Tuesday, April 30, 2019

DAGING KARI BANGLA

Assalammualaikum

Selamat pagi..
Rasa bersemangat nak buat segala kerja .
Lain macam aura kerja awak hari ini.
Hehehe

Semalam awak petik sahaja kacang panjang tu, konon nak masak nasi gorenglah.
Rasanya akan layu macam tu lah kacang tu.
Mod rajin nak masak tu dah kelaut.
Laki pula memang tak makan kacang panjang, sebab sakit urat katanya.
Lagilah awak malas dah nak masak
Semalam tu kononnya nak masak untuk diri sendirilah sebab laki outsation.

Tetiba mak awak bagitahu, abah nak buat kenduri selamat untuk jamu orang surau di kampung awak.
Kenduri selamat ni untuk adik kedua bongsu awak yang telah mendapat pekerjaan dengan Syarikat Petronas. Abah awak request minta mak masak daging kari bangla. Resepi ni mak awak dapat dari Pakjang awak di Johor.

So, semalam mak awak masak sorang ja.
Tak adalah nak panggil orang ramai tolong.
Awak dah tentu dikecualikan dalam tolong menolong ni. Ada anak kecil kan...hahaha


Sekali imbas macam masak kurma ja. Tapi memang tak ada langsung masukkan rempah kurma.

So, awak makan lauk ni jelah semalam.
Nasi goreng kacang panjang yang awak angankan semalam tu, hilang entah kemana dah.
kacang panjang tu pun mungkin akan ke tong sampah lah jawabnya.



Monday, April 29, 2019

KACANG PANJANG VS BUNGA ROS

Assalammualaikum

Sungguh kalut hari ni.
Datang office pun dah lewat sangat. Kalau bos ada ni, mesti dia dah pandang sinis kat awak.
Subuh awak memang subuh gajah lah.

Minggu lepas awak reset handpone,
Maka hari ni memang jam kat handpone tu tak berbunyilah.
Itu pun anak yang kejut, katanya 'kakak cuti ke hari ni mama'.
Aduhhhhhh..Sungguh mama lupa.
Teruk sangat dah ingatan awak sejak kebelakangan ni.
Laki pula outstation.
Lagilah kelam kelibut, mana nak urus anak - anak lagi.

Tengah menikmati permandangan  sambil jalan - jalan di belakang office.
Wow, ada pokok kacang panjang tengah berbuah lebat.
Rasa teringin pula nak makan nasi goreng masukkan kacang panjang.


Ni hasil tanaman dari budak praktikal. Awak ni memang gemar jadi tukang petik hasilnya..hehehe


Bunga rose tu saja awak petik. Karang layu gugur macam tu ja.

Sebenarnya banyak lagi tanaman yang ada kat belakang office awak ni.
Antara rajin dengan tak ja nak mengutipnya.
Selalunya kalau awak nak makan ulam, awak petik ja.
Ada pucuk janggus, pucuk cabang tiga, belalai gajah, sawi, ubi keledek, putat, belimbing buluh, buah manggis dan buah durian. Banyak lagi tu, tak tersebut ja dalam ni. Sebab tak berapa nak ingat.
Hasil tanaman di belakang pejabat. Boleh tengok hasil ulaman yang pernah awak kutip. Sekarang dah mati, biasalahkan pokok macam ni bukan boleh tahan lama.







Thursday, April 25, 2019

SUSU KURMA DUTCH LADY

Assalammualaikum

Minggu lepas, masa jalan - jalan kat Tesco ada promoter dari Dutclady buat ujirasa.
Anak awak memang suka bab rasa-merasa susu ni. So, awak pun cubalah rasa susu kurma keluaran Dutchlady ni, rasa awak ni produk terbaru dari diaorang. Wow, memang sedap.

Rasa nak minta lagi kat promoter tu, tapi seganlah pula.
Apalagi awak suruh lah husband beli 2 kotak. Kebetulan pula harga dia murah sebab ada harga promosi time tu. Anak awak yang sulung tu pun suka. Katanya 'sedaplah mama'. Duk ulang cakap ja sambil minum.

