Assalammualaikum
Alahai mod kelaut betul hari ni.
Macam - macam hal berlaku.
Dengan internet problem dari pagi sampai ke petang. Semua kerja tergendala.
Sekarang baru nak okay internetnya, itu pun macam siput je. Stress betul la.
Awak biasalah mukadimah mesti tak ada kena mengena dengan tajuk entri.huhuhu
Okay awak nak cerita weekend yang awak lalui.
Kami anak - beranak hanya spend time dirumah sambil tengok TV dan juga memasak bersama - sama. Memandangkan cuaca yang sangat panas memang kami buat aktiviti duduk dirumah jelah. Awak tau anak awak bosan sangat - sangat.
So nak hilangkan rasa bosan anak dara awak tu. Awak join dia bermain bersama, main makeup - makeup, mewarna, tengok youtube frozen (asyik ulang je, tetap awak layankan) dan masak.
Masak ni memang masak betul okay, awk ajar anak awak cara potong bawang dan kacau telur. Buat permulaan ni memang awak bagi dia goreng telur je dulu dengan pemantauan awak. Bukan main lagi anak dara awak tu takutkan minyak merecit kat dia.
Nampak tak telur dadar yang digoreng oleh anak awak.
Tomyam ni pula my husband awak yang masak
Not bad lah.
Ayam masak kicap di hari Sabtu.
Zingger Duoble Burger
Malamnya pula kitaorang layan KFC, request dari anak awak sendiri
Dari pagi sampai ke malam makan ayam je....
P/S : Sebenarnya awak dah kehabisan idea nak buat entry apa. Tunggu sambungan kedua ye...hahahahaha..Jangan nak kecam sangat