Semalam awak masak sambal kerang dan ikan tamban goreng bersama bawang dan cili padi. Sambal kerang tu memang permintaan dari diri sendiri. Memang dah lama sangat nak makan kerang. Asalnya awak nak buat rendang kerang, tapi memandangkan lengkuas tak ada dirumah, makanya bertukar menu kepada sambal. Bahan yang mana ada didalam peti sejuk sahaja awak masak. Awak pernah juga buat entry Rendang Kerang suatu masa dahulu. So, dapat bayangkan tak bertapa lamanya awak tak pernah masak kerang semenjak hari itu.
Sambal Kerangnya....
Ikan tamban goreng ni pula permintaan dari my husband..
P/S : Rasa puas bila dapat masak sendiri, nak tambah banyak kali pun tak pe...hahahahahah
2 comments:
Sambal kerang.. favorite ai tu..
tula...my favorite juga ni...tapi mahal bebenor kerang la ni...
Post a Comment