Rasanya bulan puasa yang akan tiba ni kena standby stok susu kurma dalam rumah. Mana nak tahu kalau terlewat sahur boleh minum susu ni. Untuk berbuka pun sesuai sangat.


Sebelum ni awak & family memang suka minum susu kurma dari keluaran Farm Fresh. Itu pun sedap juga. Tak ada gambar pula nak tunjuk. Sebabnya kalau dah dapat minum sebotol besar tu sekali harung ja. 

Alahai melting pula nak minum susu kurma ni.
Berbuka ni cadangnya nak minum susu kurma jelah....

P/S : Serunding ikan bilis sedap boleh oder dengan awak....

Tuesday, April 23, 2019

BELUT CELUP TEPUNG GORENG

Assalammualaikum

Melting tengok belut goreng ni.
Saja nak throwback balik
Cicah pulak dengan sos cili. Memang pergggghhh...Padu gila rasa dia


Tambah pulak hujan ja waktu petang kat tempat awak ni.
Makan panas - panas. Memang tak tengok kiri kanan dah.
Siapa peminat belut dekat sini???


Friday, April 19, 2019

BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

Assalammualaikum

Rasa dah bersawang - sawang dah blog awak ni
Elok lah awak joint giveaway by JJM & friends.
Harap - harap awak adalah orang yang bertuah tu. Insyaallah


Tekan banner untuk joint

SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY  
* Sila jujur dengan diri sendiri ya. Ika takkan check satu-satu. OK? 👌

1. Warganegara Malaysia. 

2.  Follow BlogJari Jemari MenariNadia IzattySiqahiqaKasihku AmaniGreennPandaCraftGreennnPanda88

3. Follow IG: SicaSNia IzzatyNia Izzaty FlatraySiriusiqaSha MohamedGreenPanda Craft & GreennPanda 

4. Follow FB Siqahiqa PageKasihku AmaniGpandacraft

5. Follow GoodreadsSSSiqahiqaKasihku AmaniNisa Greennnpanda

6. Copy Banner & buat satu entri bertajuk "Book Giveaway by JJM & Friends" (Pls Backlink)

7. Publish entri kalian & tinggalkan link di komen. 



CARA PEMILIHAN PEMENANGRANDOM.ORG
TARIKH GIVEAWAY: 1 APRIL - 30 APRIL 2019 

P/S : Boleh lah kita blogwalking





Wednesday, April 17, 2019

WORDLESS WEDNESDAY ~ LUNCH CUCUR BAWANG SOS MELIMPAH~

Assalammualaikum

Malas nak menaip panjang - panjang
Agak - agak boleh kurus tak awak makan ni?????




Tuesday, April 16, 2019

SEGMEN BLOGLIST SHUHAIDA #3

Assalammualaikum

 Jom pakat ramai - ramai join segmen ni.....



Terma & Syarat :
1. Follow blog Shuhaida Saad ni.
2. Komen bersama link blog korang.
3. Entri nak buat atau tak, terserah.
4. Tunggu shu update dan masukkan dalam list shu.
5. Done.

Tarikh Tamat :
18-Apr-2019 (8.30 malam)


Wednesday, April 3, 2019

KISAH SEMALAM - PUASA 23 HARI

Assalammualaikum

Semalam awak berpuasa ganti untuk  yang ke - 23 hari. Lagi 6 hari nak habiskannya.
Adakah riak awak nak bercerita kat sini?? Terpulang lah korang nak menilai macam mana.

Balik kerja dah lewat petang, kemudian rush nak ambil anak pula. Nasiblah awak dah solat siap - siap kat office.
Time berbuka tu awak masih masak - memasak lagi untuk siapkan menu. Sekadar minum air je dulu.
Laki tengah sibuk uruskan anak -anak, mandikan anak dan tidurkan si kecik tu. Yang kakak babanya kerah buat homework. Awak terkilan sebenarnya, sebab tak dapat nak buat homework kakak bersama - sama. Time nak tidur je awak baru lah dapat bersembang - sembang dengan kakak tentang sekolah dia. Itu pun cuma sekejap, sebab dah larut malam.

