Salam,
Selamat Pagi dah beberapa hari juga x update blog..Hari ni, cuma aku sorang sorang sahaja di Office yang lain semua keluar ada urusan di luar.
Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat India masuk ke dalam Office aku ni nak membeli tagging. Apa itu tangging iaitu pelekat yang dilekatkan di bakul bakul sayuran or buah buahan yang hendak di import. macam cukai la. satu buku nilainya RM 10.00
India : Saya nak 1 buku
Aku : RM 10.00 nanti saya bagi resit.
India tersebut pun bercerita pasal dia xtahu nak ke Pejabat Pertanian. Aku dengan segala usaha menerangkan kat dia kat mana terletaknya Pejabat Pertanian Tapah 2. Terang punya terang tibe tibe
India :Aku nak lagi 4 buku
Aku: Ok. bak sini resit tadi, saya nak perbetulkan. ( Aku memang sengaja xnak keluarkan banyak banyak resit)
Dia pun hulurkan det RM 50.00, aku pun bagi balik baki RM 10.0.
Aku pun memperbetulkan balik resit tersebut kepada RM 50.00
Tibe tibe
India: Bagi la aku 1 buku 2 lagi.
Aku : Ok. Minta resit tadi saya nak perbetulkan lagi sekali. ( dalam hati, banyak songeh betul..2 3 kali kerja aku nak kena buat.. Huh..tapi muka stay nampak cun, dalam hati je bermacam macam ragam. )
Kalo pasal jualan tagging ni aku memang pening, tambah tambah lagi kalau ada peniaga yang nak ambil banyak banyak, padahal senang je aku rasa kerja ni. Terima det keluarkan resit. bank in unit perlesenan yang akan buat sendiri.
India : Ok, terima kasih.
Aku : En. lagi RM 10.00 la En. xbayar lagi.
India : Aku dah bayar la tadi, masa mula -mula tadi, than aku bagi lagi RM 50.00 kan. So betulla
Tahi kucing ko, ni mesti kes nak tipu perdaya aku. ko ingat aku xtahu ke, aku masih waras ye, walaupun kau memeningkan aku tadi,tapi fikiran aku masih waras tau, masih ingat apa yang berlaku. Apalagi aku terus desak dia mintak balik RM 10.00 2, walaupun nilai 2 sikit bagi korang tapi bagi aku amat tinggi tau, Contahnya macam India 2, RM 10.00 pun nak berkeras ngan aku xmau bagi. Dia ingat dia lelaki aku taku..Huh, xada maknanya, ayat nak sedapkan hati je, dalam hati memang aku takut sangat kalo dia apa2 kan aku pasal RM 10.00 2 sahaja.
Last last dengan desakan desakan aku, dia pun beralah n bagi balik RM 10.00 2. Kalo tidak aku juga yang akan menggantikan dengan det aku sendiri.
P/S : Aku dah cuak juga tadi, badan India 2 bukan main besar lagi. Aku memang dah giveup nak mintak balik RM 10.00 2, tapi aku baca ayat Qursi n terus dia bagi balik RM 10.00 2...Alhamdulillah