Aku memang dah lama sangat tak buat entri kat sini
Bukan kengkagan masa tapi tahap kerajinan yang zero.
Hari ini tetiba rasa sentap sangat - sangat
Selalunya tak ada pun nak sentap - sentap macam ni.
Aduhhh..
Hati ni jadi lembut pulak nak sentap - sentap
Rasanya bukan masalah besar pun
Tapi tetiba rasa nak sentap.
Adalah si M ni duk sembang sembang dengan budak praktikal mengenai anak dia dapat tawaran masuk Matrik
Then dia cakap anak dia stay juga tunggu tawaran 'UPU'. Kalau dapat 'UPU' dia akan suruh anak dia terima tawaran 'UPU' tu.
Aku sekadar mendengar sahaja pada permulaannya.
Then aku pun menyampuklah dan ini sekadar memberi pendapat sahaja. Aku cadangkan kepada si M supaya anak dia pergi je matrik sebab sekarang sudah ada sijil bila habis pembelajaran di sana dan masa pun jimat. Then baru apply mana - mana 'U'. Bila keluar 'U' nanti umur muda dah ada degree.
Belum habis aku bercakap dia dah menyampuk.
Tetap juga nak terima tawaran 'UPU'.
Aku bukannya terasa hati sebab si M ni tak nak terima pendapat aku.
Aku pun sedar siapa aku. Hanya kelulusan STPM sahaja.
Yang aku nak sentap sangat bila dia cakap . " Dalam family kamu ada ke yang pernah masuk matrik. Tak ada kan".
Memang tak ada pun. Family saya bukannya berpendidikan tinggi. Semuanya setakat SPM sahaja. Tapi alhamdulillah semua bergaji.
Sekian,
Aku sentap sampailah ke saat ini.
Padahal si M tak ada niat pun rasanya
Tapi aku pulak yang lebih - lenih nak sentap bagai.
P/S : Lain kali jangan nak menyampuk orang lain tengah menyembang. Kan dah kena..padan muka diri sendiri
No comments:
Post a Comment