Husband bagitahu, kalau Bulan Ramadhan ni, keadaannya macam ni juga ke? Kelam kabut kami laki bini buat itu ini. Awak terkelu...Soalan tu mati kat situ ja.....
Husband cakap Ramadhan tahun ni kalau tak ada apa halangan dia nak buat terawih full dan nak bawa emaknya bersama. Alhamdulillah..Sungguh gembira hati awak dengar.

Time anak - anak dah tidur, kerja semua dah selesai barulah awak dapat nak online. Itu pun dah dekat dalam pukul 12.00 Tengah Malam. Online sekejap tengok facebook dan baca KRT. Sambil online tu adalah awak terbaca kisah sorang budak ni dengan pakaian seragam sekolahnya setiap hari kotor tak bercuci. Bila ditanya oleh gurunya, katanya ibunya malas mencuci. Ya Allah, rasa kesiannya. Macam manalah dia nak berlajar dengan selesa bila keadaan pakaian macam tu. Awak ni bila time sekolah  3 kali seminggu awak akan cuci baju anak awak dengan tangan, then barulah masuk mesin basuh. Tiap - tiap hari akan tukarkan baju sekolah lain, tak kan bagi baju yang sama.

Apa - apa pun semoga Allah permudahkan urusan kami sehari - harian.
Rutin harian tetap kena buat juga walaupun tak bulan puasa.
Kerja, masak, kemas rumah, basuh kain baju, uruskan anak - anak dan lain - lain memang tak kan terlepas buat tu semua. Inilah jawapan awak bagi soalan laki awak semalam tu. Bulan puasa ni memang akan letih, awal pagi nak kena siapkan juadah sahur. Ini tambahan tugas bagi bulan puasa nanti. Terawih tu insyaallah. Bagi awak puasa sebulan je, tak pelah kalau penat sikit. Insyaalah besar ganjarannya nanti. 

Dah panjang sangat awak duk membebel.
Ni awak jamu korang menu berbuka semalam


Asalnya 3 menu ni je. 
Ulam - ulaman (pucuk cabang tiga ) Petik belakang office je
Sambal belacan


Ada tambahan menu pula. sayur campur dan sambal tempoyak.
Laki kalut nak masak juga sayur campur tu.
Awak bagitahu jangan banyak menu sangat, karang tak termakan.
Dia punya degil tak tau nak habak...huhuhuhu
Awak ikutkan jelah.

Tapi habis juga kitaorang anak beranak makan
Alhamdulillah rezeki.

P/S : Jangan jemu - jemu nak baca...Serunding ikan bilis sedap on...





Monday, April 1, 2019

JUS TIMUN BETIK @ TIMUN SUSU

Assalammualaikum


Hampa semua panggil apa?
Kampung awak panggil timun hapuk.
Petang semalam suami request nak minum jus timun hapuk ni.


Bahan - Bahan

1.Timun hapuk @ timun betik @ timun susu
2. 1/2 tin Susu pekat
3. Secubit garam
4. 2 cawan air (Ikut pada saiz timun)

Cara - Cara

1. Potong timun bentuk dadu
2. Blender halus timun, susu pekat, garam dan air.
3. Kemudian hidang didalam jug bersama ais batu
4. Boleh juga minum tanpa ais.


Rasanya macam makan aiscream vanilla.
serius memang sedap. Korang cuba lah
Tapi susah nak dapat timun hapuk sekarang ni. Ikut musim juga
Sesetengah tempat ja ada.
Awak bernasib baik sebab nenek awak ada tanam pokok timun ni. So, Tiap - tiap hari lah dapat minum jus timun hapuk. Tapi, itu pun ikut pada kerajinan awak ni.


Petang ni kita petik lagi sebiji buat jus untuk berbuka puasa hari ini.




~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...