Tuesday, May 23, 2017

MENAWAN BUKIT BEREKEH @ BUKIT BOTAK

Assalammualaikum
Hari Sabtu lepas awak bersama - sama rakan pejabat telah menawan Bukit Berekeh @ dikenali juga dengan Bukit Botak di Sungai Siput, Kuala Kangsar.
Seawal jam 2.30 pagi awak telah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi iaitu sandwich untuk team hiking pada pagi itu.

Jam 4.00 pagi awak bersama husband telah bertolak dari Bagan Serai dan terus ke Masjid Bawong, Sungai Siput. Sampai di masjid pada pukul 6.00 pagi awak bersama - sama rakan yang lain telah berjemaah solat subuh di Masjid Bawong.

Dari Masjid Bawong boleh lihat 5 puncak Bukit Berekeh. Kalau kita hendak mendaki sampi ke puncak mestilah kena melalui 5 bukit tersebut.

5 bukit yang mesti di daki untuk sampi ke puncak
Rasa nak balik je time ni bila tengok bukit - bukit tu.

Team hiking.
Muka gembira sebelum hiking
Masing - masing bersemangat

Kitaorang mula mendaki pada jam 7.00 pagi. Masing - masing rasa excited dan bersemangat. Memandangkan awak perempuan sorang yang join hiking kali ini, makanya husband awak pun terpaksa untuk berhiking juga.Hahahhaha. Sebenarnya kena paksa dengan bos...

Bagi perjalanan mendaki dari kaki bukit untuk sampai ke puncak bukit yang pertama memakan masa lebih kurang 1 jam. Bagi kami yang mula - mula berjinak dalam aktiviti macam ni pendakian kami adalah lebih kurang 2 jam. Sebabnya terlampau banyak sangat R & R.

Di puncak bukit yang pertama, memang sangat mencabar dan matahari pula mula nak terbit.
Awak terpaksa memakai topi bagi menghindari terik panas matahari.

Walau apa pun yang terjadi kami tetap bersama
Syabas la kepada En. Hubby  & 'the geng 'walaupun terpaksa sampi juga ke puncak bukit ke-3

View yang cukup indah
Walaupun penat mendaki tetapi kami telah dibayar dengan pemandangan yang sangat cantik.
Permandangan yang cantik hanya dapat dilihat dengan mata sendiri sahaja.



Puncak bukit ke-3 yang harus didaki lagi
Mangai memang gayat. Ketaq lutut bila awak pandang ke bawah.

Photoshot gile - gile kitaorang time ni
Maklumlah ada photograper bertauliah

Dating sat sambil melihat keindahan & kehijauan pokok yang sangat memukau


Nampak macam sejuk
Tapi sebenarnya sangat panas

En. Hubby yang di paksa hiking.
Dalam hati, ini mungkin yang terakhir untuk dia berhiking.

Tahniah....
Sebab berjaya menawan Bukit Berekeh
Diaorang saja yang dapat menawan

Kami berempat memang give up dah..walaupun berjaya sampai ke 
puncak yang ke-3 pengalaman yang tidak akan kami lupakan dan akan sentiasa tersemat dihati.

P/S : Sesiapa yang nak hiking di Bukit Berekeh @ Bukit Botak dinasihatkan hiking pada awal pagi. Sebabnya memang panas terik la kat atas puncak tu. Nak stay lama - lama kat puncak pun rasa membahang.















No comments:

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...