap. 

Moh le kome kalau melawat Perak area Taiping or Kamunting. Datanglah ke Restaurant ni. Nikmatilah Rasa Panas & Pedas nya.....


No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...